Kalau nak melancong ke Filipina, kena sediakan apa-apa dokumen lain selain pasport ke? Katanya kena isi eTravel? Betul ke? Benda apa tu? Kalau kena buat, macam mana nak isi? Anda boleh tengok disini caranya.
Mungkin anda sedang bercadang untuk melancong ke Manila untuk kenali sejarah Intramuros. Atau nak ke Cebu untuk berenang bersama ikan paus. Jadi kena la buat preparation yang betul sebelum ke luar negara kan.
BACA JUGA : Itinerari Solo Trip Ke Manila, Filipina Untuk 3 Hari 2 Malam
Masuk Filipina Kena Isi eTravel (Wajib)
Untuk anda yang ingin melancong ke Filipina, tak kisah masuk ikut mana-mana lapangan terbang, anda wajib sediakan 2 dokumen penting. Terutamanya untuk pelancong dari Malaysia.
Jadi anda WAJIB kena sediakan pasport yang masih valid sekurang-kurangnya 6 bulan selepas pulang dan juga eTravel. Anda boleh buat secara online sama ada menggunakan laman web atau aplikasi eGovPH.

Anda perlu isi eTravel ini sekurang-kurangnya 3 hari sebelum penerbangan ke negara Filipina. Boleh buat di airport, tapi banyak info yang perlu diisi, jadi adalah lebih baik buat di Malaysia sahaja sebelum berangkat.
Dengan adanya eTravel ini, anda tidak perlu lagi isi mana-mana arrival form bila tiba di lapangan terbang Filipina. Semua sudah diisi menggunakan sistem tersebut. Untuk caranya, anda boleh ikuti langkah dibawah.
Cara Isi eTravel Untuk Melancong Dan Masuk ke Filipina
Anda boleh isi eTravel Filipina ini dengan 2 cara sama ada menerusi aplikasi eGovPH yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store atau boleh menggunakan laman web rasmi sahaja.
Tutorial dibawah adalah menggunakan laman web sahaja. Anda boleh je guna smartphone anda, tidak perlu untuk buka laptop pun. Ikuti langkah-langkah cara isi eTravel Filipina seperti berikut:
1) Pergi ke laman web rasmi eTravel di https://etravel.gov.ph/ dan klik pada ‘Click here to Sign in’. Kemudian pilih Create an account. Daftar emel dan password sehingga selesai.

2) Jika sudah, anda akan mula isi butiran diri pada bahagian ‘Personal Information’ dan pilih FOREIGN PASSPORT Holder.
Disini, anda perlu lengkapkan butiran peribadi seperti nama, warganegara, tempat lahir, nombor pasport, bila tarikh pasport anda dibuat, pekerjaan dan sebagainya. Jika sudah selesai, klik Next

3) Kemudian pada bahagian ‘Permanent Country of Residence’, masukkan Malaysia dan alamat rumah anda. Klik Next lagi. Jika sudah selesai semuanya dan informasi sudah betul dan lengkap, klik Submit

4) Langkah seterusnya adalah untuk isi eTravel. Pilih New Travel Declaration. Pilih FOR ME > AIR > ARRIVAL Entering the Philippines (jika anda nak masuk Filipina). Klik Continue

5) Ada 3 bahagian anda perlu isi maklumat. Untuk yang pertama (1) ini adalah bahagian butiran perjalanan atau Travel Details. Masukkan purpose of Travel, Traveller Type, Name of Airlines, Flight Number dan sebagainya. Boleh rujuk gambar dibawah sebagai panduan
Pastikan anda tahu butiran penerbangan anda , nama airport, tarikh perjalanan pergi dan pulang serta alamat tempat penginapan seperti hotel atau resort. Jika sudah lengkap, klik Next

6) Bahagian seterusnya (2) adalah pengisytiharan kesihatan. Kalau tiada masalah kesihatan, boleh tandakan ‘No’ sahaja. Tak perlu vaksin dah masuk Filipina. Kemudian klik Next

7) Seterusnya (3) adalah bahagian Kastam. Anda perlu istiharkan berapa bagasi yang anda bawa untuk masuk Filipina sama ada check-in atau hand-carry. Adakah ada ahli keluarga lain yang ikut.
Jika sudah, tanda tangan pada bahagian yang disediakan. Klik Next untuk langkah seterusnya.

8) Sebelum hantar, sekiranya ada ahli keluarga yang anda bawa ikut sekali, kena bagi tahu dan masukkan maklumat mereka satu per satu. Jika sudah, klik Next

Untuk info, setiap orang termasuk ahli keluarga perlu isi eTravel ini dari mula hingga akhir. Cuma anda boleh menggunakan akaun yang sama sahaja. Tapi setiap seorang perlu ada QR Code tersendiri.
9) Jika sudah selesai dan butiran semuanya sudah lengkap, klik butang Submit
PENTING! anda akan diberi satu QR Code. Anda perlu simpan yang mana untuk digunakan di imigresen Filipina nanti. Jadi boleh screenshot siap-siap dan simpan dalam fon.

Tak Susah Pun Nak Masuk Filipina
Kalau nak masuk Indonesia, kena siapkan pasport dan All Indonesia. Tapi kalau nak masuk Filipina dari mana-mana lapangan terbang antarabangsa pun, anda perlu sediakan pasport dan eTravel sahaja.
BACA JUGA : Ini Cara Isi All Indonesia Jika Anda Ingin Masuk Atau Melancong Ke Indonesia
Anda perlu isi maklumat pejalanan anda sekurang-kurangnya 3 hari atau 72 jam sebelum tarikh dan waktu berlepas. Boleh buat secara online sahaja di laman web khas yang disediakan.
Sebelum ini aku melancong ke Manila secara solo. Dari pengalaman sendiri, tak susah pun nak lepas imigresen. Tiada soalan yang ditanya. Bagi pasport pada pegawai imigresen dan scan kod QR eTravel dan setel.

Aku perasan takda pun food declaration kalau nak masuk Filipina. Jadi boleh la bawa makanan halal dari Malaysia. Tapi ada juga makanan halal di Manila tu terutamanya. Makan sana je.
Mudah je stepnya kan. Diharapkan perkongsian cara isi eTravel Filipina ini bermanfaat untuk anda yang mungkin pertama kali nak melancong dan bercuti di Filipina nanti.










