Cara Check In Air Asia Secara Online Menggunakan Aplikasi AirAsia Movie

By Aiman San

Published On:

Follow Us
cara check in air asia secara online

Kalau rasa jenis sukan travel, tapi malas nak beratur panjang kat kaunter, korang wajib kena tahu cara check in Air Asia ini yang mana anda boleh buat secara online sahaja dengan menggunakan aplikasi AirAsia Movie.

Lagi pula sekarang, Air Asia telah mewajibkan orang ramai untuk self check in secara online, instead of pergi ke kaunter. Kalau tidak, akan dikenakan bayaran RM20 untuk penerbangan dalam negeri dan RM30 untuk penerbangan antarabangsa jika check-in di kaunter.

Akan tetapi ada pengecualian bagi warga emas, orang kurang upaya, penumpang muda, tempahan secara berkumpulan lebih 10 orang dan pelbagai lagi. Yang ni boleh check in Air Asia di kaunter, tak perlu buat online.

Tapi waktu bila sebenarnya boleh mula check in tiket flight ni sebenarnya? Untuk penerbangan Air Asia, anda boleh mula check-in atau daftar masuk sekurang-kurangnya 14 hari sebelum penerbangan. Sebagai contoh, kalau tarikh flight anda 20 haribulan, anda boleh mula check-in pada 6 haribulan sehingga lah 4 jam sebelum waktu penerbangan.

Cara Check In Air Asia Secara Online Menggunakan Apps AirAsia Move

Perkara wajib yang anda perlu sediakan sebelum check-in tiket flight Air Asia ni ada 4 iaitu :

  • Aplikasi AirAsia Move
  • No. pasport
  • No. PNR atau Booking Number
  • Nama Pertama (yang buat tempahan)

Kalau anda dah sediakan ketiga-tiga perkara ini, anda boleh rujuk panduan dibawah cara untuk check in Air Asia secara online menggunakan aplikasi AirAsia Move untuk dapatkan boarding pass.

1) Buka aplikasi AirAsia Move dan klik pada tab Check-In

2) Kemudian masukkan Booking Number atau PNR bersama Nama Pertama (yang buat tempahan). Kemudian klik Search

p/s : Anda akan dapat booking number ketika buat tempahan tiket fligt menggunakan apps AirAsia Move. Tapi sekiranya anda buat tempahan menggunakan third part seperti Traveloka, Trip.com atau Agoda, anda akan diberi No. PNR.

BACA JUGA : Cara Dapatkan No. PNR Untuk Tempahan Flight Menggunakan Traveloka

3) Pilih butang Check In

4) Disini akan dipaparkan semua nama penumpang yang anda telah tetapkan lebih awal ketika buat tempahan. Anda hanya perlu lengkapkan no. pasport, tarikh luput pasport, warganegara dan no. telefon.

Dah selesai, klik Continue

5) Anda akan dibawa ke bahagian Travel Document > klik Yes, I agree. Akhir sekali Baggage and Declaration > klik Yes, I agree.

6) Selesai. Akan dipaparkan status You’re Checked-In

Anda kini akan diberikan e-boarding pass yang merupakan ‘tiket’ flight anda. Jika sampai di KLIA T2 nanti, anda boleh print boarding pass fizikal di kiosk yang disediakan secara percuma dengan menggunakan e-boarding pass tersebut.

Maklumat Diperoleh Selepas Check In

Selepas selesai check in Air Asia, anda akan peroleh e-boaring yang memaparkan maklumat seperti flight no, depart date, boarding time, seat dan sebagainya. Auto-seating akan diberikan sekiranya anda tidak beli seat pada awalnya.

Dalam masa yang sama juga, anda boleh beli seat yang lain meskipun sudah diberikan seat, bergantung kepada kekosongan. Bukan itu sahaja, anda boleh beli luggage, order makanan atau beli insurance.

Buat tempahan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum flight untuk dapatkan diskaun sehingga 80%. Kalau buat lewat, harga bagasi atau makanan akan lebih mahal. Di kaunter juga pastinya akan lebih mahal daripada online.

Harap membantu terutamanya bagi mereka yang pertama kali ingin self check in untuk tiket Air Asia. Buat sendiri, bagi mengelakkan di denda ketika check in di kaunter nanti. Kalau tidak nanti, rugi je RM30 kan.

Join Telegram

Join Now

2 thoughts on “Cara Check In Air Asia Secara Online Menggunakan Aplikasi AirAsia Movie”

Leave a Comment