Temerloh kini menjadi antara destinasi menarik bila datang ke Pahang. Umum pastinya teruja kalau datang sini benda wajib kena try adalah juadah Ikan Patin masak Tempoyak yang menjanjikan rasa autentik.
Kini sebenarnya, selain daripada tarikan Ikan Patin, Temerloh mempunyai banyak destinasi dan aktiviti yang menarik anda boleh cuba dan singgah disini. Jadi selain makan, boleh juga tenangkan fikiran, nikmati keindahan alam dan pelbagai lagi.
Untuk orang Malaysia terutamanya, kalau nak datang Temerloh ni, masa terbaik adalah pada hujung minggu. Sabtu dan Ahad anda boleh nikmati pelbagai aktiviti menarik disini. Kalau ada masa lagi, boleh datang dari hari Jumaat.
Pada hari biasa mungkin tempat-tempat ini tidak beroperasi lagi, jadi sekiranya anda datang pada waktu ini, sedikit bosan la. Jika nak banding dengan bandar Kuantan, pastinya jauh bezanya terutamanya pada weekdays.

Jadi jika anda bercadang untuk travel atau ingin bercuti di Bandar Ikan Patin ini, anda boleh ikuti cadangan itinerari ke Temerloh untuk 2H1M. Perjalanan dari Kuala Lumpur pun hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Tak jauh pun, sebab ianya merupakan titik tengah semenanjung.
Itinerari Ke Temerloh Untuk 2 Hari 1 Malam
Sebelum nak datang bercuti di Temerloh, anda kena tahu juga, kebiasaanya, setiap hari minggu memang akan ramai orang luar datang sini terutamanya konvoi motor. Jadi rancang perjalanan dengan baik. Tapi takda lah sampai sesak jalan raya. Jangan risau. Masih terkawal.
Day 1 (Sabtu)
Waktu | Aktiviti |
---|---|
11.00 am | Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah |
3.00 pm | Lunch di CendolLily Kg Cempaka |
5.00 pm | Check-in Hotel Sri Malaysia |
6.30 pm | Lepak di Esplanade 1 & 2 |
8.00 pm | Dinner di Warung Acu |
10.00 pm | Singgah di Car Boot Sale & Pasar Karat |
Sebelum tiba di bandar Temerloh, anda boleh singgah di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah dimana tempat ini tiada di negeri-negeri lain. Sebuah pusat pemulihan gajah liar dan dalam masa sama orang ramai boleh lihat dengan lebih dekat dan belajar tentang haiwan yang comel ini.


Perjalanan hampir 50 minit dari bandar Temerloh. Tapi sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh exit di Lanchang higway dan lebih dekat. Masuk disini adalah percuma, tetapi sangat digalakkan untuk memberi sumbangan walaupun sedikit. Kat sini anda boleh sentuh gajah, bagi makan gajah, tengok gajah mandi dan paling best boleh tengok persembahan gajah.
Otw ke bandar Temerloh, tidak jauh dari Kuala Gandah Elephan Sanctuary, anda boleh singgah makan tengah hari di CendolLily Kg Cempaka. Menu istimewa pastinya cendol durian. Anda wajib cuba. Selain itu, ada juga menu ikan patin, talapia goreng, ayam goreng dan macam-macam lagi.

Dah kenyang, barulah teruskan perjalanan untuk daftar masuk atau check-in penginapan di Hotel Seri Malaysia. Satu-satunya hotel yang paling dekat dengan pusat bandar. Jadi nanti takyah bawa kereta, boleh jalan kaki je. Semua tempat menarik walking distance.

Pada waktu petang, anda boleh pergi ke Esplanade 1 dan 2 yang tidak jauh dari hotel penginapan. Sambil nikmati view Sungai Pahang ketika waktu matahari terbenam, boleh la santai-santai nikmati pisang goreng, cendol, dan sebagainya yang dijual disini. Ada 2 tempat (1 & 2). Yang kedua ni jauh sikit, tapi ok je nak jalan kaki. Sini lebih luas dan banyak aktiviti lain juga boleh buat.

Tiba waktu malam, anda boleh cuba antara restoren paling terkenal di Temerloh masa kini iaitu Warung Acu. Terkenal bukan kerana menu tradisional tempatan, tetapi menu Korea dan barat. Ada platter, chicken chop, ramen, pasta, ayam korea dan banyak lagi. Biasanya sini memang penuh even hari biasa pun. Weekend lagi la. Kena beratur.

Dah kenyang, boleh teruskan perjalanan lagi. Tak jauh dari sini, boleh singgah di Pasar Karat. Tempat menjual pelbagai barangan vintage atau ‘rare item’ yang mungkin dah tiada di tempat lain. Macam-macam barangan ada. Baju bundle pun banyak.

Tak cukup dengan itu, singgah pula di Car Boot Sale yang dijalankan di Lurah Semantan. Ini juga aktiviti wajib singgah kalau datang ke Temerloh. Lebih 100 kedai anda boleh cuba. Pelbagai makanan dan minuman viral yang dijual. Memang rambang mata kalau datang sini. Semua nak beli. Harga pun berpatutan.


