Cara Beli Tiket Bas Airport Melbourne – SkyBus Secara Online

By Aiman San

Published On:

Follow Us
skybus bas airport melbourne

Tahukah anda antara cara paling jimat dan paling mudah untuk bergerak dari Tullamarine Airport ke bandar CBD adalah dengan menaiki Bas Airport Melbourne iaitu SkyBus. Ada nak pergi Australia nanti?

Anda boleh sewa kereta atau naik teksi, tapi kedua-dua pilihan ini mudah tapi menggunakan kos yang lebih tinggi. Jadi jika anda dalam ‘tight budget’, mungkin ‘Melbourne City Express Bus’ ini sesuai untuk anda.

Jadual Perjalanan SkyBus

Bas Airport Melbourne atau SkyBus ini menyediakan 6 laluan dan jika anda ingin ke pusat bandar atau CBD, anda boleh pilih ‘Melbourne City Express’.

Perjalanannya adalah dari Melbourne Tullamarine terus ke Souther Cross Station yang terletak di pusat bandar. Ianya adalah perjalanan terus, tanpa henti.

Beroperasi 7 hari seminggu dengan kekerapan selama 10-15 minit. Perjalanan antara dua destinasi tersebut hanya mengambil masa kurang dari 30 minit bergantung kepada trafik.

Untuk jadual perjalanan penuh, anda boleh rujuk di laman web SkyBus DISINI. Bermula dari pukul 12.00 tengah malam sehingga 11.45 malam.

jadual skybus bas airport melbourne

Harga Bas Airport Melbourne – SkyBus

SkyBus menggunakan perkhidmatan “turn-up-and-go” yang mana anda tidak perlu beli tiket mengikut tarikh dan waktu untuk perjalanan anda. Ini bermaksud, anda boleh beli tiket dan terus naik mana-mana waktu yang sesuai dan bas yang available.

Untuk info, tiket SkyBus yang anda beli akan sah sehingga 12 bulan bermula daripada tarikh anda beli tiket. Jadi anda boleh beli lebih awal. Boleh beli secara online atau terus di kiosk yang disediakan di airport.

Harga tiket ditetapkan AUD$24.90 sehala untuk dewasa atau sekitar ~RM70 dan AUD6.60 (~RM19) untuk kanak-kanak. Manakala untuk return tiket adalah AUD41.70 untuk dewasa dan $11.00 untuk kanak-kanak.

harga skybus airport melbourne

Cara Beli Tiket SkyBus (Bas Airport Melbourn) Secara Online

Terdapat 2 cara untuk anda dapatkan atau beli tiket SkyBus ini iaitu menerusi pembelian secara offline iaitu di kiosk yang terletak di aiport atau boleh beli secara online.

Jika di airport, anda keluar sahaja daripada international arrival terus ke bahagian kanan. Jalan terus sehingga jumpa bahagian bas (SkyBus) berwarna merah. Jadi disitu terletaknya mesin untuk beli tiket bas dan juga tempat anda akan naik bas.

mesin beli tiket skybus airport melbourne australia

Untuk pembelian secara online, anda boleh beli menggunakan aplikasi SkyBus. Boleh download secara percuma di Play Store atau App Store. Disarankan untuk daftar akaun terlebih dahulu.

Dah selesai, ikuti langkah dibawah untuk cara beli tiket bas airport Melbourne menggunakan SkyBus:

1) Buka aplikasi SkyBus dan klik Buy Tickets

2) Untuk ke CBD, anda pilih Melbourne City Express

cara beli tiket skybus bas airport melbourne

3) Bahagian Journey, anda pilih One Way untuk perjalanan sehala. Seterusnya pilih jumlah tiket yang dibeli. Akan dipaparkan harga yang perlu dibayar. Jika sudah, klik Continue

cara beli tiket bas airport melbourne

4) Masukkan butiran peribadi seperti nama, emel, no. telefon dan negara asal anda. Jika sudah, klik Continue

5) Akan dipaparkan segala butiran yang anda telah masukkan sebentar tadi. Jika sudah betul, tandakan pada ‘I agree… to the SkyBus’ dan klik Pay Now

6) Seterusnya anda boleh buat bayaran seperti biasa sama ada menggunakan PayPal atau kad debit/kredit. Lebih mudah guna kad sahaja. Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai.

cara beli tiket skybus melbourne

Selepas berjaya buat pembayaran, anda akan di Kod QR. Setiap seorang mesti mempunyai kod QR tersendiri. Jika anda beli 2 tiket, anda akan dapat 2 Kod QR yang berbeza. Jadi setiap orang, perlu simpan QR code tersebut.

Cara Naik SkyBus Menggunakan Tiket Yang Dibeli

Sama ada anda beli tiket di kiosk atau beli online, anda akan dapat Kod QR. Jadi masa nak naik bas nanti, akan ada staff yang akan jaga dan akan scan Kod QR anda tersebut dan baru boleh naik.

kod qr skybus melbourne

Untuk seat pula, ianya adalah terbuka. Anda boleh duduk dimana-mana sahaja yang kosong. Menggunakan bas double-decker jadi bilangan seat banyak dan jangan risau kalau dah penuh, boleh tunggu untuk bas seterusnya.

Bag atau luggage, anda boleh simpan pada bahagian bawah. Ada disediakan ruang yang cukup besar untuk segala barang yang anda bawa. Dah setel, boleh terus naik ke tingkat atas.

Jadi anda boleh rileks dan chill sahaja di dalam bas untuk tempoh 20-30 minit perjalanan sehingga sampai ke destinasi terakhir bermula dari Tullamarine Airport ke Melbourne CBD.

Pengalaman Naik Bas Airport Melbourne Bersama Keluarga

Waktu trip bersama family sebelum ini ke Melbourne Australia, aku sempat menggunakan SkyBus. Waktu tu naik Air Asia dari KLIA ke MEL. Tiba di airport sekitar jam 5.30 pagi. Jadi lepas landing, terus solat subuh di surau dan naik SkyBus ini.

BACA JUGA : Itinerari Ke Melbourne, Australia Untuk 6H5M (Termasuk Ke Mt. Baw Baw)

Ada surau di Melbourne Airport dan ianya terletak tak jauh daripada bas station untuk SkyBus ni. Jadi kalau naik AA lepas ni, pergi surau dulu, then boleh terus naik bas.

Kebetulan waktu trip aku sebelum ini, tiket SkyBus ada promosi. Dari harga AUD24.90, jadi AUD11.90 sahaja. Jadi banyak jimat juga la kat situ. Beli secara online menggunakan aplikasi yang sama seperti diatas.

Bas selesa. Perjalanan tiada yang merumitkan pun. Semua family dapat rehat dalam bas sebelum tiba di CBD. Tambahan lagi, dalam bas ada wifi percuma tau.

skybus airport melbourne

Cumanya kalau yang tak best dari segi lokasi ketibaan iaitu di Southern Cross Station. Sebab lokasi dia macam jauh sikit dari tram station. Kena jalan sikit, then baru boleh naik tram.

cbd melbourne

Jadi kena tolak luggage juga la masa tu. Nasib baik cuaca sejuk, jadi tak la panas dan taklah terasa terlalu penat. Penat pun sebab tolak bag berat je lah. Secara keseluruhan semua ok dan berbaloi.

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Cara Beli Tiket Bas Airport Melbourne – SkyBus Secara Online”

Leave a Comment