Ada antara anda yang mungkin pertama kali naik flight di KLIA 1 terutamanya? Jangan risau, anda boleh ikuti panduan lengkap ini bermula daripada proses check-in, drop luggage sehingga naik pesawat.
Sebenarnya hampir setiap lapangan terbang di seluruh dunia menggunakan proses yang hampir sama sebelum naik pesawat. Jika di Malaysia, untuk KLIA 1 dan KLIA 2 ni sama je lebih kurang, mungkin beza pada lokasi kaunter sahaja.
BACA JUGA : Cara Naik Flight Di KLIA 2 Untuk Kali Pertama
Senarai Syarikat Penerbangan Di KLIA 1
Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1 merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Malaysia. Ianya menempatkan penerbangan jenis Full-Service Carrier (FSC).
Jadi antara airlines yang ada disini seperti Malaysia Airlines, Batik Air, ANA, Japan Airlines, Korean Airlines, Etihad, Qatar Airways, Air Arabia, Vietnam Airlines, Singapore Airlines dan banyak lagi. Kalau naik Air Asia, kena pergi KLIA 2.

Jadi sebelum pergi ke lapangan terbang, kena tengok dulu anda perlu pergi ke KLIA 1 atau KLIA 2. Biasanya akan dipaparkan pada itinerari flight anda. Kalau first nak naik flight di KLIA, kena tahu ni tau.
Check-In Flight Terlebih Dahulu Sebelum Ke KLIA 1
Sebelum naik flight di KLIA 1, anda terlebih dahulu perlu daftar masuk atau check-in penerbangan anda secara online. Ianya bertujuan bagi membuat pengesahan kehadiran penumpang.
Tempoh check-in ini bergantung kepada jenis syarikat penerbangan. Sebagai contoh, bagi Malaysia Airlines, anda boleh check-in 48 jam sebelum penerbangan. Vietnam Airlines pula adalah 24 jam sebelum penerbangan. Anda boleh semak di website airlines tersebut.
Dah selesai check-in online, barulah anda boleh bersedia untuk naik flight di KLIA 1 atau pergi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1. Contoh check-in untuk Vietnam Airlines

Cara Naik Flight Di KLIA 1 Untuk Kali Pertama
Anda first time nak naik flight di KLIA 1? Ini panduan lengkap untuk anda :
1) Rujuk Skrin Besar Untuk Kaunter Masuk (Check-In)
Setibanya anda sampai di KLIA 1, anda perlu pergi ke bahagian Departure (Pelepasan) yang mana ianya berada di tingkat 5 bertempat di Main Terminal Building (MTB) atau bangunan utama lapangan terbang.

Kemudian, anda perlu cari skrin gergasi atau skrin besar bagi mendapatkan semua info penting tentang penerbangan anda. Paling penting sekali, anda kena dapatkan nombor kaunter bagi urusan bagasi anda.
2) Dapatkan Boarding Pass Dan Daftar Bagasi (Drop Luggage)
Dah dapat nombor kaunter, beratur untuk dapatkan boarding pass dan daftar bagasi pula. Disini anda boleh sediakan pasport dan booking number sekiranya diperlukan. Sebaiknya semua pemegang pasport anda bersama bila di kaunter ini.


Dah dapat boarding pass, dah drop luggage, boleh terus ke balai perlepasan iaitu antara Domestic Depatures (Perlepasan Dalam Negeri) atau International Departures (Perlepasan Antarabangsa).
3) Scan Boarding Pass Untuk Masuk Ke Balai Imigresen
Untuk perlepasan antarabangsa, anda boleh pergi ke pintu B. Anda perlu sediakan boarding pass sahaja disini. Selesai disini, anda akan turun ke balai imigresen pula untuk scan pasport dan sebagainya.

p/s: sekiranya anda nak makan dulu, adalah lebih baik dibahagian luar. Jangan masuk lagi balai imigresen ni. Kat dalam restoren tak banyak pilihan dan mahal. Kat luar ada KFC, Mcdonalds, Burger King dan banyak lagi.
4) Lalu Autogate Di Balai Imigresen
Di bahagian Imigresen ini untuk rakyat Malaysia terutamanya, terdapat 3 cara untuk anda lalu iaitu menerusi kaunter manual dan 2 jenis autogate. Kalau anda datang bersama keluarga dan anak kecil, boleh pergi kaunter. Jika tidak, kena lalu autogate.

