Cara Semak Kelayakan SARA Bermula Ogos. Semua Dewasa Dapat RM100

By Aiman San

Published On:

Follow Us
cara semak sara rm100

Nampaknya rata-rata golongan individu dewasa di Malaysia sekarang dah tak sabar-sabar nak terima bantuan SARA ni. Katanya menerusi insiatif ini, setiap orang akan dapat bantuan RM100.

Bantuan SARA atau Sumbangan Asas Rahmah ini telah diperkenalkan sejak tahun 2024 dan pada awalnya hanya diberikan kepada golongan miskin sahaja. Ianya diberikan secara bulanan bagi menampung perbelanjaan keperluan harian.

Tetapi pada Julai yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa berita baik kepada semua rakyat Malaysia termasuklah bantuan RM100 kepada setiap individu ini.

sara untuk semua

Seperti yang diumumkan, setiap individu berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one-off. Tapi ianya bukan bantuan tunai, sebaliknya diberikan secara kredit menerusi MyKad penerima.

Bantuan SARA ini akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025. Jadi bermula tarikh ini nanti, setiap penerima boleh menggunakannya di setiap kedai yang tersenarai. Contohnya seperti Giant, 99 Speedmart, Mydin, Lotuss dan banyak lagi. Semak searai kedai SARA yang terlibat disini.

Dengan bantuan RM100 ini, anda boleh beli barangan keperluan harian iaitu melibatkan 14 kategori seperti beras, telur, mi segera, minuman, roti, tepung, ubat-ubatan, biskut dan banyak lagi.

kategori SARA

Jadi macam nak tahu adakah anda betul-betul layak untuk menerima bantuan SARA ini? Kalau ianya untuk golongan miskin, macam mana kalau anda bergaji besar. Adakah anda juga layak?

Cara Semak Kelayakan SARA Bantuan RM100 Secara One-Off

Semakan bantuan SARA ini boleh dibuat bermula 21 Ogos 2025 sehingga seterusnya. Sekiranya layak, anda boleh gunakan kredit RM100 tersebut bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.

Berikut merupakan cara semak kelayakan SARA untuk bantuan RM100 secara one-off :

  1. Pergi ke laman web SARA di www.sara.gov.my
  2. Kemudian klik pada butang ‘Semak Kelayakan’
  3. Anda akan dibawa kepada portal MyKasih. Masukkan no. MyKad pada ruang semakan status dan klik ‘Semak Status’
  4. Akan dipaparkan status kelayakan (Layak)
cara semak sara rm100

Secara amnya, sekiranya dalam keluarga anda ada ayah, ibu, anda, adik, kakak dan abang yang kesemuanya berumur 18 tahun dan keatas. Kesemuanya layak menerima bantuan RM100. Ini bermakna secara keseluruhan, dapat RM600 dan bukan RM100 setiap keluarga.

Ingat RM100 ini bukan dalam bentuk tunai atau cash. Tak boleh digunakan untuk sebarangan. Tak boleh nak bawa pergi travel luar negara. Ianya mesti digunakan untuk beli barang keperluan harian sahaja. Ianya pula dalam bentuk kredit. Nak guna, kena bawa MyKad ketika buat pembelian.

Semoga dengan bantuan ini,sedikit sebanyak akan mengurangkan bebanan kos perbelanjaan harian. Jadi duit lebihan selepas ini, boleh la beli barangan lain pula. Gunakan bantuan ini dengan sebaiknya. Semoga bermanfaat untuk semua penerima.

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment