Cara Naik Flight Di KLIA 2 Untuk Kali Pertama

By Aiman San

Updated On:

Follow Us
cara naik flight klia 2

Ini mungkin menjadi pengalaman anda pertama kali naik kapal terbang. Jadi pasti tertanya-tanya macam mana nak naik flight di KLIA 2. Pasti ada procedure yang perlu diikuti sebelum penerbangan.

Untuk menaiki kapal terbang, ianya berbeza berbanding kalau nak nak train atau bas. Ada beberapa perkara anda perlu buat sebelum dibenarkan menaiki pesawat. Jadi perkongsian ini mungkin sesuai untuk anda yang pertama kali nak naik flight terutamanya di KLIA 2.

Senarai Flight Di KLIA 2

Di Kuala Lumpur, terdapat 2 lapangan terbang antarabangsa utama iaitu Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1 dan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 2.

Kedua-dua airport ini terletak di bersebelahan sahaja. Tapi yang membezakan adalah senarai airlines atau syarikat penerbangan yang ada bagi kedua-dua lapangan terbang ini.

KLIA T1 merupakan laparan terbang antarabangsa utama di Malaysia yang terletak di Sepang, Selangor. Ianya menempatkan syarikat penerbangan FSC (Full-Service Carrier) seperti Malaysia Airlines, Japan Airlines, Batik Air, Vietnam Airlines, Emirates, Etihad, Qatar Airways dan banyak lagi.

flight klia 1

Manakala untuk KLIA T2 merupakan lapangan terbang antarabangsa kedua di Malaysia. Ianya menempatkan syarikat penerbangan tambang murah atau LCT (Low-Cost Carrier) seperti Air Asia, Air Asia X, Jetstar Asia, Scoot dan beberapa senarai lagi.

flight klia 2

Secara amnya, jika anda meniki penerbangan Air Asia, anda perlu datang ke KLIA 2 untuk mulakan penerbangan. Semua penerbangan Air Asia baik domestik atau antarabangsa adalah berada di KLIA 2.

Cara Nak Tahu Flight Anda Di KLIA 1 Atau KLIA 2

Secara amnya, sekiranya anda naik Air Asia, ianya berada di KLIA 2. Kalau anda naik Malaysia Airlines atau Batik Air, anda perlu pergi ke KLIA 1 untuk urusan penerbangan anda.

BACA JUGA : Cara Naik Flight First Timer Di KLIA T1

Selain itu, anda juga boleh rujuk itinerary ticket flight atau boarding pass anda. Sebagai contoh, sekiranya anda book tiket penerbangan guna Trip.com, akan dipaparkan dimana airport untuk flight tersebut, baik berlepas dan ketibaan.

tiket flight klia 1 klia 2

Check-In Fligh Sebelum Ke KLIA 2

Sekarang anda dah tahu, anda akan naik Air Asia menerusi KLIA T2. Maka, anda perlu buat 1 perkara terlebih dahulu sebelum pergi ke lapangan terbang pada hari flight anda iaitu Daftar Masuk atau Check-in.

cara check in flight air asia secara online app airasia move

Apa pula check-in ni? Macam hotel tu ke? Ya, ianya bertujuan untuk mengesahkan kehadiran penumpang iaitu anda bagi melengkapkan proses sebelum naik kapal terbang.

BACA JUGA : Cara Check-In Online Untuk Penerbangan Air Asia Menggunakan Aplikasi

Dari sini lah, anda akan peroleh tiket flight atau dipanggil boarding pass. Anda dapat seat atau tempat duduk dan pendaftaran jumlah bagasi. Ingat, kalau tak check-in atau lewat, anda tidak dibenarkan naik kapal terbang.

Bagi flight Air Asia, anda check-in paling awal 14 hari sebelum tarikh penerbangan. Boleh dilakukan secara online sahaja di https://www.airasia.com/. Paling lewat adalah 4 jam sebelum penerbangan.

Dah check-in, barulah anda boleh pergi ke KLIA 2 untuk proses seterusnya sehingga berjaya naik kapal terbang.

Cara Naik Flight Di KLIA 2 Untuk Kali Pertama

Untuk proses naik flight di KLIA 2 sebenarnya hampir sama untuk mana-mana airport di dunia sekali pun terutamanya di KLIA 1. Ini mungkin boleh jadi rujukan utama terutamanya bagi yang pertama kali naik naik flight.

