Anda pergi bercuti Pahang dan nak pergi Genting Skyworld Theme Park, tapi tak tahu di sana ada disediakan locker untuk simpan bagasi atau barang-barang kita tak? Jawapannya ada. Boleh tengok sini lokasi, saiz dan harga locker yang disediakan.
BACA JUGA : Itinerari Ke Temerloh Pahang Untuk 2H1M
Jika anda pergi Genting Highland, sekarang ada 2 theme park utama yang anda boleh main. Pertama adalah Skytropolis Indoor Theme Park yang berada di dalam dan Skyworld Theme Park yang berada di luar.
Jadi kalau anda nak merasa permainan yang lebih mencabar seperti roller coaster dalam keadaan cuaca sejuk, anda boleh pergi ke Genting Skyworld Theme Park yang terletak di bahagian luar.
Tapi kalau pergi main dibahagian luar, ada tak tempat untuk simpan barang atau mungkin saiz yang lebih besar untuk simpan bagasi. Pergi bercuti mesti bawa luggage untuk simpan pakaian kan. Kalau ada dimana dan berapa harganya?
Genting Skyworld Theme Park
Dalam Genting Skyworld Theme Park, banyak jenis taman tema yang disediakan dan setiap daripadanya mempunyai jenis permainan atau ride yang tersendiri. Kalau sempat, anda patut cuba semua permainan tersebut.
Di dalamnya ada bahagian tema Rio, Andromeda Base Liberty Lane, Epic, Robots Rivet Town, Ice Age, Eagle Mountain dan banyak lagi. Masing-masing ada ride yang mempunyai tarikan yang tersendiri.

Secara keseluruhan, terdapat 4 jenis harga untuk pas Skyworld Theme Park ini. Berikut adalah harga tersebut :
- Skyworld Day Pass [Non-Malaysian] = RM198
- Skyworld Day Pass [Malaysian] = RM98
- Skyworld Unlimited Pass :
- [Non-Malaysian] = RM388
- [Malaysian] = RM188
- Skyworld Day Pass [Rakyat Pahang] = RM65
Anda boleh beli tiket terus di kaunter secara walk-in atau boleh dapatkan secara online di https://xplore.rwgenting.com/themeparks-and-attractions
Lokasi & Harga Tiket Locker Di Genting Skyworld Theme Park
Jika di Genting Skyworld Theme Park ini, ada 2 jenis pintu masuk yang juga menjadi pintu keluar. Pintu masuk pertama berada di bahagian dalam. Manakala pintu masuk kedua yang juga terdapat sign-board utama ‘Genting Skyworld Theme Park’ adalah terletak di bahagian luar.
Dipintu masuk kedua inilah, orang ramai akan ambil gambar sebagai kenang-kenangan atau tanda ‘hadir’ meskipun anda tidak masuk. Kalau Universal Studio, bergambar dengan globe, kalau di Genting Skyworld, bergambar di pintu masuk ini. Tak kena bayar pun.
Jadi disini jugalah terletak locker untuk simpan barang. Lokasinya adalah bersebelahan dengan sign-board Genting Skyworld tersebut. Jika anda menghadap papan tanda tersebut, ianya berada di belah kanan. Anda boleh tengok seperti dalam map dibawah:

Terdapat 2 jenis harga mengikut masa iaitu 4-jam atau sehingga tutup. Juga terdapat 3 jenis locker iaitu Small, Large dan x-Large. Harga adalah bermula daripada RM22 sehingga paling mahal RM65. Bayaran boleh dibuat secara kad kredit, Alipay, Touch n Go eWallet dan sebagainya.
Harga penuh adalah seperti gambar dibawah :


Jadi lepas ni, sekiranya anda mungkin ada bawa banyak barang, tapi nak main di Genting Skyworld Theme Park ini, tak perlu risau dah. Anda boleh simpan barang-barang anda tersebut dengan selamat di locker yang telah disediakan.
Untuk di pintu masuk pertama, juga turut disediakan locker untuk simpan barang. Harga juga sama seperti locker yang terletak diluar. Dah singgah Pahang, jangan lupa naik Genting Highland dan singgah di Skyworld Theme Park.











