Cara Guna QRIS Di Indonesia – Bank Malaysia Pun Boleh Guna

By Aiman San

Published On:

Follow Us
cara guna qris maybank

Pertama kali ke Indonesia dan timbul banyak persoalan macam mana nak guna QRIS bila berbelanja disana? Jangan risau, anda boleh baca panduan disini cara guna QRIS dengan mudah dan sebenarnya boleh guna bank Malaysia pun.

Zaman sekarang orang dah jarang guna duit tunai untuk berbelanja. Semuanya cashless. Sama ada di Malaysia atau di Indonesia sekali pun. Jadi jika di negera jiran, boleh guna kad kredit/debit, guna cash atau boleh juga QRIS ini.

Apa Itu QRIS Indonesia

QRIS Indonesia

Quick Response Code Indonesian Standard atau singkatan kepada QRIS merupakan satu kod QR standar yang diperkenalkan oleh Bank Indonesia untuk rakyat Indonesia keseluruhan menggunakannya untuk buat pembayaran.

QRIS ini merupakan salah satu jenis payment method di Indonesia. Jika di Malaysia, kita ada QR DuitNow. Manakala di Singapura ada SGQR. Semua ini cara gunanya sama adalah dengan imbas atau scan kod QR menggunakan telefon pintar.

Jadi bila tiba di Indonesia, tiada lagi QR DuitNow, tapi ada QRIS. Namun begitu, adalah sebagai pelancong seperti dari Malaysia boleh scan QRIS ini? Jawapannya boleh. Bagaimana cara scan guna QRIS ini?

Cara Guna QRIS Di Indonesia

Sebenarnya untuk menggunakan payment method QRIS ini, anda tak perlu pun buka akaun bank Indonesia atau buka mana-mana akaun eWallet daripada negara tersebut. Tetapi anda boleh gunakan bank sedia ada yang anda guna di Malaysia sahaja.

Menerusi perkongsian daripada penyedia pengendali DuitNow di Malaysia iaitu PayNet, QR bank tempatan pun boleh guna di Indonesia untuk imbas QRIS. Selain itu, bank komersial Indonesia iaitu BCA juga telah menyenarai banyak bank Malaysia yang support QRIS, iaitu :

  • AmBank Malaysia Berhad
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Axiata Digital eCode Sdn Bhd (Boost)
  • CIMB Bank Berhad
  • Fave Asia Technologies Sdn Bhd
  • Finexus Cards Sdn Bhd
  • Hong Leong Bank Berhad
  • Maybank Berhad
  • OCBC Bank Berhad
  • Public Bank Berhad
  • Razer Merchant Services Sdn Bhd
  • TNG Digital Sdn Bhd
  • United Overseas Bank Berhad
  • GHL Cardpay Sdn Bhd (GHL)
  • DuitNow
  • RHB Bank

Jika dalam senarai ini, anda dah guna, jadi anda siap untuk travel ke Indonesia dan buat bayaran menggunakan QRIS di sana.

Selain bank seperti CIMB, Maybank, Public Bank, RHB Bank, sebenarnya eWallet seperti Boost dan Touch n’ Go eWallet juga boleh digunakan.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan Maybank, cara nak guna QRIS ni, anda hanya perlu buka aplikasi MAE di smartphone anda dan scan seperti biasa sama seperti anda buat di Malaysia.

Kemudian akan dipaparkan bahagian untuk anda letak jumlah atau amount dalam nilai IDR (Rupiah). Dalam masa yang sama anda akan dapat lihat nilai tukaran wang kepada Ringgit Malaysia (MYR). Jika sudah betul, buat bayaran seperti biasa dengan klik pada butang Pay Now.

cara guna qris indonesia

Untuk bank atau mana-mana eWallet, anda tidak perlu aktifkan apa-apa ciri transaksi luar negara. Ianya boleh terus digunakan. Tak perlu juga untuk convert dari RM ke IDR. Hanya buka apps, scan dan bayar.

Namun begitu, sekiranya anda ada masalah ketika buat bayaran menggunakan QRIS ini, kemungkinan penjual tersebut menggunakan akaun personal dan bukan akaun bisnes. Ada yang cakap, kalau akaun personal kita tak boleh scan.

Pengalaman Menggunakan QRIS Di Jakarta

Sebelum ini, aku pernah travel ke Indonesia untuk 4 hari 3 malam dan hanya fokus di ibu kota Jakarta sahaja. Jadi sepanjang disana, selain menggunakan cash (buat standby), kebanyakkanya hanya bayar guna QRIS sahaja iaitu guna Maybank.

BACA JUGA : Itinerari Food Hunting Ke Jakarta Secara Solo Untuk 4H3M

Kebanyakkan tempat untuk membeli barangan atau makanan di kedai, boleh guna QRIS. Ketika ingin membuat bayaran, anda hanya perlu bagi tahu casher nak bayar guna QRIS. Cara sebutan sebenar QRIS seperti anda sebut KERIS. Bukan KIYURIS.

Kemudian boleh scan kod QR yang tersedia di kaunter bayaran atau casher akan keluarkan kod QR yang baru daripada mesin bayaran. Scan dan buat bayaran seperti biasa. Jangan risau, tiada caj tambahan.

Namun begitu, aku pernah mengalami sekai sahaja masalah iaitu ketika beli di pasar pagi. Cuba scan guna QRIS tapi tak berjaya. Tapi nasib baik ada standby cash Rupiah. Jadi aku rasa QRIS tersebut adalah jenis akaun personal. Jadi tak boleh bayar.

guna QRIS di Jakarta

Selain itu, anda juga tak boleh bayar guna QRIS di Indomaret atau Alphamaret. Ini kerana disana anda tak boleh scan, sebab mereka yang akan scan QR kita. Jadi orang Malaysia tiada akaun untuk buka QRIS, jadi tak boleh guna.

Apa-apapun payment method QRIS ni sangat memudahkan terutamanya bagi mereka yang ingin melancong ke Indonesia. Tak perlu bawa banyak cash, boleh simpan dalam akaun bank kita sedia ada sahaja.

Jangan tak tahu, peniaga tepi jalan pun dah banyak guna QRIS di Indonesia. Katanya peminta sedekah pun dah ada yang guna QRIS. Jadi orang Malaysia, letak je duit banyak-banyak dalam bank dan sedia ke Indonesia!

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment