Perbezaan Harga Onitsuka Tiger Jepun vs Malaysia. Betul Ke Jepun Punya Lagi Murah?

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Harga Onitsuka Tiger Jepun vs Malaysia

Pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa ramai yang suka beli kasut Onitsuka Tiger bila travel ke Jepun? Sedangkan di Malaysia pun kasut ini ada jual secara rasmi di outlet. Murah sangat ke harga kat Jepun tu?

Keadaan ini biasa kalau anda tengok perkongsian pengalaman di TikTok, blog, facebook dan sebagainya. Mesti akan ada situasi dimana orang Malaysia datang ke outlet Onitsuka Tiger di Jepun untuk beli kasut. Then show off la kan.

Sedangkan tiada pun yang share bila dieorang shopping Onit di Malaysia. Kalau di Malaysia pun setakat hari ini, terdapat 7-8 outlet, antaranya di KLCC, Pavilion, TRX, Mid Valley, Genting Premium Outlet (GPO) dan beberapa tempat lagi.

Kenapa orang ramai ni tak beli sahaja di Malaysia? Sedangkan tak perlu beli tiket flight, tak perlu untuk terbang jauh-jauh ke Jepun, semuanya ni anda boleh dapat paling jauh pun kena naik Genting Highland.

Design tengok sama je. Masih dengan Onitsuka Mexico 66 atau Mexico 66 SD yang paling ramai beli. Kat Jepun ada, kat Malaysia pun ada. Ke sebab harga di sana jauh lebih murah? Jom kita tengok harga Onitsuka Tiger Jepun vs Onitsuka Tiger Malaysia

Perbandingan Harga Onitsuka Tiger Jepun vs Malaysia

Untuk perbandingan harga ni adalah mengikut harga di website Malaysia (www.onitsukatiger.com/my) dan juga outlet Onitsuka TIger di Dotonbori, Osaka Jepun. Harga yang dipaparkan adalah yang asal iaitu sebelum dapat pengurangan cukai atau sebarang promisi yang berlangsung.

Onitsuka Tiger Mexico 66

1) Onitsuka Tiger Mexico 66 (WHITE/BLACK)

Original Onitsuka Tiger adalah bermula dari design Mexico 66 bersama stripe iconic dengan kain canvas. Kasut ini berwarna putih dengan stripe hitam. Siapa berminat boleh dapatkannya sama ada di Jepun atau di Malaysia. Perbandingan harga di Jepun vs Malaysia seperti dibawah :

Onitsuka Tiger JepunOnitsuka Tiger Malaysia
¥15,400 (RM446)RM650

2) Onitsuka Tiger Mexico 66 Slip-On (YELLOW/BLACK)

Onitsuka Tiger Mexico 66 Slip On

Masih dengan Mexico 66 tetapi jenis slip-on (link). Warna kuning dengan stripe hitam. Warna lebih cerah dan mempunyai peminat yang tersendiri di seluruh dunia. Boleh tengok perbandingan harga dibawah:

Onitsuka Tiger JepunOnitsuka Tiger Malaysia
¥13,200 (RM382)RM520

3) Onitsuka Tiger Mexico 66 SD (BIRCH/PEACOAT)

Onitsuka Tiger Mexico 66 SD

Ini adalah Onitsuka Tiger Mexico 66 SD yang mana diberikan nafas baru daripada jenis Mexico 66. Kalau nak tahu beza, dia ada lubang logam pada bahagian paling atas dan guna leather. Yang Lain macam sama je kot. Ini warna paling popular iaitu birch dan peacoat atau krim cerah dan biru navy. (Link)

Onitsuka Tiger JepunOnitsuka Tiger Malaysia
¥18,700 (RM540)RM820

4) Onitsuka Tiger Mexico 66 SD (TAI-CHI YELLOW/BLACK)

Onitsuka Tiger Mexico 66 SD Yellow

Masih dengan Mexico 66 SD, tetapi pilihan warna kuning dan hitam. Design dan harga masih sama seperti warna-warna lain juga.

Onitsuka Tiger JepunOnitsuka Tiger Malaysia
¥18,700 (RM540)RM820

5) Onitsuka Tiger Mexico 66 (PINK/CREAM)

Onitsuka Tiger Mexico 66 Floral

Kasut ini mengenakan reka bentuk Mexico 66 dengan asas berwarna krim yang diserikan dengan corak bunga yang menyerlah. Kemudian ada warna merah jambu pada bahagian bahagian tumit. Semestinya sesuai untuk golongan wanita.

Onitsuka Tiger JepunOnitsuka Tiger Malaysia
¥16,500 (RM477)RM670

6) Onitsuka Tiger Mexico 66 SD (WHITE)

Onitsuka Tiger Mexico 66 SD Fire

Berbeza untuk design yang ini, masih dengan Mexico 66 tetapi menampilkan rekaan api berbanding stripe iconic itu sendiri. Jadi kalau nak kelainan sikit, boleh dapatkan jenis ini bila anda pergi Jepun atau dapatkan di outlet Malaysia

Onitsuka Tiger JepunOnitsuka Tiger Malaysia
¥29,700 (RM858)RM1020

Harga Nippon Made Di Jepun

Berikut adalah contoh kasut dengan tanda harga bagi jenis Nippon Made atau Made In Japan. Untuk kasut-kasut seperti dibawah, tiada di jual di Malaysia.

onitsuka mexico 66 Nippon Made

Jangan tak tahu, Onitsuka Tiger ni bukan Made In Japan. Masih ada Made In Vietnam. Tapi kalau nak Made In Japan, cari bahagian Nippon Made. Harga keras sikit lag. Bermula ¥35,200 atau sekitar RM1,020.

onitsuka mexico 66 Nippon Made

Harga yang ini adalah ¥40,700 atau sekitar RM1,178.

Rupanya Sebab Harga Lebih Murah

Sebenarnya aku pun tertanya-tanya pada awal dulu sebelum travel ke Jepun. Kenapa ramai yang beli Onitsuka Tiger disana? Jadi nanti kalau aku travel ke sana, aku kena beli juga ke? Risau baik menyesal beli, daripada menyesal tak beli kan.

BACA JUGA :

Rupa-rupanya memang harga Onit di Jepun jauh lebih murah. Untuk perbandingan, harga Mexico 66 SD di Malaysia RM820, tapi di Jepun hanya ¥18,700 atau sekitar RM540. Lebih kurang 30% lebih murah jika di beli di Jepun.

Takkan pergi Jepun semata-mata nak beli Onitsuka Tiger kan. Jadi berganda la mahal sebab tiket flight, penginapan dan sebagainya. Tapi kalau anda plan untuk travel bercuti ke Jepun, mungkin sangat sesuai la kalau nak beli. Sambil menyelam minum air kan.

Jadi anda rasa berbaloi tak kalau beli kasut Onitsuka Tiger ni di Jepun. Kalau berbaloi nak buka personal shopper (PS).

Join Telegram

Join Now

2 thoughts on “Perbezaan Harga Onitsuka Tiger Jepun vs Malaysia. Betul Ke Jepun Punya Lagi Murah?”

Leave a Comment