Untuk rakyat Malaysia yang ingin melancong, travel atau masuk ke Korea Selatan, selain pasport, anda diwajibkan untuk mohon K-ETA dan sekiranya diluluskan, barulah dibenarkan untuk bercuti di negara Kpop tersebut.
K-ETA iaitu Korea Electronic Travel Authorization merupakan sistem kebenaran perjalanan elektronik yang diperlukan untuk pelawat dari negara tertentu yang ingin masuk ke Korea Selatan tanpa visa. Malaysian boleh masuk Korea tanpa visa, tapi perlu ada k-eta.
Mulai 1 September 2021, pelawat dari negara yang layak memasuki Korea tanpa visa perlu mendapatkan K-ETA sebelum berlepas termasuk Malaysia. Ia bertujuan untuk meningkatkan keselamatan sempadan dan mempercepatkan pemeriksaan imigresen.
Siapa Yang Perlu Mohon K-ETA?
Setiap rakyat Malaysia berumur 18-64 tahun yang ingin melancong, urusan perniagaan, akademik atau lawatan singkat perlu mohon K-ETA. Dikecualikan untuk yang berumur 17 tahun kebawah dan atas 65 tahun.
Bagi golongan yang dikecualikan ini, mereka hanya perlu mengisi arrival form ketika tiba di Korea Selatan nanti. Tidak perlu mohon K-ETA
Tempoh Sah
Sekiranya permohonan berjaya, tempoh sah K-ETA tersebut adalah selama 3 tahun, bermula daripada tarikh permohonan yang berjaya. Dalam tempoh ini, anda dibenarkan untuk keluar-masuk Korea tanpa had.
Akan tetapi sekiranya, pasport anda akan tamat dalam tempoh 2 tahun, maka K-ETA anda juga akan tamat pada tempoh yang sama seperti pasport anda.
Harga K-ETA
Setiap permohonan dibuat, anda dikenakan caj dengan harga 10,000 KRW atau sekitar ~RM33, tetapi boleh berubah mengikut polisi semasa. Sekiranya anda ingin mohon baru, kena bayar lagi.
p/s : Ini adalah harga yang sebenar. Tak lebih dari RM50 pun. Jangan terpedaya jika anda perlu bayar lebih daripada ini.
Cara Mohon K-ETA (Disertakan Tips Mudah Lulus)
Jadi macam mana nak mohon K-ETA ini? Perlu apply online menggunakan portal rasmi atau menggunakan mana-mana aplikasi? Jom tengok 8 langkah dan cara mohon K-ETA disini bersama tips yang anda boleh lakukan untuk lulus permohonan. Guna laptop lagi mudah
1) Layari Portal K-ETA
Pergi ke portal rasmi K-ETA di https://www.k-eta.go.kr/. Klik Apply for K-ETA > Create new application

2) Terms and Conditions Agreement
Pada continent/region, pilih Asia-Pacific. Kemudian pilih Malaysia. Pilih ‘Agree’ pada semua persoalan yang disediakan. Kemudian klik Next

3) Enter E-mail
Kemudian masukkan nombor passport bersama alamat email anda yang aktif. Dah selesai, klik Next

4) Enter Passport Information
- Upload gambar passport pada bahagian muka hadapan
- Pilih negera Malaysia
- Pilih jantina
- Tick pada Surname Unknow (biarkan kosong)
- Masukkan nama penuh anda pada bahagian Given Name (Eg : Zul Hadi Bin Awang)
- Masukkan tarikh lahir
- Masukkan no. pasport sekali lagi
- Masukkan tarikh luput pasport anda
- Jika sudah lengkap, klik Next
p/s : anda boleh klik ‘Save Temporarily’ supaya butiran yang anda masukkan tidak hilang secara tiba-tiba. Kadang-kadang website hang

5) Enter Application Information
- Pilih ‘No’
- Masukkan no. telefon
- Pilih ‘Yes’ jika pernah ke Korea sebelum ini atau ‘No’ jika kali pertama
- Pilih tujuan anda datang ke Korea secara berkumpulan atau seorang
- Masukkan alamat hotel beserta no. telefon (Tips: sekiranya anda belum buat tempahan hotel, pilih je mana-mana hotel yang ada di Korea. Cari di Agoda yang ada alamat)
- Pilih pekerjaan anda
- Pilih ‘No’ untuk kedua-dua keadaan bagi disease dan criminal offense
- Akhir sekali, upload gambar portrait anda. (Tips: Jika gambar pasport pakai spek mata, gambar portrait pun pakai spek mata. Pastikan sama keadaan. Nak ambil gambar, baju hitam, background putih)
- Dah selesai, klik Next

6) Check Information
- Masukkan ‘Malaysia’
- Masukkan negeri kelahiran anda
- Jika anda masih belum pasti tempoh percutian di Korea, boleh sahaja tinggalkan kosong. Jika sudah ada, boleh masukkan mengikut tarikh
- Pilih ‘No’
- Pilih ‘No’ jika anda datang seorang. Jika anda datang bersama keluarga, pilih ‘Yes’ dan kemudian masukkan setiap butiran ahli keluarga anda tersebut
- Pilih negara yang pernah anda lawati selain Korea
- Pilih ‘Yes’ untuk employed
- Masukkan nama company anda. Sekiranya anda bekerja sendiri (self-employed), masukkan nama bisnes anda. Kemudian bersama dengan no. telefon
- Pilih jumlah gaji yang anda perolehi. Jangan letka terlalu rendah
- Jika sudah selesai, klik Next

Sebelum buat bayaran, semak segala butiran peribadi yang telah anda masukkan sebelum ini. Paling penting nama dan no. passport. Kalau salah, kena mohon lain nanti. Jika sudah lengkap, klik Make Payment

7) Make Payment
Anda akan dibawa ke halamam pembayaran. Anda boleh bayar menggunakan sama ada kad debit atau kad kredit VISA atau Mastercard. Masukkan butiran pembayaran seperti biasa.
Harga adalah KRW 10,306 beserta caj atau lebih kurang ~RM32. Akhir sekali klik Pay

8) Application Complete
Selesai! Anda akan menerima emel yang memaklumkan ‘K-ETA Application Complete’. Juga disertakan nama, no. pasport dan no. application sebagai rujukan.
Bila Permohonan K-ETA Diluluskan
Menurut FAQ yang dikeluarkan oleh pihak Korea, akan akan dapat keputusan bagi permohonann K-ETA dalam tempoh 72 jam. Akan akan dapat tahun sama ada lulus atau tidak.
Sekiranya lulus, boleh dah masuk Korea. Jika gagal, anda boleh mohon sekali lagi sehingga berjaya. Jawapan akan diumumkan melalui emel. Jadi boleh semak dari semasa ke semasa.
Pengalaman Mohon K-ETA
Adalah disarankan untuk mohon K-ETA menerusi portal rasmi dan bukan menggunakan aplikasi. Ini permohonan K-ETA aku kali kedua. Kali pertama adalah pada tahun 2022 ketika kali pertama pergi ke Korea pada tahun 2023.
BACA JUGA : Itinerari Lengkap Ke Korea Selama 6 Hari Secara DIY Bersama Keluarga
Kali pertama dulu, mohon K-ETA suruh agen. Jadi mereka kenakan caj RM20 bagi setiap permohonan. Jadi total sekali dengan caj lebih kurang RM50. K-ETA dah tamat tempoh, kena mohon sekali lagi dan kali ini mohon sendiri je. Harga RM32 sahaja.
Alhamdulillah, pengalaman mohon sendiri K-ETA ni, dapat jawapan selepas 1 jam dari permohonan dan terus LULUS. Jawapan tersebut, juga akan diberikan melalui emel. Jadi anda boleh semak selalu nanti.

Tapi sebab pasport akan tamat tempoh lagi 2 tahun, jadi K-ETA aku ni akan valid untuk 2 tahun sahaja dan bukan 3 tahun seperti biasa. Jadi dalam tempoh ini, aku boleh la travel ke Korea.
Semoga bermanfaat! Jika anda soalan yang tak faham, anda boleh rujuk FAQ yang disediakan. Masalah yang biasa berlaku, ada jawapan disediakan.