Pada bahagian autogate pula terdapat 2 jenis iaitu scan guna pasport atau menggunakan MyBorderPass. Adalah lebih baik, anda menggunakan MyBorderPass untuk lalu autogate di KLIA 1 ini. Urusan lebih cepat dan tak berkongsi dengan warga negara lain.
BACA JUGA : Cara Guna MyBorderPass Untuk Urusan Imigresen Di KLIA
5) Pemeriksaan Kastam
Selepas selesai lalu Imigresen, anda akan melalui pemeriksaan Kastam pula. Disini mereka akan imbas bag yang anda bawa sahaja. Jadi hanya masukkan bag dalam mesin yang disediakan. Tak perlu lagi keluarkan wallet, tali pinggang tu semua.

Jika tidak berlaku apa-apa masalah, you got to go!
6) Cari Gate Dan Naik Aerotrain Untuk Ke Bangunan Satelit
Selesai urusan Kastam, anda perlu cari gate anda. Anda rujuk pada boarding pass seperti yang ditulis atau boleh rujuk mana-mana skrin info penerbangan yang ada. Disitu akan dipaparkan gate bagi penerbangan anda.


Jika sudah jumpa, anda pergi ke gate anda terus. Sekiranya perlu, mungkin anda perlu naik Aerotrain untuk ke bangunan satelit dimana terletaknya gate bagi penerbangan anda nanti. Contoh untuk gate C1-C37 kena naik aerotrain.
7) Tunggu Sehingga Boarding Hall Dibuka
Biasanya pintu boarding ni akan buka sejam sebelum penerbangan. Jadi kalau anda sampai awal, jangan risau ada disediakan banyak kerusi di bahagian luar gate. Kat sini kalau anda nak makan, solat semua ada disediakan.


Untuk anda yang pertama kali naik flight di KLIA 1 ini, anda boleh juga pusing-pusing kawasan ini. Bila lagi dapat peluang kan.
8) Lalu Kawalan Keselamatan Sebelum Boarding
Berbeza jika di KLIA 2 dimana kawalan keselamatan berada lebih awal sebelum masuk ke gate. Tapi di KLIA 1, anda perlu melalui kawalan keselamatan terlebih dahulu dan baru boleh boarding.

Ianya betul-betul berada di gate penerbangan anda. Jadi disini, anda perlu keluarkan semua barang yang ada pada diri seperti wallet, handphone, kunci, tali pinggan dan sebagainya. Air atau cecair pun tak boleh bawa. Kena kosongkan botol minuman disini.
Ya, anda tak boleh bawa masuk air ke dalam pesawat. Jika di KLIA 2, anda boleh bawa air tau sebab ada air coway kat dalam. Di KLIA 1 tak boleh.
9) Scan Boarding Pass
Akhir sekali sebelum masuk ke bahagian boarding, kena scan boarding pass dan tunjuk pasport. Dah selesai disini, barulah boleh masuk dalam dan tunggu panggilan seterusnya untuk masuk ke pesawat
10) Panggilan Masuk Pesawat
Seperti biasa, panggila untuk masuk ke pesawat adalah berdasarkan zon yang ditetapkan pada boarding pass. Anda boleh semak pada tiket flight anda tersebut. Beratur mengikut zon yang ditetapkan.

Akhirnya boleh masuk pesawat seperti biasa. Selesai
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang pertama kali nak naik flight di KLIA 1. Procedure tak rumit pun. Mungkin yang pertama kali tak biasa. Tapi lepas ni kalau kerap travel ke luar negara, kacang je semua ni.
Bila anda nak naik flight di KLIA 1 ni? Kongsilah dengan kami.











1 thought on “First Time Naik Flight di KLIA 1? Ini Cara Anda Perlu Tahu”