Taiwan Belanja Chang Beef Noodle Secara Percuma

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Chang Beef Noodle percuma di taipei taiwan

Pengalaman Merasai Chang Beef Noodle Di Taiwan | Pada hujung November yang lalu, aku berkesempatan untuk travel ke sebuah negara sepertinya masih kurang popular berbanding negara Asia yang lain iaitu di negara TAIWAN.

Jadi salah satu destinasi yang aku bertapak sepanjang trip di Taiwan adalah di Taipei City yang juga menjadi ibu negara Taiwan itu sendiri. Kalau anda pernah dengar Chinese Taipei tu, sama la dengan Taiwan.

BACA JUGA : Itinerari Untuk Trip 4H3M Ke Taipei, Taiwan Secara DIY

Trip aku kali ini lebih bermakna apabila buat pertama kali aku solo travel ke luar negara tanpa guide daripada mana-mana kawan atau family. Semuanya buat sendiri.

Aku beranikan diri memilih Taiwan menjadi destinasi pertama solo travel aku kerana keadaan negara yang selamat dan disana kini sudah banyak makanan halal yang tersedia. Sehingga ada promosi #HalalTaiwan tau.

Kalau anda berada di Taipei City, tidak sah kalau anda tidak singgah di dua kedai makan dan merasai Beef Noodle Halal mereka iaitu di Chang Beef Noodle Restaurant dan Muslim Beef Noodle Restaurant. Kedua-duanya ada sijil halal yang sah.

Chang Beef Noodle

Kedua-dua restoren ini menyediakan local dish atau makanan tempatan yang paling sedap iaitu Mee Daging disamping makanan-makanan lain berasaskan daging juga seperti Ladu Daging, Gulungan Daging, Bubur, Tendon dan banyak lagi.

Harga yang ditawarkan di kedua-dua restoren ini sekitar NDT140-150 atau sekitar ~RM20-RM23 untuk semangkuk Beef Noodle.

Tapi ada berita baik untuk traveller atau pengunjung dari Malaysia dimana untuk tempoh terhad, anda boleh dapatkan Beef Noodle ini secara percuma sahaja bila anda pergi ke salah satu restoren ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Tebus Beef Noodle Percuma Bila Anda Di Taipei, Taiwan

Berikut merupakan butiran lengkap seperti yang diumumkan oleh Department of Information and Toursim, Taipei City bagi melayakkan anda tebus Beef Noodle Halal :

  • Tempoh : 1 September – 31 Disember 2023
  • Tawaran : Hanya untuk pelancong dari Malaysia dan Singapura sahaja
  • Kuota : 1000 orang (500 orang setiap restoren)

Restoren Terpilih :

  • Chang’s Beef Noodles Restaurant (No. 21, Yanping S. Rd., Zhongzheng Dist., Taipei City) – Lokasi
  • Muslim Beef Noodles Restaurant (No. 23, Yanping S. Rd., Zhongzheng Dist., Taipei City) – Lokasi

Cara Untuk Tebus : Pergi ke salah satu restoren ini dan sediakan passport beserta cop imigresen yang ada didalamnya. Tuan kedai akan ambil gambar.

Makanan : Anda boleh dapatkan Beef Noodle semangkuk beserta side-dish secara percuma

beef noodle halal percuma di taipei taiwan

Pengalaman Merasai Chang Beef Noodle Secara Percuma Di Taiwan

Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk nikmati tawaran promosi Beef Noodle ini di kedua-dua restoren yang terlibat bila mana aku travel ke Taipei pada penghujung November yang lalu.

Dari pengalaman aku, 27 dan 28 November 2023, tawaran ini masih valid dan masih boleh tebus. Belum cecah kuota lagi.

Pada 27 November, aku tebus di Beef Noodle bersama rojak kobis secara percuma di Restoren Chang Beef Noodle. Manakala esoknya, 28 November, aku tebus Beef Noodle bersama rojak lobak secara percuma di Restoren Muslim Beef Noodle pula.

mee daging Chang Beef Noodle

Yang penting bawa pasport asal anda bersama. Mereka tak terima salinan tau. Sebelum buat pesanan, anda tunjuk dahulu gambar di atas dan tanya adakah tawaran tersebut masih valid atau dah tamat.

Jika belum, boleh la tebus dan dapat nikmat Beef Noodle secara percuma. Memang puas hati dengan rasa dan saiz daging serta mi yang besar. Memang kenyang lah. Tambah pula dengan sambal yang disediakan.

Untuk info lanjut berkaitan promosi ini, anda boleh tengok di facebook rasmi Taiwan Halal Center.

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment