Mungkin ada antara anda ingin keluarkan duit di Korea sebab cash dah habis atau mungkin juga anda perlu buat pembayaran secara tunai sahaja di kedai atau restoren. Jadi kena juga withdraw duit di ATM.
Tapi ada masalah, sebab anda tak tahu cara macam mana nak cucuk duit nanti. Untuk info, proses keluarkan duit di Korea ini lain sikti dari biasa. Mungkin anda pernah keluarkan duit di Jepun, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Tapi di Korea ada lain sikit.
Secara amnya, bukan semua mesin ATM di Korea Selatan akan menerima kad debit atau kad kredit asing termasuk dari Malaysia. Hanya beberapa jenis mesin ATM sahaja. Anda wajib cari sign ‘Global ATM’. Baru boleh guna kad anda tersebut.

Cara Keluarkan Duit Di Korea Di Mesin ATM
Selain daripada jenis mesin ATM, pada mesin ATM pun ada langkah-langkah dia yang anda kena tahu. Sebab dia banyak pilihan, jadi nak tahu, anda boleh ikuti panduan dibawah beserta dengan gambar sekali disediakan.
Untuk panduan ini adalah menggunakan mesin ATM NongHyup (NH) yang berada di Namdaemun Market. Disini ada Global ATM. Lokasi DISINI (Naver Map).
1) Pada halaman utama, terus klik pada Foreign Language dan pilih English (Bahasa Melayu tiada, tapi bahasa Indonesia ada)
2) Kemudian pilih Overseas Card

3) Seterusnya klik pada Cash Withdrawal Saving Account

4) Barulah anda masukkan kad debit anda. (Sebagai contoh, boleh guna kad Wise). Masukkan nombor PIN seperti biasa dan klik Confirm

5) Pilih atau masukkan jumlah Won yang anda ingin keluarkan (nilai max adalah 1,000,000 Won). Kemudian klik Confirm

6) Semak butiran yang dipaparkan dan jika betul klik Confirm. Disini juga akan dipaparkan caj (service fee) yang dikenakan iaitu 3,500 Won untuk setiap transaksi. Klik Confirm

7) Proses cucuk duit setel. Selesai!
Senarai Lokasi & Caj ATM Yang Dikenakan Di Korea
Kebiasaanya kad debit atau kad kredit yang kita gunakan di Malaysia sama ada Visa atau Mastercard. Jadi secara amnya, anda boleh pergi ke mana-mana mesin ATM dan cari simbol Visa/Mastercard tersebut dan boleh keluarkan duit di Korea.
Tapi kena ingat, sebagai pelancong luar di Korea seperti rakyat Malaysia, anda wajib cari mesin ATM yang ada paparan ‘Global ATM’ dan baru boleh keluarkan duit di Korea. Kalau tidak, memang tak lepas la.

Setakat ini, tiada mesin ATM yang tidak mengenakan apa-apa caj pengeluaran. Tiada yang percuma dan semuanya ada caj. Untuk info seperti dibawah, ianya memaparkan caj ATM yang dikenakan bagi pengguna Wise (VISA) bagi setiap pengeluaran. Untuk kad lain, mungkin sama, mungkin tidak.
- Woori bank = caj 3,600 Won (~RM9.90)
- Kookmin Bank (KB) = 4,000 Won (~RM11.00)
- Hana Bank = 4,800 – 5,000 Won (~RM13.00)
- GS25 = 5,000 – 6,000 Won (~RM16.00)
- NongHyup Bank (NH) = 3,500 Won (~RM9.60)
BACA JUGA : Cara Daftar Akaun Wise Terkini
Jika lihat senarai bank mesin ATM diatas, kebanyakkannya dikenakan caj sekitar RM10 bagi setiap transaksi. Jadi anda perlu rancang perbelanjaan anda ketika berada di Korea. Adalah lebih baik untuk keluarkan duit di Korea dengan jumlah yang besar sekiranya perlu.
Nak Pergi Korea Bawa Cash Ke Guna Kad?
Sebenarnya kalau pergi bercuti atau travel ke Korea, nak kena bawa duit berapa banyak? Kat sana sesuai guna cash atau kad sahaja? Ini persoalan biasa yang dilontarkan sekiranya anda pertama kali datang ke negara tersebut termasuk Korea.
Kalau tanya aku personally, kat Korea boleh 50-50 untuk cash dan kad. Tapi kalau nak bawa duit tunai lebih banyak pun takpa. Berbeza dengan Jepun, aku boleh cakap, tak perlu bawa cash pun takpa. Guna je kad Wise.
BACA JUGA : Cara Daftar Kad Wise Untuk Digunakan Masa Travel Luar Negara
Jika di Korea, anda kena tahu setakat ini, semua mesin topup T-Money hanya menerima duit tunai Won sahaja. Tak boleh guna kad. T-Money menjadi antara benda penting perlu ada kalau nak naik public transport seperti train dan bus.

Selain itu, di Korea juga, ada beberapa merchant atau kedai yang mengenakan caj tambahan sekiranya ingin bayar menggunakan kad. Di Myeondong Street pun kebanyakkan semua terima cash sahaja. Tapi tahun 2026 ni dieorang dah start letak Alipay. Jadi boleh bayar guna Touch n Go eWallet kita je. Mudah.
Paling penting satu lagi, cash ni juga mungkin membantu anda untuk menjadi bukti sekiranya anda ditahan di imigresen Korea. Kalau anda kena tahan, boleh la tunjuk jumlah cash yang anda bawa dengan nilai yang mencukupi sebagai pelancong. Plus point mungkin.
Tapi terserah kepada anda untuk buat keputusan. Kalau tanya aku, boleh bawah 50-50 atau cash lebih sedikit banyak dari penggunaan kad.

Pengalaman Cucuk Dan Keluarkan Duit Di Korea Di Mesin ATM Menggunakan Kad Wise
Dalam trip Busan-Seoul tahun 2025 sebelum ini, aku bawa cash Won tukar dari Malaysia dan juga beli Won dalam kad Wise. Jumlahnya lebih kurang 50-50 la. Tapi ternyata cash tak cukup, jadi kena cucuk duit di ATM.
BACA JUGA : Itinerari Lengkap Solo Travel Ke Busan-Seoul Untuk 7H6M
Sebelum nak cari mesin ATM, cubalah juga cari info di internet kot ada mesin ATM dengan 0 fee atau tanpa caj tambahan. Ada yang kongsikan di facebook mereka gunakan mesin ATM NongHyup Bank (NH) dengan tanpa caj.

Apa lagi aku search la guna Never Map. Ada jumpa di area Namdaemun Market. Dah jumpa ‘Global ATM’ semua dah nak bawa keluar duit, tengok-tengok pun ada caj iaitu 3,500 Won atau sekitar RM9.60. Terpaksa la juga guna.
Mungkin NH Bank ini antara mesin ATM yang mengenakan caj paling minimun terutamanya bagi pengguna kad Wise. Jadi kalau anda guna kad tersebut, boleh la cari NH Bank ini di Korea nanti.
BACA JUGA : Cara Daftar Akaun Wise Secara Online
Jadi tak perlu risau lagi kalau nak keluarkan duit di Korea lepas ni. Semoga panduan ini memudahkan anda dimasa hadapan.












2 thoughts on “Cara Cucuk Dan Keluarkan Duit Di Korea (Beserta Caj Yang Dikenakan)”