Untuk info, setiap lapangan terbang termasuk KLIA 2 akan ada 2 bahagian utama iaitu Departure Hall dan Arrival Hall. Anda sampai je di airport, terus cari Balai Berlepas (Departure Hall) ni. Nanti masa turun daripada kapal terbang, anda akan pergi ke Balai Ketibaan (Arrival Hall).

1) Tengok Info Flight Anda Di Skrin Gergas

Setibanya anda sampai di KLIA 2, anda perlu pergi ke Departure Hall yang terletak di tingkat 3 yang terletak di bangunan utama. Tapi sebelum tu, anda akan lalu deretan kedai. Macam-macam ada kat sini tau.

Departures KLIA 2

Bila masuk je ke Departure Hall, anda perlu semak info atau jadual penerbangan anda di skrin gergasi di ruang utama. Disini akan dipaparkan masa pelepasan, jenis flight, destinasi, gate, status ada delay atau tidak dan sebagainya.

skrin besar klia 2

Jadi anda cari sahaja destinasi anda mengikut waktu penerbangan. Paling penting nak tahu gate mana. Ianya bertujuan untuk memudahkan anda nak cari masa boarding nanti. Boleh tangkap gambar.

2) Print Boarding Pass Di Kiosk Serta Tag Bagasi

Langkah seterusnya, anda perlu pergi ke mana-mana mesin atau kiosk check-in yang disediakan pada bahagian kiri dan kanan airport. Anda boleh guna sahaja mana-mana mesin terutamanya yang terpapar tag Air Asia.

Sekiranya anda belum check-in, anda boleh buat kat sini. Sekiranya sudah, anda boleh print boarding pass (tiket flight) anda disini. Kemudian jika anda ada bagasi, boleh dapatkan tag juga disini. Jangan risau, semua percuma sahaja.

Untuk menggunakan kiosk layan diri ini, anda hanya perlu sediakan pasport dan Booking Number (atau PNR) yang diperoleh semasa anda buat tempahan tiket flight sebelum ini. Ikut sahaja arahan yang dipaparkan.

3) Penyerahan Bagasi Kendiri (Self Baggage Drop)

Berbeza full-service airlines seperti MAS dimana akan ada staff yang akan ambil dan check-in bagasi anda. Di KLIA 2 terutamanya untuk penerbangan Air Asia, langkah ini anda perlu buat sendiri.

Ya, anda perlu letak atau drop bagasi anda sendiri di kaunter yang telah disediakan. Lepas anda dah print bag tag, pasangkan pada bagasi anda dan kemudian drop di mesin atau kaunter yang berdekatan.

Jangan risau, proses nya tak rumit pun. Anda ikut sahaja arahan yang telah ditetapkan pada skrin paparan. Imbas boarding pass, imbas bag tag dan letakkan pada mesin tersebut. Setel.

p/s : Sekiranya terjadi kesulitan, jangan risau. Disana ada beberapa staff standby yang akan membantu anda. Kalau tak faham, boleh tanya atau minta tolong. Dont worry.

Tapi ada beberapa situasi dimana anda perlu check-in bagasi anda di kaunter. Antaranya jika anda datang dalam group yang ramai. Atau anda pergi ke negara Australia, dimana anda perlu pergi ke kaunter untuk urusan boarding pass dan bagasi.

4) Melalui Pengesahan Boarding Pass

Seterusnya, anda perlu pergi ke pintu pengesahan Boarding Pass. Jika untuk penerbangan antarabangsa, ianya terletak di tengah-tengah bangunan. Untuk penerbangan domestik, anda perlu pergi ke bahagian kiri airport.

masuk dalam klia 2

Sebelum itu, sekiranya ada bag tambahan yang anda bawa masuk ke dalam pesawat, ianya akan ditimbang terlebih dahulu. Ingat, jangan bawa lebih 7kg dan saiz bagasi tidak lebih dari 20-inci. Kalau tidak nanti, kena bayar extra. Mahal tu.

Dah setel sini, barulah anda akan imbas atau scan Boarding Pass untuk pengesahan. Sekejab sahaja urusan disini.

