20 Homestay Yang Anda Boleh Menginap Di Temerloh Dan Temerloh Jaya

By Aiman San

Published On:

Follow Us
homestay untuk menginap di temerloh

Bagi yang berhajat untuk datang menginap di Temerloh dalam jumlah yang ramai, mungkin senarai homestay ini sedikit sebanyak membantu untuk anda bermalam disini.

Mungkin anda datang ke Temerloh untuk bercuti sama ada melawat tempat-tempat menarik, cuba makanan terkenal disini iaitu ikan patin atau nak merasai pengalaman solat di masjid viral, Masjid Temerloh Jaya

BACA JUGA : Itinerari Ke Temerloh Untuk 2 Hari 1 Malam Termasuk Pergi Pekan Sehari

Jadi pastinya, anda perlukan sebuah tempat penginapan yang sesuai dengan bajet dan selesa, lagi-lagi jika anda datang beramai bersama rakan atau keluarga. Kadang hotel tak muat untuk jumlah yang ramai.

Untuk info, terdapat banyak jenis penginapan yang anda boleh dapatkan di Temerloh ini seperti hotel, hotel bajet atau perkhidmatan homestay yang disediakan berhampiran dengan kawasan yang anda ingin lawati.

Jika anda ingin merasai pengalaman solat subuh di Masjid Temerloh Jaya, boleh la cari homestay di kawasan berdekatan seperti di Taman Temerloh Jaya atau disekitarnya termasuk Taman Bunga Raya, Jalan Bahagia dan sebagainya.

masjid temerloh jaya untuk menginap di temerloh

Kalau nak tengok sungai, mudah untuk pergi ke Pekan Sehari atau Car Boat Sale, boleh cari dan menginap di Temerloh berdekatan dengan bandar

Tetapi jika anda bermalam di Temerloh Jaya pun, sebenarnya ianya kawasan yang sangat strategik, semua tempat menarik dekat je dengan taman ini

20 Homestay Untuk Menginap Di Temerloh Dan Berada Berdekatan Dengan Masjid Temerloh Jaya

Jadi dengan itu, anda boleh lihat senarai lebih 20 homestay yang berada di sekitar Temerloh, Pahang. Berikut antara homestay yang berada di Temerloh :

BilHomestayHubungiHarga
1Zulhani Roomstay010-9130031
2Ahyat Homestay013-9840727
3Damai Homestay019-9188028 | 019-9312728
4MZ Homestay019-9304127 | 019-9190873
5Dyna Homestay012-9559394
6Mama Homestay013-8841196RM230
7Aznita Homestay019-9814024RM250
8Timmie Homestay019-9523356 | 019-9843356RM200
9Temerloh Jaya Homestay013-9883993
10Hj. Shahrum Homestay019-9312728
11Nur Homestay013-9339645RM200
12Noh Homestay019-9553447
13Cik Shida Homestay019-9886102
14An Najah Homestay019-5232727RM180
15Kak Tie Homestay019-9843351
16Kak Jun Homestay019-9257291
17Pak Habib Homestay017-9447582
18Cikgu Zulshafie Homestay019-9162466
19Amani Homestay019-9706232RM230
20A&Z Homestay019-9166542RM150
21Shah Afly Homestay013-9611390RM200
22Dannia Homestay017-2045085RM180
23Asma’ Homestay019-9701710
24Siti Homestay019-9701710

Diharap senarai homestay ini bermanfaat kepada mereka di luar sana yang ingin datang dan menginap di Temerloh.

Moh la datang Temerloh!

Join Telegram

Join Now

1 thought on “20 Homestay Yang Anda Boleh Menginap Di Temerloh Dan Temerloh Jaya”

Leave a Comment