Osaka antara bandar utama di Jepun yang menjadi pilihan utama pelancong untuk datang bercuti. Tapi sebenarnya macam mana cara ke Osaka sekiranya anda datang dari Tokyo. Apakah mod pengangkutan yang ada?
Jepun merupakan antara negara yang mempunyai jaringan pengangkutan awam yang sangat banyak dan efektif. Ini bermakna, anda tidak hanya bergantung kepada memandu kenderaan sahaja, tapi boleh naik public transport untuk bergerak antara destinasi.

Jika dilihat jarak antara 2 bandar utama di Jepun iaitu Tokyo dan Osaka hampir 500km. Dengan memandu kereta, ianya mengambil masa lebih 6 jam. Ini bermaksud, jarak kedua-dua lokasi ini sangat jauh.
Tapi adakah ada alternatif lain cara ke Osaka dari bandar Tokyo selain memandu kenderaan Jika ada, adakah ianya pilihan terbaik berbanding dengan cara-cara lain?
Nak tahu lebih lanjut, boleh terus baca dibawah.
3 Cara Ke Osaka Dari Tokyo Dengan Menaiki Pengangkutan Awam
Berbanding dengan perfecture atau bandar-bandar kecil yang lain, Osaka dan Tokyo ini ada 3 pilihan pengangkutan awam yang disediakan. Anda boleh naik highway bas, bullet train atau shinkansen atau dengan menaiki kapal terbang.
Mungkin pada awal trip, anda bercadang untuk tiba di Tokyo terlebih dahulu. Jadi anda turun di Narita Airport atau Haneda Aiport. Kemudian dan selesai trip di Tokyo, anda bercadang untuk teruskan pengembaraan di Osaka pula.
Jadi dari sinilah, anda pastinya inginkan cara yang terbaik untuk ke osaka tanpa perlu memandu kenderaan sendiri. Nak tahu cara ke Osaka dari Tokyo, anda boleh dapatkan pilihan seperti dibawah.
1) Menaiki Bas Ekspres (Highway Bus)
Pilihan pertama cara ke Osaka adalah dengan menaiki bas ekspres atau di Jepun biasanya dipanggil Highway Bus. Bas ini digunakan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan jarak yang jauh.

Highway bus digunakan bagi perjalanan merentasi lebuh raya yang panjang. Manakala intercity bus digunakan bagi pergerakan dalam bandar. Highway bus hanya bergerak dari point A ke point B sahaja.
Secara purata, perjalanan antara Tokyo ke Osaka mengambil masa 10 jam dengan menaiki bas ekpress. Waktu perjalanan adalah sepanjang hari. Tapi kebiasaanya dengan perjalanan yang panjang ini, orang ramai lebih gemar untuk bergerak pada waktu malam. Jadi boleh ambil Nighttime bus.
Anda boleh buat tempahan atau booking secara online untuk tempoh 3 bulan lebih awal sebelum perjalanan. Antara platform yang anda boleh gunakan untuk buat tempahan online seperti :
Untuk kos perjalanan, harga untuk satu hala ke Osaka dari Tokyo adalah bermula dari sekitar 4,500 Yen (RM113). Akan tetapi harga berbeza untuk waktu perjalanan hujung minggu dan hari biasa.
Biasanya dari Tokyo, anda akan naik dari Shinjuku Expressway Bus Terminal (SEBT) dan berhenti di WILLER Bus Terminal Osaka Umeda atau Osaka City Air Terminal (OCAT) Building. Tapi ada lagi beberapa perhentian yang lain seperti yang ditetapkan.
2) Menggunakan Train (Shinkansen)
Cara ke Osaka dari Tokyo yang kedua adalah dengan menaiki keretapi atau train. Tapi bukan train biasa seperti yang bergerak dalam bandar tersebut tetapi dengan menaiki train laju atau bullet train yang juga dipanggil Shinkansen jika di Jepun.