5) Melalui Imigresen

Langkah seterusnya, anda akan melalui imigresen. Untuk rakyat Malaysia yang ada pasport Malaysia, anda boleh lalu di 2 laluan autogate. Satu autogate anda boleh guna pasport dan satu lagi anda boleh guna MyBorderPass.

imigresen myborderpass klia 2

BACA JUGA : Cara Guna MyBorderPass Untuk Travel Ke Luar Negara Dari Malaysia

Install aplikasi MyBorderPass adalah lebih baik. Urusan anda akan lebih laju daripada anda guna pasport.

6) Scan Bag

Lepas dah lalu imigresen, anda akan lalu kaunter imbasan bag yang dibawa. Jangan risau, kat sini anda hanya perlu masukkan bag sahaja untuk buat imbasan. Benda lain tak perlu. Sekejab sahaja.

scan bag di klia 2

7) Cari Gate Utama Anda P/Q/L atau J/K

Kemudian dari sini lagi, anda perlu tahu gate anda sama P atau Q untuk penerbangan antarabangsa atau gate J/K/L untuk penerbangan domestik. Dah tahu, boleh terus menuju ke gate atau pintu tersebut.

gate utama di klia 2

8) Melalui Kawalan Keselamatan Atau Sekuriti

Sebelum sampai ke gate anda, kena lalu dulu kawalan sekuriti dan kastam. Disinilah anda akan diimbas kesemuanya. Anda perlu keluarkan semua barangan yang ada pada diri anda seperti handphone, wallet, tali pinggang, jam dan sebagainya.

Pada bahagian ini juga, sekiranya anda ada bawa air minuman, anda kena keluarkan. Tak boleh bawa masuk air. Botol air kosong boleh. Tumbler semua boleh. Pastikan tiada cecair sahaja.

sekuriti airport klia 2

Sebarang bentuk barang tajam seperti pisau atau cecair lebih 100ml adalah tidak dibenarkan. Nanti akan dirampas disini. Jadi siap-siap la tak perlu bawa ya.

Untuk air minuman jangan risau, kat dalam ada air coway yang mana anda boleh topup air dan bawa ke dalam pesawat. Lagi pula kedai serbaneka ada didalam. Jadi boleh juga beli minuman atau makanan nanti.

9) Cari Gate Anda

Selesai disini, barulah anda perlu cari gate anda untuk tunggu dalam boarding area. Tempat ini hanya akan dibuka 1 jam sebelum penerbangan. Jadi anda boleh tunggu diruang menunggu pada bahagian luar gate anda sebelum pintu dibuka.

nombor gate klia 2

10) Imbas Boarding Pass Dan Pasport Untuk Boarding

Bila sudah dibuka, anda kena sediakan pasport dan boarding pass sekali lagi. Mereka akan scan untuk pengesahan dan selepas itu, baru dibenarkan masuk ke boarding area.

Anda kena tahu, pintu boarding ini akan ditutup dalam 30-40 minit sebelum penerbangan. Jadi jangan bersiar-siar lagi. Terus masuk ke dalam dan tunggu panggilan untuk boarding ke dalam pesawat.

scan boarding pass

11) Masuk Ke Dalam Pesawat Dan Selesai

Akhir sekali, semua penumpang akan dipanggil untuk memasuki pesawat mengikut zon yang ditetapkan (zon 1, zon 2, zon3 etc). Boleh beratur mengikut zon yang telah ditulis pada boarding pass. Jangan risau, tak perlu berebut, semua ada seat dah.

zon pada boarding pass air asia
boarding klia 2
masuk pesawat

Itulah langkah terakhir sebelum anda akhirnya akan masuk ke dalam pesawat. Kapal terbang akan berlepas dalam tempoh atau masa yang ditetapkan.

Semoga langkah-langkah cara untuk naik flight di KLIA 2 ini berguna terutamanya untuk yang pertama kali nak naik flight. Panduan ini juga sebenarnya hampir sama untuk di KLIA 1 dan mana-mana airport di seluruh dunia. Cuma mungkin aturan sahaja sedikit berlainan.

masuk dalam pesawat

Jadi lepas ni, first timer nak naik flight, tak perlu khuatir dah. Senang je proses ini. Semoga bermanfaat.

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Cara Naik Flight Di KLIA 2 Untuk Kali Pertama”

Leave a Comment