Cara Beli Tiket Bas Di Kiosk Terminal Bersatu Gombak (TBG)

By Aiman San

Published On:

Follow Us
cara beli tiket bas di kiosk terminal bersatu gombak

Mungkin ada yang pertama kali akan naik dari TBG, jadi disini aku nak kongsikan pengalaman cara beli tiket bas di kiosk. Jadi anda tak perlu beratur dan tunggu giliran di kaunter.

Sekarang kat Lembang Klang dah ada 2 terminat bas bersatu iaitu Terminal Bersatu Selatan (TBS) dan yang terbaru adalah Terminal Bersatu Gombak (TBG). Kedua-dua terminal ini bersambung dengan LRT. Sebab tu dia ‘bersatu’.

BACA JUGA : Cara Naik Bas Rapid KL Di Kuala Lumpur. Mudah Sahaja

TBS kini lebih mengfokuskan perjalanan utara-selatan. Manakala TBG untuk bas pergi-balik Pantai Timur. Jadi untuk info, sekarang kalau nak pergi Temerloh, kena naik di TBG dan bukan lagi di Pekeliling.

Sama juga seperti di TBS, selain daripada beli tiket bas secara online, di TBG juga ada disediakan pembelian secara walk-in sama ada di kaunter atau di kiosk. Paling mudah sebenarnya adalah menggunakan kiosk yang disediakan.

Cara Beli Tiket Bas Di Kiosk Terminal Bersatu Gombak (TBG)

Untuk info, Terminal Bersatu Gombak ada 2 tingkat utama sahaja iaitu Level 1 dan Level 2. Ground Level atau Tingkat Bawah adalah kawasan untuk naik-turun penumpang. Jadi nak beli tiket bas, anda boleh cari kiosk yang terletak di Level 1.

kiosk tiket bas tbg

Dah sampai ke kiosk, klik Beli Tiket > pilih Bahasa Malaysia > pilih Terminal Bersepadu Gombak > pilih destinasi yang ingin dituju (cth : Pahang > Temerloh).

cara beli tiket bas di tbg

Pada halaman seterusnya anda perlu pilih tarikh perjalanan. Anda boleh tiket untuk hari yang sama atau paling awal adalah 1 hingga 2 bulan sebelum tarikh perjalanan. Dah siap pilih tarikh, klik Cari

beli tiket bas di kiosk tbg

Seterusnya akan dipaparkan masa berlepas pada hari tersebut. Jadi anda boleh pilih mengikut waktu yang sesuai dengan anda. Jika sudah pilih, klik pada butang Pilih Tempat Duduk. Kemudian pilihlah tempat duduk yang tersedia dan jika sudah, klik Mengesah Tempat Duduk

cara beli tiket bas di kiosk

Lepas dah pilih tarikh, dah pilih masa dan tempat duduk, akan dipaparkan harga tiket bas tersebut. Ditawarkan bersama insurans perjalanan. Ianya hanya pilihan dan tidak wajib.

harga tiket bas tbg

Langkah seterusnya adalah dengan mengisi maklumat diri anda iaitu nama, no. mykad dan no. telefon. Selain itu, anda juga boleh menggunakan MyKad anda dengan klik pada butang Mengimpas MyKad. Jika berjaya, nama dan no. IC anda akan dipaparkan. Sekiranya sudah lengkap, klik Mengesah

cara scan mykad beli tiket bas

Seterusnya buat pembayaran seperti biasa. Hanya disediakan pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit sahaja.

cara bayar tiket bas di tbg

Akhir sekali, anda akan dapat tiket bas yang terpapar maklumat perjalanan anda beserta kod QR. Kod ini paling penting. Kalau tiada, tak boleh melepasi auto-gate.

tiket bas tbg

Beli Secara Online

Tapi bagi anda yang ingin beli secara online, ada 2 cara iaitu sama ada menggunakan aplikasi pihak-ketiga seperti Redbus (kod : rednekihp) atau aplikasi TBG. Download di Play Store atau App Store.

Sekiranya anda beli tiket bas menggunakan Redbus, anda tidak akan dapat kod QR. Jadi anda perlu pergi ke kaunter dan tukar kepada pas masuk QR dan bayaran dikenakan adalah RM2.00 untuk setiap tiket.

tukar tiket bas tbg

Tetapi sekiranya anda menggunakan aplikasi TBG, ianya telah tersedia kod QR tersebut. Jadi tak perlu buat penukaran di kaunter. Beli tiket, scan dan terus naik bas.

Pengalaman Naik Bas Di Terminal Bersatu Gombak Untuk Pergi-Balik Temerloh

Rasanya kalau orang Temerloh nak pergi Kuala Lumpur akan naik bas Bulan Restu warna pink antara yang paling famous lah. Dulu bas akan berhenti di terminal bas Pekeliling. Kini semuanya akan stop di TBG.

Jadi baru-baru ni masa trip ke Jakarta, aku pergi ke KL menaiki bas. Jadi aku beli tiket bas secara online seperti biasa guna Redbus. Tapi masa ingin pulang ke Temerloh, aku baru tahu nanti kena extra caj untuk tukar tiket ke pas masuk QR. Sebab di TBG guna auto-gate, manakala di Temerloh boleh terus naik je bas.

BACA JUGA : Itinerari Ke Jakarta Secara Online Untuk 4H3M Tujuan Food Hunting

autogate bas tbg

Masa sampai di TBG aku tengok kaunter tiket ramai. Aku malas nak download aplikasi TBG, jadi aku pergi ke kiosk sahaja untuk beli tiket bas. Itu juga lah kali pertama aku guna mesin tersebut.

Ikut pengalaman aku, mesin atau kiosk yang disediakan banyak dan mudah digunakan. Antara-muka pun senang faham. Tiada kesulitan pun masa nak beli tiket bas. 2-3 minit dah setel.

Semoga perkongsian cara beli tiket bas di kiosk Terminal Bersatu Gombak (TBG) ini bermanfaat untuk anda yang mungkin baru pertama kali ini nak guna.

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment