Cara Claim Flight Delay Dari Etiqa Untuk Air Asia Atau Mana-Mana Flight

By Aiman San

Published On:

Follow Us
claim flight delay air asia dari etiqa

Kali ini aku nak share cara claim flight delay sekiranya anda menggunakan Etiqa360 khusus untuk penerbangan Air Asia. Tapi ianya masih valid untuk digunakan bagi mana-mana jenis penerbangan pun; MAS, ANA, Singapore Airlines dan sebagainya.

Ini merupakan perkongsian pengalaman sendiri ketika mengalami flight delay secara official. Ketika itu masa waktu balik dari Tokyo ke Kuala Lumpur dalam trip Osaka-Tokyo-Mt Fuji sebelum ini. Jadi nak share pengalaman untuk tuntut atau cara claim flight delay dari Etiqa kat sini.

Situasi Sebelum Penerbangan

Untuk trip Jepun ni, aku naik Air Asia iaitu dari 16 hingga 24 Oktober 2024. Dalam tempoh yang sama juga, aku ada beli travel takaful iaitu menerusi Etiqa360 dengan harga RM27.38 untuk pakej Silver.

Jadi penerbangan dari KL ke Osaka, tiada masalah. Yang mengalami kelewatan penerbangan atau flight delay ini adalah ketika balik iaitu pada 24 Oktober tersebut dari Haneda (Tokyo) ke Kuala Lumpur.

Sepatutnya penerbangan tersebut adalah pada pukul 11.50 malam pada hari tersebut. Tapi pada petang sebelum fly, aku dapat emel daripada Air Asia yang mengatakan flight aku delay dengan tajuk : ‘AirAsia Flight Reschedule Notice’.

Penerbangan sepatutnya pada 11.50 malam ditunda kepada pukul 1.50 pagi iaitu 2 jam lewat. Jadi kalau ikut coverage Etiqa360, kalau flight delay sekurang-kurangnya 2 jam, boleh claim RM100. Jadi dah sampai Malaysia, aku terus tuntut wang tersebut.

Jadi macam cara claim flight delay ni sebenarnya?

Cara Claim Flight Delay Dari Etiqa360

Sekarang urusan untuk tuntun pembayaran dari Etiqa dah mudah dengan adanya aplikasi Etiqa+. Sebelum ni, aku beli takaful pun daripada website Takaful Etiqa360 dan kali ini nak claim insurance guna aplikasi. Jadi aku share guna apps cara claim flight delay untuk flight Air Asia.

Kesemua info, anda perlu rujuk emel yang dihantar oleh pihak Air Asia. Tempoh delay, waktu baru dan sebagainya.

1) Buka aplikasi Etiqa+ > klik pada My Active Polict/Cert dan pilih TripCare 360 Takaful anda. For my case : Cert CU189967 (Seperti dalam gambar)

2) Kemudian klik pada Submit Claim. Bagi tahu bila tarikh delayed ini berlaku dan klik Continue. Klik pada coverage yang anda beli (Silver). Pilih My Trip was Postponed untuk flight delay

3) Masukkan butiran Flight Original dan New Flight iaitu untuk tarikh dan waktu penerbangan yang lama dan yang baru. Akhir sekali masukkan juga maklumat bank untuk pembayaran

Kamudian upload bukti Full Flight Itinerary dan juga Information Delayed Flight. Kedua-dua file ini ada dalam emel yang dihantar oleh Air Asia. Dah siap upload, klik Continue

4) Semak semula segala butiran yang anda masukkan sebelum ini. Pastikan betul. Jika sudah selesai, klik Submit

Berapa Lama Claim Akan Masuk Bank?

Secara rasminya, proses kelulusan untuk claim flight delay ni ambil masa 7 hari waktu bekerja. Tapi daripada pengalaman sendiri, submit pada 26 Oktober (Sabtu), dan lulus pada 28 Oktober (Isnin).

Pada keesokannya iaitu 29 Oktober (Selasa), duit claim masuk terus ke dalam akaun bank. Jadi 1 hari waktu bekerja sahaja. Tiada apa-apa tindakan susulan. Terus dapat RM100 sebab flight delay selama 2 jam.

Proses Mudah Dan Cepat

Aku sebenarnya selalu juga rasa flight delay dari Air Asia ni. Sepatutnya fly pukul 2.00 petang, dia fly pukul 2.20 petang. Tapi semua ni tidak termasuk kelewatan yang rasmi atau official flight delayed sebab dieorang tak bagi emel pun.

Ini merupakan kali pertama Air Asia bagi emel yang mengatakan flight delay. Masa tu pula masih di UENO. Disebabkan status ni, aku dengan member lain tak jadi naik train awal ke Haneda. Jalan sekejab lagi. Dah malam sikit baru gerak.

Proses tuntutan dari Etiqa ni jadi mudah mungkin sebab ada black and white, ada bukti daripada pihak penerbangan. Jadi cepat je dapat claim. Lagi pula dia tulis tepat 2 jam delay, memang kena la dengan coverage yang aku beli tu.

Beli takaful RM27, dapat claim RM100. Kan untung tu hehe Masa di airport Haneda pun, dieorang ada bagi refreshment iaitu air mineral dan roti sebagai tanda kemaafan la. Ok je. Apa-apa pun semua proses claim mudah dan pantas.

Kalau bagi yang delay lebih 2 jam tapi tak dapat emel atau surat, cuba request daripada pihak Airlines. Kalau ada bukti, lagi mudah untuk proses claim nanti.

Harap perkongsian cara claim flight delay dari Etiqa360 untuk Air Asia ini membantu semua.

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment