Cara Check-in Flight KLM Royal Dutch Airlines Secara Online

By Aiman San

Published On:

Follow Us
cara check-in flight KLM

Pertama kali naik flight Dutch ni, jadi aku nak share pengalaman dan cara check-in flight KLM Royal Dutch Airlines secara online. Boleh buat menggunakan aplikasi atau menerusi laman web.

Aku berkesempatan untuk naik flight premium arlines, KLM ini ketika trip ke Jakarta pada bulan Ogos yang lalu. Route flight ini adalah bermula daripada Jakarta dan kemudian transit di Kuala Lumpur, sebelum meneruskan penerbangan ke Eropah termasuk ke Ajax di Belanda.

BACA JUGA : Itinerari Ke Jakarta Selama 3H2M Untuk Trip Food Hunting

Penerbangan Jakarta-Kuala Lumpur Menaiki KLM Royal Dutch Airlines

Jadi baru-baru ini aku naik KLM Royal Dutch Airlines untuk flight penerbangan dari Jakarta ke Kuala Lumpur sahaja untuk one-way. Tempahan dibuat 2 minggu sebelum tarikh penerbangan menerusi aplikasi ketiga, HopeGoo.

flight KLM Royal Dutch Airlines

Aku dapat dengan harga RM244 sehala termasuk 12-kg carry-on baggage dan makanan. Flight selesa dengan ruang kaki yang luas dan mempunyai in-flight entertainment aka tv. Boleh lah hilangkan bosa sementara.

BACA JUGA : Cara Request Makanan Halal KLM Royal Dutch Airlines

Tiket kapal terbang dah beli dan tarikh penerbangan tidak lama lagi. Seperti biasa, sebelum terbang, penumpang perlu check-in terlebih dulu. Untuk info, flight KLM boleh check-in bermula 30 jam sebelum penerbangan.

Persoalan sekarang, macam mana nak check-in flight KLM Royal Dutch Airlines?

Cara Check-In Flight KLM Royal Dutch Airlines Secara Online

Seperti pada airlines yang lain juga, untuk check-in flight KLM ini anda boleh lakukan secara online sama ada menggunakan aplikasi KLM atau laman web. Panduan dibawah adalah menggunakan laman web di smartphone.

Penting! – Sebelum check-in, pastikan anda sudah mempunyai No. PNR

1) Pergi ke laman web KLM Royal Dutch Airlines di https://www.klm.com.my/ dan kemudian klik pada Check-in

2) Jika anda sudah Add booking sebelum ini, akan dipaparkan terus maklumat penerbangan anda. Jika belum, anda perlu masukkan booking code atau No. PNR pada ruang yang disediakan.

Jika sudah, anda boleh terus klik pada butang Check in now

cara check-in flight KLM Royal Dutch Airlines

3) Seterusnya masukkan butiran peribadi anda seperti nama, emel, no. telefon, tarikh lahir dan paling penting adalah maklumat pasport. Anda boleh imbas pasport atau masukkan secara manual.

check in flight KLM

4) Kemudian pergi bahagian peringatan barangan terlarang, bagasi dan seterusnya akan diberikan no. seat secara automatik. Nak tukar, boleh, tapi kena bayar untuk seat lain. Teruskan sehingga selesai.

5) Akhirnya akan dipaparkan segala maklumat berkaitan penerbangan anda seperti waktu tiba di airport, terminal berapa dan paling penting e-boarding pass.

berjaya check-in flight KLM

Jika anda sudah dapat maklumat e-boarding pass tersebut, maka proses check-in flight KLM Royal Dutch Airlines anda sudah berjaya!

Proses Seterusnya Apabila Tiba Di Airport

Untuk penerbangan Jakarta-Kuala Lumpur, anda akan naik di Soekarno–Hatta International Airport Terminal 3. Kaunter KLM biasanya terletak di kaunter C. Lebih selamat, rujuk pada papan maklumat penerbangan.

Walaupun anda sudah mempunyai e-boarding pass, anda perlu lagi untuk dapatkan boarding pass fizikal di kaunter, jadi anda kena beratur bersama penumpang yang lain. Jika anda luggage, anda boleh drop disini.

KLM Airport Jakarta

Selesai dapatkan boarding pass, barulah anda boleh untuk departure hall dan seterusnya ke gate untuk terbang bersama KLM Royal Dutch Airlines.

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment