3 Hotel Temerloh Yang Dekat Dengan Pekan Sehari. Boleh Jalan Kaki Je

By Aiman San

Published On:

Follow Us
hotel temerloh dekat dengan pekan sehari temerloh

Pekan Sehari antara destinasi menarik yang ada di Temerloh anda wajib datang. Dapat nikmati suasana lokal dan penduduk tempatan di pasar pagi dengan pelbagai jualan barangan tempatan di awal waktu pagi.

Seawal pagi setiap hari Ahad, sekitar pukul 8.00 pagi orang ramai sudah memenuhi ruang di Pekan Sehari ini. Mereka sudah mencari juadah makan pagi, ikan-ikan segar, kuih tradisional, makanan lokal sehingga makanan viral pun ada.

Selain daripada penduduk tempatan sendiri, Pekan Sari ni juga dipenuhi oleh pengunjung luar. Ada yang sanggup datang dari jauh pada awal pagi, semata-mata untuk datang ke sini dan merasai vibe lokal dan ingin berjalan di Pekan Sehari Terpanjang di Malaysia.

Namun begitu, ada juga yang bermalam di Temerloh sehari sebelum, supaya dapat pergi ke Pekan Sehari ini dengan waktu yang lebih santai. Tak perlu drive jauh-jauh. Anda boleh datang dengan santai pada bila-bila masa sahaja.

Nak lebih mudah lagi, boleh pilih penginapan yang dekat dengan lokasi Pekan Sehari ni. Jadi anda tak perlu bersesak mencari parking yang pastinya mengambil masa yang lama. Anda boleh jalan kaki terus menujuk ke pasar pagi ni.

Khusus untuk anda yang bercadang untuk pergi ke Pekan Sehari di Temerloh dan ingin bermalam disana, sebenarnya terdapat 3 hotel yang berdekatan. Anda boleh pilih berdasarkan bajet dan kesesuaian. Biasanya hotel di Temerloh murah je.

3 Hotel Temerloh Dekat Dengan Pekan Sehari. Boleh Jalan Kaki Je

Untuk info, di Pekan Sehari Temerloh terdapat 4 laluan masuk utama iaitu di bahagian Stadium Perbandaran Temerloh, bahagian Klinik Kesihatan, bahagian Petronas (iaitu laluan utama) dan masuk pada bahagian Masjid Abu Bakar.

BACA JUGA : 20 Homestay Yang Anda Boleh Menginap Di Temerloh Dan Temerloh Jaya

Daripada senarai hotel ini, terdapat 2 hotel dan 1 resort yang anda boleh cuba. Siap buat tempahan menerusi pautan yang disediakan.

1) Lakeview Resort Temerloh

lakeview resort temerloh

Sesuai dengan namanya, Lakeview Resort Temerloh terletak berhadapan dengan tasik iaitu di Taman Bandar Tasik Temerloh. Selain daripada bilik yang selesa, anda boleh nikmati pemandangan tasik daripada resort ini. Resort ini dibuka pada tahun 2026. Jadi masih baru.

Lokasi resort ini tidak terletak ditepi jalan. Jadi bebas daripada pencemaran bunyi terutamanya kereta dan motosikal. Pada waktu petang atau pagi, boleh turun tasik untuk jogging atau hirup udara segar.

Untuk jarak perjalanan, dari Lakeview Resort ke Pekan Sehari Temerloh, hanya ambil masa 10 mini sahaja berjalan kaki (kira-kira 750m). Anda akan masuk menerusi laluan Stadium. Lokasi resort hotel disini.

2) Hotel Apsara Temerloh Gateway

Hotel Apsara Temerloh

Hotel Apsara juga antara hotel yang baru dibuka di Temerloh iaitu sekitar tahun 2025. Jadi anda akan dapat semua barangan dan perabut yang masih baru dengan harga yang berpatutan. Sesuai untuk pasangan dan keluarga.

Disini disediakan parking yang luas dan secara percuma untuk waktu hujung minggu. Selain itu, lokasinya juga stretegik dimana terdapat banyak kedai makan yang berdekatan dengannya seperti KFC, Tealive, Zus Coffee, Cendol Talib dan banyak lagi. Tasik pun dekat.

Jika anda menginap disini, anda juga boleh jalan kaki sahaja ke Pekan Sehari. Hanya mengambil masa 13 minit sahaja dengan jarak 900m sahaja. Disini juga anda akan masuk ke Pekan Sehari melalui laluan Stadium. Lokasi hotel disini.

3) Hotel Seri Malaysia Temerloh

hotel seri malaysia temerloh

Hotel seterusnya ini adalah yang paling dekat dengan Pekan Sehari. Jika anda menginap disini, hanya mengambil masa 6 minit (500m) sahaja untuk sampai dengan melalui laluan masuk Masjid. Lokasi hotel disini.

Dengan hotel yang sama juga, sebenarnya anda dekat juga dengan lokasi Car Boot Sale yang diadakan setiap hari Sabtu malam. Walking distance sahaja dengan Hotel Seri Malaysia. Nikmati antara CBS terpanjang di Pahang.

Selain daripada jarak yang dekat, hotel ini juga satu-satunya hotel yang ada swimming pool. Jadi jika anda datang bermalam di Temerloh bersama anak kecil atau budak-budak, hotel Seri Malaysia juga sangat sesuai dan strategik.

Nikmati Suasana Pagi Di Pekan Sehari

Dengan lokasi Temerloh yang strategi di Titik Tengah Semenanjung, lebih ramai pengunjung yang boleh datang secara day trip sahaja. Ini bermakna, boleh datang tanpa bermalama pun di Temerloh. Hari yang sama boleh terus pulang.

Akan tetapi hujung minggu terdapat pelbagai aktiviti dan tempat menarik yang anda boleh lawati yang ada di Temerloh. Selain Pekan Sari ni, banyak je lagi tempat yang anda boleh singgah.

BACA JUGA : Itinerari Ke Temerloh Pahang Untuk 2H1M Pada Hujung Minggu

Antara tempat menarik di Temerloh, boleh pergi ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Deer Land, Monumen Titik Tengah Semenanjung, Kubang Gajah Water Park, Gunung Senyum. Car Boot Sale, Lepak Lorong Pasar Anak Muda dan banyak lagi.

Selain itu, Temerloh juga terkenal dengan masakan Patin Tempoyak. Jadi boleh cuba datang try sendiri dan pasti anda tidak akan menyesal. Sambil nak pergi Pekan Sehari, boleh juga jalan-jalan di Temerloh.

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment