Cara Claim ‘Baggage Delay’ Daripada Etiqa Secara Online

By Aiman San

Published On:

Follow Us
cara claim etiqa baggage delay

Kalau anda mengalami masalah ‘baggage delay’ dan ada beli insurance atau takaful Etiqa, anda boleh ikuti langkah mudah dibawah untuk claim atau tuntut pampasan disebabkan perkara ini.

Ini mungkin antara perkara yang jarang berlaku ketika anda melancong ke luar negara, tetapi boleh terjadi dimana bag atau luggage anda tertinggal di destinasi asal disebabkan kecuaian atau mungkin terlupa daripada pihak airport sendiri.

Pengalaman Luggage Tertinggal (Delay) Di Manila

Sebelum ini, aku ada trip solo ke Manila, Filipina untuk 3 hari 2 malam. Segala perjalanan pergi dari KL dan kemudian bercuti di Manila berjalan dengan lancar dan selamat. Perjalanan pulang semula ke KL juga berjalan lancar.

Tetapi ada satu perkara yang terjadi. Disinilah buat pertama kali, aku merasai pengalaman ‘baggage delay’ dimana luggage check-in aku tertinggal di Manila, sedangkan aku ketika itu sudah sampai di KLIA Terminal 2. Ya, ianya disebabkan oleh staff airport disana terlupa.

Pada mulanya, dekat sejam juga tunggu di carousell pengambilan bagasi tu. Kemudian confirmkan juga dengan Airtag yang aku simpan dalam luggage tersebut. Lokasi terakhir memang menunjukkan masih berada di Ninoy Aquino International Airport di Manila. Filipina.

baggage delay

Dah tanya pada staff GTR, barulah mereka sahkan dan inform aku yang luggage aku tertinggal di Manila kerana mereka telah menerima emel daripada pihak sana. Jadi apa jalan penyelesaian kalau berlaku baggage delay ni?

Apa Perlu Buat Kalau Terjadi Baggage Delay?

Antara langkah-langkah yang anda perlu buat jika terjadi luggage delay ini adalah :

  1. Buat report kepada pihak Airlines. Dalam kes ini adalah Air Asia
  2. Mereka akan keluarkan 1 report yang dipanggil ‘Property Irregular Report’
  3. Anda simpan hard copy report tersebut
  4. Anda boleh tunggu luggage anda sampai untuk next flight
  5. Tapi sekiranya lewat, anda boleh mohon untuk pihak Airport untuk hantar luggage anda tersebut terus ke rumah anda tanpa sebarang caj
Report Baggage Delay

Mereka tidak akan hantar luggage anda menggunakan kurier, sebaliknya akan ada person in charge yang akan hantar sendiri terus ke rumah anda. Jadi bag anda tersebut akan lebih selamat. Bagi tersebut akan dihantar pada hari esoknya.

Jadi sekiranya anda ada beli insurance atau takaful Etiqa terutamanya (Etiqa360), anda boleh claim atau buat tuntutan atas kes ‘baggage delay’. Selain itu, jika layak, anda juga boleh minta pampasan daripada Air Asia sendiri, tetapi dengan syarat :

  • Anda bukan warganegara (foreginers) dan
  • Menerima bag selepas 24 jam setelah laporan dibuat

Macam kes aku, terima bag selepas 24 jam, tetapi aku warganegara, jadi tak layak untuk claim daripada pihak Air Asia. Tetapi masih layak untuk buat tuntutan daripada Etiqa. Jom tengok caranya dibawah.

cara claim baggage delay etiqa air asia

Syarat Dan Kelayakan Untuk Baggage Delay Daripada Etiqa

Etiqa ada juga tetapkan syarat yang melayakkan anda untuk claim atau tuntut pampasan. Sekiranya anda tidak menerima luggage anda tersebut dalam tempoh 6 jam, anda layak untuk claim daripada Etiqa.

BACA JUGA : Cara Claim Flight Delay Untuk Tempoh 2 Jam. Dapat RM100

Sekiranya layak, anda boleh claim RM100 bagi setiap penama (bukan setiap bag), jika anda sudah berada di Malaysia. Sekiranya ‘baggage delay’ berlaku bila anda tiba di luar negara, anda boleh claim sehingga RM1000 mengikut pakej insurance anda.

Cara Claim Baggage Delay Daripada Etiqa

Terdapat 2 cara untuk anda claim daripada Etiqa iaitu sama ada menggunakan aplikasi Etiqa+ atau melalui emel. Ikuti langkah-langkah seperti dibawah :

1) Menggunakan Aplikasi Etiqa+

  1. Login aplikasi Etiqq+ terlebih dahulu seperti biasa
  2. Pada halaman utama, klik Claims > Travel Claim
  3. Masukkan tarikh isu berlaku
  4. Pilih Perlindungan anda
  5. Klik My Baggage Was Delayed
  6. Kemudian isi segala butiran yang diperlukan seperti jumlah bagasi, destinasi penerbangan, no. penerbangan, waktu tiba dan waktu bagasi tiba
  7. Akhir sekali, upload 2 dokumen penting iaitu Boarding Pass dan Property Irregularity Report
  8. Selesai

BACA JUGA : Penerangan Lebih Lanjut Untuk Claim Menggunakan Etiqa+

2) Melalui Emel

Sekiranya aplikasi bermasalah, anda boleh buat tuntutan atau claim menggunakan emel dengan menyertakan cover letter beserta lampiran sokongan. Hantar surat tersebut di claims@etiqa.com.my

Contoh surat adalah seperti dibawah :

Kemudian lampirkan bersama beberapa dokumen seperti dalam surat. Paling penting adalah no. policy, boarding pass dan Property Irregular Report

Bila Status Permohonan Akan Diumumkan?

Sekiranya tiada masalah dan segala info serta dokumen sah, anda akan dapat jawapan selepas 1 hari permohonan. Sekiranya berjaya, duit claim akan terus masuk ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.

Untuk pengalaman, aku hantar emel pada hari Isnin, dapat jawapan pada hari Selasa dan duit RM100 terus dikreditkan pada hari Rabu. Sekajab sahaja prosesnya.

Join Telegram

Join Now

2 thoughts on “Cara Claim ‘Baggage Delay’ Daripada Etiqa Secara Online”

Leave a Comment