Contoh Ucapan Hari Merdeka 2025 Dan Hari Kebangsaan Ke-68

By Aiman San

Updated On:

Follow Us
contoh ucapan hari merdeka

Ucapan Hari Merdeka biasanya kita ungkapkan bila tiba bulan kemerdekaan pada Ogos. Tahun 2025 ini, kita bakal sambut Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan yang ke-68.

Tanggal Tiga Puluh Satu, Bulan Lapan, Lima Puluh Tujuh. Merdeka Merdeka Merdeka, Tetaplah Merdeka, Ia Pasti Menjadi Sejarah!

Lirik keramat yang biasa kita dengar setiap tahun bila tiba bulan Kemerdekaan. Ianya sering dimainkan di corong-corong radio bagi meningkatkan semangat patriotik setiap rakyat Malaysia.

BACA JUGA : Contoh Pantun Merdeka 4 Kerat Anda Boleh Gunakan

Selain lagu, ucapan Hari Merdeka juga menjadi salah satu medium untuk mengekspresikan semangat patriotisme dalam diri kita. Bagi ucapan yang positif dan bersemangat.

Kita boleh kongsikan ucapan-ucapan Hari Merdeka kita dalam pelbagai bentuk. Boleh buat dalam video, dalam grafik bergambar, bentuk pantun atau sekadar ucapan biasa.

Kemudian kita boleh kongsikan ucapan-ucapan tersebut di laman media sosial milik kita sama ada di TikTok, Instagram, Facebook, Threads, X dan pelbagai lagi.

Sambutan Hari Merdeka 2025

Untuk tahun 2025, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan yang ke-68 iaitu pada 31 Ogos 2025 bersamaan pada hari Ahad. Jadi ambang merdeka jatuh pada hari sebelumnya iaitu hari Sabtu.

Tahun ini, kerajaan telah menetapkan tema Hari Kebangsaan adalah “Malaysia Madani Rakyat Disantuni”. Logo masih dikekalkan seperti tahun sebelumnya.

Senarai Contoh Ucapan Hari Merdeka 2025 & Hari Kebangsaan Ke-68

Berikut merupakan senarai contoh untuk ucapan Hari Merdeka 2025 yang anda boleh gunakan. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan dan keluarga anda :

Kemerdekaan ini bukan sekadar kebebasan, tetapi amanah untuk kita menjaga Malaysia bersama. Marilah kita pupuk kasih sayang dan keharmonian.

Selamat Hari Merdeka ke-68! Semoga tanah air kita terus aman, makmur dan menjadi tempat yang membahagiakan buat semua rakyat. Jangan lupa, kemerdekaan ini datang dengan pengorbanan yang besar.

31 Ogos adalah hari penuh makna untuk setiap rakyat Malaysia. Mari kita hargai kebebasan ini dengan menjaga persaudaraan dan keharmonian. Selamat menyambut Hari Kebangsaan!

68 tahun sudah Malaysia berdiri sebagai negara merdeka. Semoga kita terus melangkah ke hadapan dengan penuh semangat dan kebersamaan. Merdeka untuk semua!

Merdeka ke-68, Malaysia terus melangkah gagah. Semoga tema tahun ini, Malaysia Madani Rakyat Disantuni, menjadi realiti dalam kehidupan kita. Hidup Malaysia!

Selamat menyambut Hari Merdeka 2025! Mari kita hidupkan semangat Madani dengan saling menghargai, saling menyantuni. Malaysia kita, tanggungjawab kita.

Selamat Hari Kebangsaan 2025!
Semoga tanah air kita sentiasa aman dan harmoni.
Malaysia Madani, rakyat disantuni, generasi disayangi.

Kemerdekaan bukan hanya milik masa lalu, tetapi juga masa depan yang kita bina bersama.
Hargai, syukuri, dan pelihara.

ucapan hari merdeka

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Selamat Hari Merdeka ke-68! Semoga bendera Malaysia terus berkibar megah, menjadi simbol perpaduan dan keberanian.

Merdeka bukan hanya satu laungan, ia adalah semangat yang perlu terus dijaga dalam hati setiap rakyat Malaysia.

Merdeka adalah hadiah terbesar yang pernah kita terima. Jangan biarkan ia hilang dengan perpecahan atau perbalahan.

Selamat Hari Merdeka ke-68! Daripada pelbagai bangsa dan budaya, kita tetap satu hati demi tanah air tercinta.

Ucapan Hari Merdeka Dalam Bahasa Inggeris

  1. Happy 68th Independence Day, Malaysia! May our beloved country continue to grow in peace, unity, and harmony.
  2. On this special day, let us remember the sacrifices of our forefathers. Freedom is precious. Tet’s cherish and protect it always.
  3. 68 years of independence and still standing strong. May Malaysia shine brighter in the years to come.
  4. Happy National Day 2025! Freedom is not just a gift, it’s a responsibility we all share.
  5. From 1957 until today, we stand tall as one nation. May our unity remain unshaken for generations ahead.
  6. Independence is not just about the past. It’s about building a better future together as Malaysians.
  7. Wishing all Malaysians a joyful Independence Day! Let’s keep the spirit of peace and unity alive.
  8. 31st August is more than a date, it’s a reminder of who we are. Happy 68th Merdeka!
  9. Our strength lies in our diversity. On this Independence Day, let’s celebrate being one Malaysia.
  10. Happy Merdeka Day! May our flag always fly high with pride and dignity.

Selamat Hari Merdeka kepada semua pembaca olacuti! Sebarkan ucapan Hari Merdeka anda kepada semua!

Join Telegram

Join Now

2 thoughts on “Contoh Ucapan Hari Merdeka 2025 Dan Hari Kebangsaan Ke-68”

Leave a Comment