Day 2 (Ahad)
Waktu | Aktiviti |
---|---|
5.30 am | Solat Subuh di Masjid Temerloh Jaya |
8.00 am | Jalan di Pekan Sehari Temerloh |
10.30 am | Naik bot pusing Sg. Pahang |
11.00 am | Naik Jambatan Gantung |
12.00 pm | Check out Hotel Sri Malaysia |
1.00 pm | Lunch di Gobang Maju TOL |
Suatu ketika dulu pernah masuk headline Sinar Harian, “Solat Subuh Macam Jumaat” dan ianya adalah Masjid Temerloh Jaya (MTJ) yang berada di Temerloh. Sehingga hari ini, jika anda ingin merasai kemeriahan jemaah yang ramai terutamnya pada waktu Subuh, anda boleh datang masjid ini. Dalam 5km je dari bandar Temerloh.

Masjid ini memang sering didatangi oleh ramai pelancong atau tetamu dari luar Pahang. Selain ingin belajar tentang cara memeriahkan masjid dengan jemaah. Orang ramai datang untuk rasa juga solat jemaah beramai-ramai macam Solat Jumaat. Datang Temerloh, kena solat kat masjid ni.
Dah selesai dengan makanan rohani. Kita cari makanan untuk perut pula. Aktiviti paling best kalau datang Temerloh iaitu singgah di Pekan Sehari (Orang Temerloh panggil, pekan sari). Merupakan pasar pagi terpanjang di Malaysia.



Kat sini anda nak cari makanan lokal, makanan tradisional, sayur, ulam, buah-buahan, aneka minuman, ayam segar, ikan patin segar dan macam-macam lagi. Semua ada kat sini. Nak breakfast pun boleh. Kena try sate padang. Sedap ya amat!
Pekan Sehari ni dibuka seawal 7 pagi dan sehingga 12 tengah hari atau sehingga habis. Anda akan jalan lebih 2km untuk pergi balik sepanjang perjalanan. Setakat ini memang akan ramai orang setiap minggu. Rasanya kebanyakkan memang orang luar datang sini. Buat day-trip je. Lepas shopping, lepas tu balik ke KL.
Dalam masa yang sama, anda juga boleh naik river cruise atau naik bot untuk pusing Sungai Pahang di area Esplanade. Aktiviti ini biasanya ada hari Ahad sahaja dan boleh naik di area Esplanade 1, dekat dengan Pekan Sari.
Tiket dewasa RM7 dan Kanak-Kanak RM3. Perjalanan akan menyelusuri sungai dalam 10-15 minit. Nanti boleh ambil gambar depan singboard ‘TEMERLOH’. Lepas tu lalu bawah jambatan dan boleh tengok juga sangkar ikan patin.


Kat sini juga anda boleh naik Jambatan Gantung dengan bayaran RM3 seorang. Anda boleh nikmati pemandangan indah Sungai Pahang dari tempat tinggi, sambil merasai sedikit debaran. Jambatang Gantung kan biasanya berayun jika ditiup angin. Nak bergambar pun cantik kat sini.

Jadi dah setel semua dan check-out dari Hotel Sri Malaysia, boleh la menuju pulang ke destinasi masing-masing. Tapi tunggu dulu, sebelum pulang, kena la cuba Patin Masak Tempoyak dulu.
Banyak kedai-kedai yang menjual juadah Patin Tempoyak dalam Temerloh. Antara yang paling terkenal pastinya Gobang Maju TOL. Lagi pula lokasi kedai ini strategik iaitu satu jalan ketika anda ingin pulang untuk menggunakan LPT. Kedai besar dan parking pun banyak. Selain Patin, ada juga menu lain seperti Udang Galah, Masakan Kampung, Claypot, Mee Udang dan banyak lagi.

Tapi kalau nak cuba kedai-kedai lain, boleh je cari seperti Patin Raja Kancil, Patin Pak Usop, Selera Pating Bangau (Paling Best), Claypot Pating Tempoyak, C’Wok Cafe, Restoren Saiful (Patin Gulai Masam), Rania Patin House dan banyak lagi.
Tak Cukup Sekali Kalau Datang Ke Temerloh
Kita orang Malaysia, standard kalau bercuti dalam negara dan tidak terlalu jauh dari tempat tinggal, biasanya akan datang pada hujung minggu sahaja. Contoh datang dari Selangor, Perak, Melaka dan ingin ke Temerloh, datang Sabtu dan Ahad je dah cukup.
Tapi sebenarnya banyak je aktiviti dan destinasi menarik yang lain ada di Temerloh. Antaranya Kubang Gajah Waterpark, mendaki Gunung Senyum, Deerland Park, singgah di monumen Titik Tengah Semenanjung, singgah di Lepak Lorong dan macam-macam lagi.
Kalau nak masuk aktiviti-aktivit tu semua, boleh tambah lagi sehari untuk jadikan 3 hari 2 malam iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Baru puas. Ditambah pula jika anda datang pada waktu ada event di Dataran Temerloh. Memang meriah lah.
Semoga bermanfaat untuk anda yang cari itinerari dan bercadang untuk datang ke Temerloh untuk bercuti. Kalau nak sedap sikit, datang Temerloh gunakan bahasa tempatan. Sekurang-kurangnya tahu Aok (awak) dan Koi (saya) pun ok. Barulah ‘blend with the local’ kan.
