Cara Topup Tmoney Di Mesin Train Station Ketika Travel Di Korea

By Aiman San

Updated On:

Follow Us
topup tmoney

Ada yang dah sampai Korea, tapi tertanya-tanya macam mana nak topup Tmoney? Atau mungkin yang tengah buat persiapan dan nak cari info, macam mana nak reload Tmoney nanti? Boleh tengok sini.

Tmoney mungkin antara perkara utama yang perlu anda tahu sebelum melancong ke Korea. Biasa kalau pergi Korea, pusat tumpuan utama pastinya di Seoul. Jadi disini Tmoney sangat penting dan berguna.

Apa Itu Tmoney? Bagaimana Cara Menggunakannya?

Tmoney merupakan sistem bayaran tanpa tunai atau cashless dalam bentuk kad fizikal yang tujuan utama adalah untuk menggunakan pengangkutan awam seperti subway train dan bas dalam bandar di seluruh Korea Selatan terutamanya di bandar Seoul.

BACA JUGA : Itinerari Ke Busan-Seoul Untuk 7 Hari Secara DIY

climate card tmoney

Tetapi selain itu juga, Tmoney juga boleh digunakan untuk membeli barangan di kedai serbaneka seperti CU, GS25 dan 7eleven, termasuk juga beberapa kedai yang ada menerima pembayaran menggunakan kaedah ini.

Cara nak guna mudah sahaja. Anda boleh dapatkan kad Tmoney dimana-mana kedai serbaneka dengan harga 3,000 ke 6,000 Won. Tapi kad tersebut masih tiada kredit untuk digunakan, jadi anda kena topup atau reload.

Now, kad Tmoney dah ada, tapi macam mana nak topup? Ikuti terus perkongsian dibawah…

Cara Topup Tmoney Di Mesin Train Station

Sebenarnya jika anda di Korea, terdapat 2 cara untuk anda reload kredit atau topup Tmoney iaitu di mesin Transport Card Recharging yang terdapat di setiap train station atau boleh pergi ke kedai serbaneka untuk minta topup di cashier.

mesin topup tmoney di seoul korea

Kalau pergi kedai, boleh terus je minta pekerja tu cakap nak reload Tmoney. Tapi untuk di mesin, anda perlu buat sendiri secara manual. jangan risau kalau tak tahu, boleh ikuti panduan lengkap dibawah :

1) Pergi ke mana-mana train station dan cari mesin yang bernama ‘Transport Card Recharging’ atau ‘Card Reload Device’. Biasanya memang akan ada. Terletak di gate masuk/keluar

2) Sebelum mula, tukar bahasa kepada English.

press english untuk topup tmoney

3) Pilih ‘Reloading the transit card’

cara topup tmoney di mesin

4) Kemudian letak kad Tmoney anda diruang yang disediakan

topup tmoney di mesin

5) Jika kad anda berjaya dibaca, akan terpapar jumlah dan nilai yang anda boleh topup atau reload. Anda boleh pilih nilai yang anda inginkan bermula dari 1,000 Won sehingga 50,000 Won.

Pada bahagian ini ditunjukkan baki kad Tmoney anda pada ruang belah kanan skrin (seperti dalam gambar).

harga jumlah topup tmoney

6) Selepas selesai tekan pada nilai yang anda pilih, barulah masukkan duit di ruang yang disediakan.

cara topup tmoney dan bayar guna cash

7) Tunggu beberapa saat sehingga kad Tmoney anda berjaya ditambah nilai

Selesai!

Tips Ke Korea Menggunakan Tmoney

Untuk info, harga atau tambang sehala minimum menaiki subway train di Seoul adalah bermula 1,400 Won atau sekitar ~RM3.80 sahaja. Tips, anda boleh semak harga perjalanan dengan menggunakan Naver Map. Akan dipaparkan harga yang perlu dibayar.

naver map tengok harga train

Mungkin anda dah guna Tmoney beberapa kali untuk naik dan turun train atau bas. Tapi anda tak tahu berapa baki lagi yang tinggal. Risau tak cukup untuk perjalanan seterusnya dan sebagainya.

Jangan risau, anda sebenarnya boleh semak baki kad Tmoney anda secara online tanpa perlu pergi ke mesin. Anda boleh semak pada bila-bila masa sahaja. Caranya anda download aplikasi DaemDaem di Play Store atau App Store secara percuma.

cara check baki tmoney

Tapi aplikasi ini anda hanya boleh semak baki sahaja iaitu melibatkan transaksi reload dan nilai yang digunakan, tak boleh nak topup secara online.

Selain itu, segala pembayaran untuk urusan topup Tmoney adalah dengan menggunakan cash atau tunai sahaja. Kalau di mesin anda kena guna cash. Kalau di kedai serbaneka pun anda perlu bayar guna cash sahaja tanpa sebarang caj tambahan.

Oleh itu, bagi anda yang akan travel ke Korea selepas ini, kena sediakan juga wang tunai Won untuk dibawa ke Korea. Salah satu kegunaan adalah untuk topup Tmoney anda. Jangan risau, kalau tak cukup, boleh cucuk dan keluarkan duit di mesin ATM di Korea.

BACA JUGA : Cara Guna Tmoney Di iPhone Tanpa Menggunakan Kad Fizikal

Untuk yang terbaru, khusus untuk pengguna iPhone, anda boleh dapatkan Tmoney secara digital menerusi Apple Wallet. Ini bermakna, anda tidak perlu beli kad fizikal. Jadi anda dah jimat perbelanjaan. Cuma perlu topup Tmoney sahaja seperti biasa.

Now ada dah tahu cara untuk topup Tmoney. Jadi dan tiada masalah sekiranya anda ingin ke Korea selepas ini. Yang penting dapatkan kad Tmoney, pergi ke mesin recharge dan top kad fizikal anda.

Setel.

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment