Sebenarnya anda boleh sahaja cuba untuk mohon refund Agoda meskipun status tempahan hotel anda tersebut adalah non-refundable. Nak tahu cara macam mana, anda boleh ikuti perkongsian dibawah.
Agoda merupakan antara platform pihak ketiga untuk tempahan hotel secara online bagi seluruh dunia. Ianya bukan terhad untuk di Malaysia sahaja tau. Jadi ianya sangat berguna untuk yang travel keluar negara terutamanya.
Tapi setiap tempahan atau booking yang dibuat sebenarnya mempunyai status refundable, partial refundable atau non-refundable. Erti kata lain, ada hotel yang memboleh kan anda batalkan tempahan dan pulang duit dan ada juga tak boleh batal dan duit tidak akan dipulangkan.

Untuk refundable pastinya kita tahu, mungkin berlaku perkara luar jangka seperti hal kecemasan, perubahan jadual dan sebagainya, jadi kita tak dapat pergi hotel tersebut, kita boleh batalkan tempahan dan mohon refund Agoda. Boleh dapat duit semula.
Tapi ada yang status non-refundable dimana sekiranya anda dah buat tempahan, tapi tak check-in dan menginap di hotel, jadi dengan status tersebut, duit anda burn. Dah rugi. Duit tak dapat, menginap di hotel pun tak dapat.
Walaupun begitu, sebenarnya meskipun status tersebut ‘tidak boleh refund’, sebenarnya anda boleh cuba juga untuk mohon refund Agoda tersebut. Ianya bergantung kepada budi bicara pihak pengurusan hotel tersebut.
Jadi mungkin anda dah buat tempahan hotel di Agoda dan rasa tak boleh pergi dan ianya berstatus ‘non-refundable’, anda boleh ikuti langkah dan cara seperti dibawah untuk dapatkan duit anda kembali.
Cara Mohon Refund Agoda Untuk Status Non-Refundable
Desclaimer : anda boleh cuba untuk mohon refund Agoda, tapi tidak semestinya akan lulus. Bergantung kepada pengurusan hotel juga.
Sekiranya anda sudah buat tempahan hotel dan kemudian status tersebut adalah non-refundable, ikuti langkah dibawah untuk proses mohon Refund Agoda
Untuk situasi dibawah adalah bagi hotel NYS Loft Hotel, Taipei Taiwan. Bayaran telah dibuat semasa tempahan. Boleh dapat partial refund sekiranya batalkan sebelum 8 Mac. Tapi sebab dah lepas tarikh, ianya bertukar status non-refundable.
1) Buka aplikasi Agoda dan pergi pada bahagian My Trip. Pada tempahan hotel tersebut, klik Manage
2) Pada bahagian booking detail, klik pada Cancel Booking

3) Disini akan dipaparkan akibat sekiranya permohonan anda berjaya atau gagal. Klik pada Request Free Cancellation

4) Kemudian anda perlu tetapkan sebab kenapa anda mahu cancel tempahan beserta sediakan hujahan anda bersama apa-apa dokumen sokongan yang diperlukan
Macam aku, sebab tiket Air Asia ke Taiwan ketika itu telah ‘sold out’, jadi tak dapat beli tiket. Then aku jadikan ianya sebab utama kenapa nak cancel tempahan hotel tersebut
- Reason for cancellation reques : I need to cancel because…
- Please provide detailed information :
Hello, I would like to kindly request a cancellation and refund for my booking.
Unfortunately, I am unable to travel because the flights for my planned travel dates are already fully sold out, and I could not secure any available tickets despite trying multiple options. Due to this situation, I am unable to reach the destination.
I understand that the booking policy states that it is non-refundable, but I sincerely hope you could consider my request for a refund as a gesture of goodwill.
I have already completed the payment and would greatly appreciate your understanding and assistance in this matter.
Thank you very much.
- Attach any documents : ~ letak screenshot gambar tiket flight ‘sold out’
Jika semuanya sudah lengkap, klik Submit Request

Tempoh Jawapan Untuk Status Permohonana Refund Agoda
Secara amnya, selepas permohonan refund Agoda dibuat, jawapan berkaitan status tersebut akan dibuat dalam tempoh 48 jam. Jadi dalam tempoh ini, pihak pengurusan hotel akan menilai sama ada untuk luluskan atau tidak.
Untuk pengalaman sendiri, tidak sampai 1 jam, status permohonan untuk refund hotel Agoda ini berjaya tanpa sebarang apa-apa masalah.
Mohon cancellation dan refund pada 9 Mac, jam 12.56 pm, dapat jawapan pada hari yang sama pada pukul 1.34 pm waktu Malaysia.

Tempoh Untuk Refund
Now tempahan hotel dah berjaya dibatalkan. Proses seterusnya adalah menunggu duit dipulangkan semula melalui proses refund.
Untuk tempahan hotel ini, aku menggunakan Atome untuk 3-bulan pembayaran secara ansuran. Jadi dah bayar untuk bulan pertama. Jadi untuk refund duit, akan dipulangkan semula ke dalam akaun Atome.
Secara amnya, proses refund Atome akan mengambil masa dalam tempoh 7 hingga 14 hari waktu bekerja. Tapi aku dapat pulangan duit kembali dalam tempoh 2 hari sahaja. Terus dipulangkan semula.

Tak Salah Untuk Cuba Refund Agoda Meskipun Status Non-Refundable
Pada asalnya aku bercadang untuk nikmati Ramadan diperantauan dan aku nak pergi ke Taiwan. Selain berpuasa disana, bulan Mac juga merupakan musim bunga di sana. Jadi boleh la layan cherry blossom.
Tiket tak beli lagi, tapi dah booking awal penginapan iaitu di hotel yang sama aku pernah duduk sebelum ini iaitu di NYS Loft Hotel. Untuk 3 malam, dapat RM310. Harga berpatutan dan lokasi pun strategik, dekat dengan Taipei Main Station.
BACA JUGA : Tempat Beli Tiket Flight Bayar Secara Ansuran (Buy Now Pay Later)
Tapi status tempahan adalah partial refundable dan non-refundable mengikut tarikh dan tempoh yang ditetapkan.
Hotel dah tempah, then barulah buat tempahan penerbangan plak. Tetapi kali pertama nampak masa nak buat tempahan di Air Asia Move, waktu penerbangan ke Taipei Airport dah tiada dan ianya menunjukkan status Sold Out. Hari lain ada.
Tapi disebabkan perkara inilah, aku buat keputusan untuk batalkan trip Ramadan kali ini. Tak jadi nak pergi. Dalam masa yang sama, tempahan hotel sudah dibuat dan ketika itu sudah bertukar status non-refundable.
Terfikir juga takkan nak rugi macam tu sahaja RM300 tu. Rugi weh. Jadi buat keputusan untuk cuba juga cancel dan mohon refund daripada Agoda. Alhamdulillah berjaya dengan sekali permohonan sahaja.
Ini bermakna pengurusan NYS Loft Hotel ni boleh bawa bincang lagi lah. Dah status non-refundable pun, masih boleh cancel dan boleh minta refund je.
Jadi selepas ini, sekiranya anda mengalami situasi yang sama, boleh cuba untuk mohon refund Agoda dan ikuti semua langkah-langkah yang dikongsikan seperti panduan diatas.