Perjalanan antara Tokyo dan Osaka adalah dengan menggunakan Tokaido Shinkansen. Diatas laluan inilah terdapat 3 kategori Shinkansen iaitu Nozomi, Hikari dan Kodama.
3 kategori ini hanya dipisahkan dengan kelajuan sahaja. Nozomi yang paling laju mampu bergerak sehingga 320 km/h. Diikuti Hikari dengan maksimum kelajuan sehingga 300 km/h. Akhir sekali iaitu Kodama dengan kelajuan sehingga 285 km/h.
Kebiasaanya dari Tokyo ke Osaka adalah dengan menaiki Nozomi yang mana hanya berhenti di beberapa stesyen sahaja. Bermula dari Tokyo Station, Shinagawa, Shin-Yokohama, Nagoya, Kyoto dan berhenti di Shin-Osaka Station.
Dengan harga 14,520 Yen (RM364) sehala, perjalanan hanya mengambil masa 2 jam 30 minit sahaja iaitu dari Tokyo ke Osaka. Tempahan boleh dibuat seawal sebulan sebelum perjalanan menerusi pautan rasmi https://smart-ex.jp/ atau di aplikasi mobile.
Bukan itu sahaja, train Shinkansen ini juga bergerak dengan kekerapan setiap 3 minit. Train beroperasi setiap hari seawal 6.00 pagi sehingga 9.24 malam untuk perjalanan yang terakhir.
3) Menaiki Kapal Terbang
Seterusnya cara ke Osaka dari Tokyo adalah dengan menggunakan pengangkutan udara dengan menaiki Kapal Terbang. Antara kelebihan bandar besar dimana mereka ada lapangan terbang.

Contoh kalau nak pergi ke Mt Fuji dari Tokyo, tiada pilihan kapal terbang sebab di Mt Fuji tiada lapangan terbang. Jadi kena naik train atau bas sahaja
BACA JUGA :
Jika di Tokyo, terdapat 2 lapangan terbang utama bagi penerbangan antarabangsa dan domestik iaitu Haneda Airport dan Narita Airport. Manakala untuk Osaka ada lapangan terbang domestik iaitu Osaka Itami Airport dan penerbangan antarabangsa di Kansai International Airport (KIX).
Setiap lapangan terbang menyediakan pelbagai jenis syarikat penerbangan seperti Jetstar, Peach Aviation, Starflyer, Japan Airlines dan All Nippon Airways (ANA) . Tempoh perjalanan bagi semua lapangan terbang ini ada sedikit perbezaan. Anda boleh tengok seperti dibawah :
- Heneda Airport ke Kansai Airport = 1 jam 15 min
- Haneda Airport ke Osaka Itami Airport = 1 jam 5 minit
- Narita Airport ke Osaka Itami Airport = 1 jam 25 minit
- Narita Airport ke Kansai Airport = 1 jam 40 minit
Harga penerbangan adalah berbeza mengikut waktu tempahan yang anda boleh dapat sekitar RM250 untuk penerbangan sehala. Anda boleh booking tiket dengan menggunakan Trip.com atau Traveloka yang mana menawarkan harga lebih kompetitif.
Mana Pilihan Yang Lebih Baik?
Jadi daripada 3 pilihan yang telah disenaraikan, manakalah pilihan yang lebih cara ke Osaka sekiranya anda datang dari bandar Tokyo. Adakah naik bas, shinkansen atau kapal terbang. Manakah yang lebih berbaloi?
Sekiranya anda menaiki highway bas, anda perlu tempuhi tempoh perjalanan sehingga 10 jam. Tetapi harga yang ditawarkan pula murah iaitu sekitar RM113 sahaja. Paling murah antara kesemua pilihan.
Cara ke Osaka yang kedua adalah menaiki Shinkansen. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit, tetapi bukanlah yang paling laju jika dibandingkan dengan kapal terbang. Harga juga paling mahal iaitu RM364 untuk sehala.

Flight juga antara pilihan cara ke Osaka dari Tokyo. Perjalanan paling pantas iaitu sekitar 1 jam sahaja iaitu yang paling cepat antara kesemua pilihan. Harga juga tidak lah terlalu mahal iaitu sekitar RM250 sahaja.
Ini perbandingan antara 3 pilihan tersebut :
| Tempoh Perjalanan | Harga | |
|---|---|---|
| Highway Bus | 10 Jam (Paling lama) | RM113 (Paling murah) |
| Shinkansen | 2 jam 30 minit (Sederhana) | RM364 (Paling mahal) |
| Kapal Terbang | 1 jam (Paling cepat) | RM250 (Sederhana) |
Jika dilihat daripada jadual perbandingan diatas, sepertinya kapal terbang antara pilihan yang paling terbaik untuk anda gunakan. Akan tetapi anda kena juga perhatikan beberapa perkara lain.
Sebagai contoh, sekiranya anda terlepas bas, anda perlu beli tiket baru, termasuk juga jika terlepas penerbangan. Berbanding Shinkansen dimana anda boleh naik train yang seterusnya tanpa perlu beli tiket baru.
Jika anda menggunakan kapal terbang, anda perlu berada di airport jauh lebih awal iaitu sekitar 2-3 jam sebelum penerbangan berbanding naik bas atau menggunakan shinkansen. Jadi dah banyak guna masa juga.

Kalau naik bas, anda tidak perlu rungsi dengan segala bagasi yang anda bawa. Pemandu akan menguruskan semuanya untuk dimasukkan ke bahagian simpanan. Kalau naik Shinkansen, anda kena jaga bagasi anda sendiri. Naik flight mungkin bagasi anda tertinggal dan sebagainya.
Jadi pilihan terbaik cara ke Osaka dari Tokyo ini sebenarnya bergantung kepada anda sendiri. Apa mod perjalanan anda. Berapa ramai ahli yang anda bawa dan sebagainya. Sesuaikan dengan trip anda tersebut.
Cara Ke Tokyo Dari Osaka
Sekiranya ada yang bercadang untuk ke Tokyo dari Osaka, bagaimana pula perjalannnya? Adakah sama sahaja mod pengangkutan? Atau ada penambahan lain yang mungkin tiada ketika bergerak dari Tokyo ke Osaka?
Jawapannya sama sahaja. Jika anda ke Tokyo dan Osaka, anda boleh menggunakan 3 pilihan seperti yang telah dinyatakan iaitu dengan menggunakan bas, shinkansen dan kapal terbang. Hanya perjalanan diterbalikkan sahaja.
Untuk tempoh perjalanan dan harga kebiasaanya pun sama. Jadi anda boleh pilih mod pengangkutan mana yang sesuai dengan anda jika anda ingin ke Tokyo dari Osaka.
Alternatif Route : Tokyo-Mt Fuji-Osaka
Mungkin anda rasa macam tak best la bergerak dalam 500km dengan pemandangan sama je. Dalam tempoh perjalanan bosan tak dapat buat apa-apa. Sebenarnay ada jalan alternatif lain anda boleh gunakan.
Mungkin ini boleh jadi pilihan dan cara ke Osaka yang keempat iaitu dari Tokyo, bergerak ke Mt Fuji iaitu sekitar Kawaguchiko dan seterusnya ke Osaka. Tapi pilihan ini biasanya bukanlah sehari, tapi anda perlu bermalam sehari di sekitar Mt Fuji.

BACA JUGA : Pengalaman Pergi Mt Fuji Naik Shinkansen
Dari Tokyo, anda boleh naik train atau highway bas ke Kawaguchiko (Mt Fuji). Kemudian dari situ, anda naik bas ke Mishima Station. Seterusnya anda teruskan perjalanan dengan mengambil Shinkansen pula ke Shin-Osaka Station.
Tokyo (Shinjuku Station) → Kawaguchiko (Mt Fuji) → Mishima Station → Shin-Osaka Station
Selama tempoh perjalanan dari Tokyo Ke Osaka ini, anda boleh nikmati pemandangan Gunung Fuji yang indah. Jadi takdalah bosan sangat kan. Trip ini juga anda boleh buat sekiranya anda datang dari Osaka. Terbalikkan sahaja perjalanan tersebut.
Semoga Perjalanan Anda Selamat
Inilah kelebihan negara Jepun yang mungkin tiada di negera-negara lain. Selain daripada memandu kenderaan, anda boleh bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lebih jauh dengan menggunakan pengangkutan awam sahaja.
Sebagai contoh cara ke Osaka dari Tokyo yang jaraknya lebih lebih 500km, terdapat 3 pilihan anda boleh gunakan; sama ada naik highway bus, naik bullet train aka Shinkansen atau lebih laju naik kapal terbang.
Jadi anda pilih lah mod pengangkutan mana yang terbaik berdasarkan keadaan trip anda. Boleh rangka itinerari sebelum travel ke Jepun.










