Senarai Pantun Merdeka 2025 Yang Menarik

By Aiman San

Published On:

Follow Us
pantun merdeka

Poster dah ada, tapi tak tahu nak tulis apa? Apa kata selain daripada ucapan biasa, kita letak pantun Merdeka pula. Lebih kreatif dan pastinya lebih Malaysian kan.

Mungkin bila tiba bulan Kebangsaan atau Hari Merdeka pada 31 Ogos, ramai yang kongsikan ucapan-ucapan patriotik di halaman facebook.

BACA JUGA : Antara Contoh-Contoh Ucapan Menarik Sempena Hari Kemerdekaan

Ianya bertujuan bagi menyemarakkan lagi suasana Kemerdekaan, disamping memupuk semangat patriotik yang menunjukkan kita cinta tanah air.

Tapi apa kata, selain daripada ucapan tersebut, kita tukar sikit iaitu ucapan dalam bentuk pantun Merdeka. Malaysia kan kaya dengan adat dan bahasa. Kita tukar kepada pantun.

Jadi dengan pantun ini, anda boleh gunakan untuk edit dan letak dalam poster. Selain itu, boleh juga hasilkan video pantun dan share di TikTok atau Youtube dan sebagainya.

Suasana Kemerdekaan lebih meriah dengan pelbagi dan variasi ucapan. Buat dalam bahasa Melayu, bahasa inggeris, bahasa cina, bahasa india dan kini dalam pantun Merdeka.

Contoh Ucapan Dalam Bentuk Pantun Merdeka 2025

Sempena hari Kebangsaan Ke-68 ini, berikut merupakan antara contoh-contoh pantun Merdeka 2025 (4-kerat) yang anda boleh gunakan :

Burung bangau di sawah padi,
Luka berdarah diikat tali,
Jika patriotisme kurang disemadi,
Mungkin sejarah lampau berulang kembali.

Meredah hujan untuk kembara,
Rehat sebentar menjamu juadah,
Hargai Merdeka yang kita rasa,
Hilang ia sesal tak sudah.

Jalur Gemilang Bberkibar megah,
Lagu Negaraku berkumandang indah,
Apakah erti Kemerdekaan dari penjajah,
Tapi budaya dan pemikiran masih dijajah.

Burung helang terbang sekawan,
Hinggap berduaan di sarang tempua,
Jalur Gemilang bendera kebangsaan,
Lambang perpaduan rakyat semua.

Pergi kembara ke Tanjung Jati,
Bawa umpan mengail ikan,
Perlembagaan negara perlu dihormati,
Supaya perpaduan dapat dikekalkan.

Bendera berkibar megah di udara,
Warna gemilang lambang perpaduan,
68 tahun Malaysia merdeka,
Rakyat bersatu kukuhkan keamanan.

Gunung tinggi teguh berdiri,
Sungai mengalir tenang berliku,
Merdeka di capai penuh erti,
Malaysia maju, rakyat bersatu padu.

Merah bunga raya indah menawan
Itu la dia bunga kebangsaan
31 Ogos hari kemerdekaan
Malaysia bebas dari penjajahan

Jalur Gemilang berkibar tinggi,
Simbol negara merdeka berdaulat,
Bersatu hati teguh berdiri,
Malaysia makmur aman selamat.

pantun merdeka

Sawah menghijau indah terbentang,
Padi dituai hasilnya berlimpah,
Merdeka disambut hati gemilang,
Pejuang dahulu berkorban susah.

Bunga raya mekar di laman,
Harumnya semerbak menawan rasa,
Merdeka tanda perjuangan,
Warisan bangsa sepanjang masa.

Gunung Kinabalu gagah mendaki,
Tinggi menjulang ke awan biru,
Merdeka kita kecapi kini,
Kerana pejuang berkorban dulu.

Burung merpati terbang berpasang,
Singgah sebentar di dahan rendang,
Kemerdekaan hadiah terbilang,
Untuk rakyat hidup gemilang.

Air mengalir di celah batu,
Jernih berkilau indah warnanya,
Merdeka tanda rakyat bersatu,
Menjaga aman harmoni bersama.

Sorong papan, tarik papan,
Buah keranji atas perahu,
31 Ogos adalah ketetapan,
Hari Merdeka adalah perjuangan baharu.

Merah Putih Kuning dan Biru,
Jalur Gemilang diberi nama,
Berkibat megah diiringi lagu,
Jagalah keharmonian negara kita.

Berjalan-jalan di Pulau Pinang,
Singgah sebentar di tepi jeti.
Jasa tokoh harus dikenang,
Maruah negara dibawa mati.

Pandangan permai menyerlah,
Sungguh harmoni kibaran bendera,
Perpaduan semai di sekolah,
Teguh madani harapan negara.

Bunga raya bunga kebangsaan,
Diganti jangan harus dipelihara,
Sejahtera negara bersaksikan awan,
Malaysia Madani tunjang perpaduan

Sumber : notaria.my

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Senarai Pantun Merdeka 2025 Yang Menarik”

Leave a Comment