Senarai Tempat Nak Beli Tiket Flight Bayar Secara Ansuran (Installment) dan Buy Now Pay Later (BNPL)

By Aiman San

Published On:

Follow Us
tempat beli tiket flight secara ansuran pay later

Kalau kaki travel pasti perasan, harga tiket flight sekarang dah makin mahal berbanding sebelum pandemik. Kalau dulu boleh dapar harga ratusan, kini sudah normal cecah ke ribuan ringgit.

Tapi passion nak travel tetap tidak luntur. Kalau tak jumpa tiket flight murah, kita cari cara lebih mudah untuk beli tiket tersebut. Kini ada pilihan iaitu buat bayaran secara ansuran (installment) atau Buy Now Pay Later (BNPL).

Dengan kaedah ini, kita sebenarnya boleh merancang bajet dengan lebih baik. Biasa kita beli flight ticket lebih awal 3-6 bulan sebelum. Jadi daripada kita bayar penuh, kita boleh bayar secara ansuran sehingga tiba waktu travel nanti.

Meskipun begitu, tidak semua platform atau tidak semua tempat menawarkan pembayaran jenis ansuran ini. Kini sudah banyak platform pihak ketiga yang menyediakan pilihan bayaran ansuran, tetapi jumlahnya masih terhad.

Disebabkan itulah, anda perlu semak terlebih dahulu sebelum buat bayaran. Boleh bayaran secara ansuran atau kena bayar penuh. Sebenarnya beberapa syarikat penerbangan pun dah ada memperkenalkan cara bayaran Pay Later ini.

Senarai Tempat Beli Tiket Flight Secara Ansuran Dan Installment

Jadi kalau anda rasa bajet tight dan masih perlu kumpul duit belanja lagi, apa kata beli je tiket flight di platform yang ada menyediakan jenis pembayaran secara ansuran ini. Nak tahu kat mana tempat tu, boleh tengok senarai dibawah :

1. Airpaz

Sesuai dengan nama ‘Airpaz’ yang mana platform pihak ketiga (third party) mengfokuskan jual tiket flight kepada orang ramai. Tapi nak buat tempahan hotel pun boleh, cumanya tidak terlalu banyak pilihan.

Boleh download aplikasi mobile di Play Store atau App Store secara percuma. Selain itu, boleh juga menggunakan portal rasmi di https://www.airpaz.com/en

Airpaz kini menjadi pilihan ramai pengguna Malaysia, terutamanya yang nak beli tiket kapal terbang dan buat pembayaran secara ansuran. Selain daripada bayaran penuh menerusi kad dan internet banking, juga ditawarkan payment method jenis Pay Later iaitu menggunakan Atome.

Dengan Atome anda boleh buat bayaran secara ansuran sebanyak 3 kali tanpa faedah. Tapi sekiranya anda berminat untuk guna Atome ni, pastikan terlebih dahulu anda daftar akaun menerusi aplikasi. Anda boleh daftar DISINI (dapatkan RM35 percuma).

tiket flight airpaz atome

Platform Airpaz ini trusted. Dah banyak orang Malaysia menggunakannya. Tapi disebabkan ianya aplikasi third-party, mungkin jika berlaku urusan refund agak leceh sikit lah. Tapi tak tipu punya, jangan risau.

2. Pick A Trip

Pick A Trip merupakan satu lagi platform third-party yang mana anda boleh beli tiket flight dan bayar secara ansuran atau Pay Later. Juga tersedia menerusi aplikasi di Play Store serta App Store dan portal https://www.pickatrip.com.my/.

Jika buat perbandingan aplikasi, Pick A Trip sedikit advance berbanding Airpaz. Selain daripada book flight ticket dan hotel, disini anda juga boleh dapatkan tiket murah untuk aktiviti.

Manakala untuk jenis bayaran, mereka ada menyediakan 3 jenis bayaran iaitu menggunakan kad debit/kredit, ewallet (Tng eWallet) dan Ansuran Kad Kredit. Ya, disini juga anda boleh bayar secara ansuran.

tiket flight pick a trip ansuran

Walaupun begitu, hanya pemilik kad kredit CIMB dan RHB sahaja yang boleh pilih buat pembayaran secara ansuran ini. Sedikit terhad untuk mereka yang tidak mempunyai kad kredit jenis ini.

3. Traveloka

Jika Airpaz sebagai platform third-party hanya menyediakan tempahan tiket flight dan hotel, tapi di Traveloka, anda boleh tempah lebih daripada itu. Selain tiket flight hotel, disini juga anda boleh book cruise, tempat tarikan utama,sewa kereta, airport transfer dan banyak lagi.

BACA JUGA : Cara Semak Tiket Flight Selepas Tempah Di Traveloka

Ini lah platform pihak ketiga yang paling banyak menawarkan jenis pembayaran termasuk secara ansuran dan Pay Later. Jika anda pengguna Maybank dan ada Maybank2u, anda boleh buat bayaran secara ansuran sebanyak 3 kali.

traveloka pay later ansuran

Manakala untuk Installment kad kredit, terbuka untuk ansuran bermula 3 bulan, 6 bulan atau sehingga 12 bulan. Pengguna UOB, HSBC, RHB, Ambank dan beberapa jenis bank lain lagi, layak untuk tawaran ini.

Tiada kad kredit? Jangan risau, di Traveloka juga anda boleh bayar menggunakan SPayLater. Macam biasalah, boleh tarik sampai 12 bulan. Tapi pastinya ada faedah yang perlu dibayar berbanding bayar lump sum.

Jika berminat, anda boleh daftar akaun Traveloka secara online DISINI. Anda boleh dapatkan diskaun 8% untuk tempahan kali pertama dengan masukkan kod CUTIWITHAIMANEE9 ketika buat tempahan.

4. Shopee

Rasanya siapa je tak tahu pasal Shopee kan. Laman e-dagang terbesar di Asia Tenggara. Nak beli apa je, semua ada dalam ni. Paling terbaru sekarang, nak beli tiket flight pun boleh beli di Shopee.

Tapi pembelian tiket kapal terbang di Shopee ini bukanlah direct daripada seller biasa, tetapi ianya diuruskan oleh pihak Airpaz sendiri. Jadi kepercayaannya sama seperti anda beli di platform Airpaz. Tapi beli direct daripada Shopee, bukan aplikasi lain.

Untuk tempahan, buka aplikasi Shopee > Prepaid, Bills & Tickets > Flight. Atau anda boleh search ‘Flight’ dibahagian carian. Kalau susah sangat, klik sahaja DISINI dan akan terus dibawa ke halaman tempahan. Boleh guna aplikasi sahaja.

shopee pay later

Jadi sebab dah ada dalam Shopee, pastinya Payment Option yang diberi juga banyak. Paling best pastinya adalah menerusi SPayLater. Anda boleh dapatkan bayaran 0% faedah untuk 1 bulan. Tapi anda boleh tarik sampai 24 bulan. Pastinya ada faedah yang ditetapkan.

Shopee pastinya menawarkan bayaran Pay Later yang paling baik berbanding platform lain. Manakan tidak, anda boleh bayaran ansuran sehingga 2 tahun. Kalau dah tempah tiket awal, boleh la guna ni. Tapi boleh beli tiket awal sampai 2 tahun?

5. Trip.com

Eh Trip.com ada menyediakan pembayaran secara ansuran ke? Tapi kalau tengok pada payment method tiada pun jenis pembayaran BNPL atau secara installment. Ya, memang betul!

Sebenarnya ada cara untuk anda bayar secara ansuran bila buat tempahan tiket flight menerusi Trip.com. Tapi cara ini hanya boleh dilakukan menggunakan aplikasi sahaja. Di website tak boleh.

Caranya adalah menerusi platform tambahan iaitu aplikasi Atome. Anda perlu buka aplikasi Atome terlebih dahulu, kemudian barulah masuk ke aplikasi Trip.com menerusi pautan yang disediakan.

Daftar dulu DISINI untuk buka akaun Atome. Kemudian buka aplikasi Atome dan search ‘Trip.com’. Anda akan dibawa ke halaman tempahan Trip.com. Jadi anda boleh tempah seperti biasa dan akhirnya pilih Atome untuk jenis bayaran. Boleh dapat bayaran ansuran sehingga 3 bulan tanpa caj tambahan, 0%.

trip.com atome bnpl

6. Air Asia Move

Aik? Air Asia Move pun boleh bayar tiket flight secara ansuran ke? Mesti ramai tak tahu kan. Biasa beli tiket, then terus bayar pun kan? Sebenarnya mereka juga ada menawarkan bayaran installment. Tapi ada cara.

BACA JUGA : Cara Check In Air Asia Secara Online – 14 Hari Sebelum Penerbangan

Jika anda tempah hotel seperti biasa, tak boleh bayar secara ansuran. Jika anda tempah tiket flight pun, tiada bayaran ansuran. Tapi sekiranya anda buat tempahan SNAP! iaitu Flight+Hotel, anda boleh bayar secara ansuran.

air asia move installment

Pihak Air Asia Move menawarkan Installment plan untuk 0% faedah, tetapi hanya terhad untuk kad kredit sahaja iaitu HSBC, Maybank, Public Bank, Affin Bank dan UOB sahaja. Kalau anda pilih tempahan SNAP! ni nanti, baru keluar ‘payment method’ tersebut.

7. Malaysia Airlines

Selain Air Asia, satu lagi syarikat penerbangan yang menawarkan pembayaran secara ansuran iaitu Malaysia Airlines (MAS). Ya, anda boleh tempah direct di portal atau aplikasi Malaysia Airlines.

malaysia airlines ansuran

Akan tetapi, installment payment ini hanya untuk pengguna kad kredit sahaja iaitu untuk Maybank, Public Bank, CIMB dan Hong Leong. Tempahan minimum RM500 untuk bayaran ansuran selama 3 bulan atau RM1,000 untuk sehingga 12 bulan.

Kalau Atome ke Pay Later semua tiada disini.

8. Batik Air

Batik Air juga ada menyediakan pembayaran secara BNPL untuk anda bayar secara ansuran. Ada 2 jenis pembayaran ansuran yang disediakan iaitu dengan menggunakan kad kredit atau PayLater by Grab.

Untuk kad kredit, anda boleh bayar secara ansuran untuk 3 bulan bagi pembelian sekurang-kurangnya RM750. Manakalah tempoh 6-bulan untuk bayaran RM1,000 dan keatas. Atome sampai 3 bulan je untuk 0% interest, tapi 6-bulan, ada caj tambahan.

Tapi sekiranya anda ada akaun Grab dan sudah aktifkan Pay Later, anda boleh menggunakan jenis pembayaran ansuran PayLater by Grab. Lebih menarik, anda boleh dapat ansuran sehingga 4-bulan tanpa caj tambahan.

batik air grabpay installment

Bukan itu sahaja, anda juga boleh buat pembayaran secara Buy Now Pay Later (BNPL) dengan menggunakan Atome bila buat tempahan di Batik Air.

Caranya, anda perlu buka dahulu aplikasi Atome, kemudian cari ‘Batik Air’. Anda akan dibawa ke halaman tempahan Batik Air. Akan terpapar Atome pada paparan payment method. Dapat 3-bulan ansuran.

atome batik air pay later

9. Agoda

Akhir sekali, sekiranya anda ingin tempah tiket flight tapi nak buat pembayaran secara ansuran menerusi Buy Now Pay Later, anda boleh menggunakan aplikasi Agoda. Disediakan di platform Android dan iOS.

Selepas anda buat tempahan tiket flight seperti biasa, pada bahagian jenis pembayaran, anda perlu pilih Digital Payment – GrabPay. Jadi menerusi jenis GrabPay ini, anda boleh buat ansuran sehingga 4 bulan tanpa caj tambahan 0%.

agoda grabpay paylater

Jadi selepas ini, anda hanya perlu langsaikan bayaran bulanan anda menerusi aplikasi Grab sahaja. Tak perlu lagi berurusan dengan Agoda.

Pilih Mengikut Kemampuan

Daripada senarai diatas, anda boleh guna Shopee Pay Later atau SPayLater di 2 tempat iaitu Traveloka dan Shopee. Atome boleh guna di Airpaz dan Batik Air. Selebihnya, anda perlu ada kad kredit.

Meskipun kini sudah banyak platform yang menawarkan bayaran secara ansuran atau Pay Later bagi pembelian tiket flight, tapi anda kena juga tahu kemampuan anda. Boleh ke bayar hutang bulan-bulan selepas tempahan dibuat?

Jangan fomo dan ikut-ikut orang. Ukur baju di badan sendiri. Sebab ianya hutang. Bagi aku pembayaran ini sesuai digunakan sekiranya trip anda lambat lagi dalam setahun atau 6 bulan. Atau ketika itu, ada promosi yang ditawarkan. Pada waktu ini, sesuai untuk bayar secara ansuran.

Semoga perkongsian ini bermanfaat…

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Senarai Tempat Nak Beli Tiket Flight Bayar Secara Ansuran (Installment) dan Buy Now Pay Later (BNPL)”

Leave a Comment