Ucapan Hari Malaysia juga penuh bermakna untuk setiap rakyat di negara sama seperti ketika sambutan Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan pada 31 Ogos yang lepas.
Dengan ucapan ini, sekali gus dapat memeriahkan lagi suasana sambutan hari bersejarah ini disamping memupuk semangat patriotik dan menanamkan rasa cinta akan negara.
BACA JUGA : Contoh Ucapan Hari Merdeka Tahun 2025
16 September merupakan detik bersejarah apabila Malaysia telah ditubuh iaitu pada tahun 1963. Ianya gabungan antara Semenanjung (Persekutuan Tanah Melayu) bersama Sabah dan Sarawak serta Singapura (sebelum berpisah) ketika itu.
Ini negara kita, ini tanah tumpah darah kita. Inilah Malaysia.
Tema Hari Malaysia Dan Logo Digunakan
Sama seperti Hari Kebangsaan ke-68, Hari Malaysia menggunakan tema ‘Malaysia Madani, Rakyat Disantuni’. Ianya merupakan cerminan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial, dan keadilan. Logo juga sama.

Sambutan Hari Malaysia ke-62 pada tahun ini akan dibuat pada 16 September 2025, hari Selasa bertempat di PICCA Convention Centre di Butterworth Arena Pulau Pinang.
Untuk perarakan, biasanya hanya dilakukan pada Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan sahaja. Untuk Hari Malaysia tiada perarakan.
Contoh Ucapan Hari Malaysia 2025
Berikut merupakan antara contoh-contoh ucapan Hari Malaysia bagi tahun 2025 yang anda boleh gunakan. Jadi nanti boleh kongsi dengan rakan-rakan atau edit dalam video atau poster bertujuan memeriahkan hari bersejarah ini.
Hari ini kita mengenang sejarah penyatuan Semenanjung, Sabah & Sarawak menjadi sebuah negara bernama Malaysia. Semoga perpaduan terus kekal dan tanah air kita semakin makmur.
62 tahun Malaysia berdiri teguh. Dari pelbagai bangsa, budaya & agama, kita bersatu di bawah satu bendera. Selamat Hari Malaysia 2025
Hari Malaysia ke-62 mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia bukan pada saiznya, tetapi pada perpaduan rakyatnya. Mari kita terus menjaga keharmonian yang kita warisi.
Selamat Hari Malaysia! 62 tahun lalu, terbentuknya sebuah negara berdaulat hasil penyatuan wilayah dan semangat rakyat. Semoga Malaysia terus aman, maju & diberkati.
Malaysia itu indah kerana rakyatnya, Malaysia itu kuat kerana perpaduannya.
Hari ini kita meraikan 62 tahun Malaysia – rumah kita semua.
Selamat Hari Malaysia ke-62. Dari generasi ke generasi, semangat cintakan tanah air inilah yang memastikan Malaysia terus berdiri. Mari kita teruskan perjuangan mereka yang terdahulu.
62 tahun lalu, Semenanjung, Sabah & Sarawak bersatu membina sebuah negara.
Hari ini, marilah kita teruskan cita-cita itu – Malaysia yang harmoni & makmur. Selamat Hari Malaysia!
Hari ini bukan sekadar cuti umum, tetapi hari yang mengingatkan kita akan pentingnya bersatu hati untuk masa depan Malaysia. Selamat Hari Malaysia
Hari Malaysia ke-62 adalah simbol pengorbanan, perjuangan & harapan. Semoga Malaysia terus maju, dan kita sebagai rakyatnya terus menghargai apa yang ada.
Selamat Hari Malaysia! Hari ini kita raikan penyatuan sebuah negara yang penuh kepelbagaian. Malaysia adalah rumah kita semua. jagalah ia dengan sepenuh hati.
62 tahun Malaysia, dari perjuangan kemerdekaan ke pembangunan moden. Marilah kita bersama-sama menyumbang agar negara ini terus gemilang. Selamat Hari Malaysia 2025!
Perjalanan negara ini penuh cabaran, namun berkat perpaduan rakyat, Malaysia tetap teguh. Mari kita hargai nikmat keamanan ini.

Hari Malaysia bukan sekadar tarikh, ia adalah lambang penyatuan & semangat kebangsaan.
Selamat Hari Malaysia. Semoga Malaysia terus diberkati.
62 tahun Malaysia bersama kita. Hari ini kita raikan dengan rasa syukur, bangga & cinta terhadap tanah air tercinta. Selamat Hari Malaysia!
Selamat Hari Malaysia 2025! Malaysia bukan sekadar sebuah negara, ia adalah identiti, rumah & masa depan kita semua. Teruslah kita menjaga perpaduan untuk generasi akan datang.
Pantun Hari Malaysia Yang Ke-62 Untuk Tahun 2025
Untuk lebih unik bagi menyampaikan ucapan Hari Malaysia, anda juga boleh gunakan dalam bentuk pantun. Berikut merupakan antara contoh-contoh pantun menarik disediakan :
Di Sarawak adanya Reflesia,
Di Sabah pula terletaknya Sandakan,
Selamat Menyambut Hari Malaysia,
Kepada semua, kami ucapan.
Kembang Akasia berbunga merah,
Hinggap helang di dahan satu,
Hari Malaysia disambut meriah,
Rakyat berbilang, hidup bersatu.
Akar serabut melilit akasia,
Dahan satu menghala ke laman,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Rakyat bersatu, negara aman.

Negara Malaysia sudah merdeka,
Terkenal di seluruh dunia,
16 September Hari Malaysia,
Bersatulah hati kita semua.
Pelbagai bangsa satu suara,
Bersatu hati teguh bersama,
Malaysia maju sentiasa bahagia,
Harmoni kita, kekal selamanya.
Berbeza kaum janganlah hairan,
Sama berjuang di perbatasan,
Warna kulit bukan ukuran,
Negara makmur menjadi wawasan.
Pergi ke hutan mencari rotan,
Singgah ke sungai memasang jerat,
Saling sepakat seiring sejalan,
Supaya perpaduan kekal tererat.
Wau bulan terbang tinggi di awan,
Semegah Kenyalang di puncak Kinabalu,
Pelbagai kaum tetap berkawan,
Bersatu hati kita selalu.
Bunga Raya Kembangnya Satu,
Berwarna Merah Tiada Tandingan;
Malaysia Makmur Rakyat Bersatu,
Ikatan Mesra Erat Perpaduan.
Singgah di dahan si burung Belatuk
Dahan yang kuat lagi kukuh,
16 September, Malaysia dibentuk,
Berbilang bangsa, kekal utuh.
Rapatkan saf kukuhkan hubungan,
Gengam tangan seiring sejalan,
Hormati perbezaan raikan persamaan,
Menuju matlamat mengangkat perpaduan.
Semoga contoh-contoh ucapan Hari Malaysia ini bermanfaat untuk anda dan digunakan bagi memeriahkan lagi hari yang bersejarah ini.
Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke-62 kepada semua pembaca.
Sumber : kongsilah.my













1 thought on “Contoh Ucapan Hari Malaysia 2025 Beserta Pantun”