Cara Naik Bas Di Kuala Lumpur (Malaysia) – Rapid KL

By Aiman San

Published On:

Follow Us
bas rapid kl

Datang Malaysia tak tahu cara naik bas dengan betul? Atau anda bercadang nak playing tourist di Kuala Lumpur dan nak cuba naik pengangkutan awam? Selain guna LRT, naik bas lebih mudah.

Jika di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur, Rapid KL merupakan pengusaha rangkaian pengangkutan awam seperti LRT, Van dan Bas. Jadi biasanya anda akan lihat kenderaan ini mengenakan warna putih, biru dan merah.

Untuk yang pertama kali ke Kuala Lumpur dan tahu cara nak naik bas terutamanya, anda boleh ikuti panduan dibawah. Boleh guna cash atau kad sahaja? Macam mana nak tap pada mesin pengimbas, nak guna aplikasi apa dan sebagainya.

Download Aplikasi Google Map

Google Map pasti menjadi peneman anda yang paling penting sepanjang menggunakan pengangkutan awam seperti bas jika di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur.

Dengan apps ini, anda boleh navigate untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Anda hanya perlukan masuk lokasi yang ingin dituju dan Google Maps akan paparkan no. bas apa yang perlu anda naik, waktu perjalanan, dimana nak naik dan turun dan sebagainya.

aplikasi google map

Jadi jangan lupa untuk download aplikasi Google Maps di Play Store atau App Store secara percuma.

Sediakan Kad Touch n Go Untuk Guna Pengangkutan Awam

Semua pengangkutan awam Rapid KL di Kuala Lumpur sepenuhnya menggunakan medium pembayaran secara tanpa tunai – tidak menerima duit cash.

Jadi naik bas Rapid KL anda perlu dapatkan kad Touch ‘n Go – sama ada kad fizikal biasa atau kad enhance TNG NFC. Anda boleh dapatkan kad TnG ini di beberapa lokasi, antaranya ialah :

  • Kaunter customer servis di setiap stesen LRT, MRT, Monorel
  • TNG Hub NU Sentral
  • Kedai runcit seperti 7-eleven, KK Mar dan MyNews
  • Petrol Station seperti Petronas, Shell, Caltex, BHP
  • Secara online di Shopee (Kad Hotwheels)

Harga sebuah kad Touch n Go adalah RM10. Anda boleh topup atau tambah nilai di train station atau menggunakan aplikasi Tng eWallet. Pastikan smartphone anda mempunyai ciri NFC sahaja.

kad touch n go

Ok semua dah siap, jadi macam mana nak naik bas?

Cara Naik Bas Rapid KL Di Kuala Lumpur

Now anda dah tahu nak ke destinasi yang mana. Seterusnya anda sudah berada di perhentian bas atau bus stop yang betul. Sudah juga menyediakan kad Touch n Go (Tng) untuk medium pembayaran.

Anda nampak bas Rapid KL dari jauh, anda tahan. Kemudian anda akan naik dari pintu hadapan. Sebelum duduk, terlebih dahulu anda perlu imbas atau scan kad TnG di mesin pengimbas. Pastikan sehingga mesin tersebut bunyi.

bas rapid kl
imbas kad touch n go

Info – anda perlu ada sekurang-kurangnya RM5.00 baki dalam kad TnG anda sebelum naik bas.

Jadi seat back dan nikmati pemandangan Kuala Lumpur dari dalam bas sehingga tiba ke destinasi yang anda ingin pergi. Anda boleh track perjalanan anda menerusi aplikasi Google Maps secara terus.

duduk dalam bas rapid KL

Jika sudah menghampiri destinasi, anda perlu tekan loceng yang disediakan di dalam bas. Kemudian bas akan berhenti di perhentian bas yang telah ditetapkan sahaja. Bukan berhenti sembarangan.

kad touch n go naik bas

Untuk berhenti, pintu belakang akan dibuka. Sebelum turun, pastikan anda tap atau imbas kad TnG yang sama di mesin pengimbas di belakang. Tunggu sehingga bunyi ‘bip’. Jika anda gagal berbuat demikian, anda akan dikenakan caj maksimum sekitar RM4.00 mengikut zon.

Setel

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment