Cara Daftar Kad Wise 2026 Lengkap Untuk Rakyat Malaysia

By Aiman San

Published On:

Follow Us
wise travel

Kad Wise kini semakin popular di kalangan rakyat Malaysia yang ingin travel ke luar negara. Dikatakan kad ini memberikan kadar tukaran wang asing dengan nilai yang paling tinggi berbanding di money changer.

Mungkin anda trip ke oversea lepas ini dan inginkan pilihan perbelanjaan dengan cara yang lebih jimat, anda boleh gunakan kad Wise. Nak daftar pun mudah sahaja, boleh lakukan secara online.

Apa Itu Kad Wise Dan Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Guna

Kad Wise merupakan kad debit yang dikeluarkan oleh pihak Wise yang mana anda boleh beli dan simpan mata wang asing dalam satu akaun. Bukan itu sahaja, anda juga boleh berbelanja dengan wang tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya anda travel ke Jepun yang menggunakan mata wang Yen. Sebelum berlepas, anda boleh beli siap-siap duit Yen dan simpan dalam akaun Wise. Kemudian di sana, anda boleh berbelanja terus menggunakan Yen yang ada dalam akaun anda tersebut menggunakan kad Wise.

Jadi apa kelebihan kad Wise ini sampai ramai rakyat Malaysia yang menggunakannya :

  1. Kadar tukaran wang asing atau exchange rate antara yang paling rendah berbanding platform lain dan money changer
  2. Boleh beli dan simpan banyak mata wang asing selain RM
  3. Mudah digunakan dimana fungsi sama seperti kad debit lain
  4. Lebih selamat, kerana anda fungsi ‘freeze card’ yang mana boleh mengentikan fungsi kad serta-merta
  5. Berikan caj percuma bagi pengeluaran ATM di luar negara

Sekiranya anda kerap melancong ke luar negara dan selalu buat bayaran menggunakan USD, SGD, JPY, AUD, WON dan sebagainya, kad Wise sangat membantu untuk mengelakkan caj tersembunyi.

Cara Daftar Kad Wise Secara Online

Jadi bagi anda yang tiada lagi akaun Wise, anda boleh ikuti panduan lengkap dibawah cara daftar kad Wise yang mana dilakukan secara online sahaja. Langkah-langkah ini sesuai untuk pengguna Android dan iOS.

1) Klik pada DAFTAR SINI dan masukkan alamat emel anda. Kemudian klik Get your gift

2) Pilih Personal Account > Malaysia > Klik Continue

cara daftar kad wise

3) Langkah awal untuk pengesahan, masukkan no. telefon anda dan klik Send verification code. Anda akan menerima kod 6-digit dan masukkan pada ruang yang tersedia dan klik Done

cara daftar wise

4) Cipta password anda. Pastikan anda ingat, kerana ianya akan digunakan untuk akses akaun Wise anda. Akhir sekali klik Continue

cara daftar wise

5) Langkah seterusnya adalah dengan mengisi maklumat peribadi anda seperti Nama, Tarikh Lahir, Alamat Rumah dan sebagainya. Klik Confirm and continue

cara daftar wise

6) Klik Take a look around first dan akaun Wise anda kini sudah didaftarkan

cara daftar wise

Download Aplikasi Wise Untuk Akses Segala Ciri Yang Disediakan

Sejurus selesai daftar akaun, anda perlu download aplikasi Wise secara percuma. Boleh download di Play Store untuk pengguna Android atau App Store bagi pengguna iOS.

aplikasi wise

Daripada aplikasi ini, anda boleh dapat akses segala fungsi yang disediakan. Anda boleh masukkan duit RM, beli dan simpan mata wang asing, pantau segala transaksi, beli kad fizikal dan sebagainya.

Beli Kad Wise Secara Online

Dalam akaun Wise disediakan 2 jenis kad iaitu kad fizikal dan kad digital.

Untuk kad digital, ianya tersedia secara percuma untuk semua pengguna Wise. Anda boleh sambungkan kad tersebut kepada Apple Wallet, Google Wallet atau Samsung Wallet. Jadi anda boleh paywave sahaja.

BACA JUGA :

Akan tetapi, jika terminal pembayaran tidak menerima bayaran secara paywave, anda tidak mempunyai kad fizikal, jadi tidak boleh buat pembayaran. Oleh itu, kena juga dapatkan kad fizikal.

Untuk kad fizikal, anda boleh dapatkan dengan harga RM13.70. Caranya anda buka apps Wise dan pergi ke bahagian ‘Cards’ > Order a debit card. Kemudian pilih Physical. Ikut arahan seterusnya sehingga selesai.

cara beli kad wise

Untuk info, anda anda perlu topup RM100 untuk mula order kad tersebut. Jangan risau, duit tersebut bukanlah caj tambahan, tetapi akan dimasukkan semula kedalam akaun Wise anda. Jangan risau.

Anda boleh pilih penghantaran secara percuma dalam tempoh 7 hari atau secara express yang hanya mengambil masa 3 hari waktu bekerja sahaja. Tapi kena bayar sehingga RM54.59. Guna yang free je pun dah ok.

kad wise untuk travel

Jika kad Wise anda sudah sampai nanti, anda hanya perlu sambungkan dengan akaun Wise anda dan kemudian aktifkan pembayaran secara paywave. Terlebih dahulu anda perlu masukkan 4-pin secara manual sama ada di kedai atau dengan semak baki di mesin ATM terpilih.

Anda Kini Boleh Mula Beli Mata Wang Asing Dan Mula Berbelanja Di Luar Negara

Antara fungsi paling menarik daripada kad Wise ini adalah anda boleh beli currency luar negara dengan kadar tukaran yang paling rendah berbanding money changer.

Kemudian dengan mata wang tersebut, anda boleh berbelanja di luar negara tanpa ragu. Sebagai contoh, jika anda beli Yen Jepun di Wise, anda boleh terus bayar Yen jika tiba di Jepun nanti dengan menggunakan kad yang anda ada.

Bukan itu sahaja, duit Yen yang anda sudah beli pada awalnya juga boleh dikeluarkan di mesin ATM di negara tersebut. Ya, anda juga boleh withdraw duit menggunakan kad Wise. Tips – cari mesin ATM AEON di Jepun yang mana tidak mengenakan caj pengeluaran.

Pengalaman Menggunakan Wise – Sangat Menyenangkan

Aku dah guna Wise ini sejak tahun 2024 apabila kali pertama menjejakkan kaki di Jepun. Aku hanya bawa 10,000 Yen cash daripada Malaysia dan selebihnya aku simpan dalam akaun Wise untuk digunakan secara onilne.

BACA JUGA : Itinerari Ke Osaka-Mt Fuji- Tokyo Secara 9 Hari Secara DIY

Sejak dari itu, jika anda pergi ke mana-mana negara, aku akan beli dan simpan mata wang negara tersebut. Aku dah gunakan di Brunei, Indonesia, Vietnam, Korea, Hong Kong dan banyak lagi.

Pada tahun 2025, trip ke Tokyo aku tidak bawa apa-apa tunai dari Malaysia, sebaliknya aku simpan Yen dalam Wise. Jadi selama berada di Tokyo, aku berbelanja hanya Paywave menggunakan Apple Pay yang disambungkan dengan Wise sahaja.

Jika perlukan cash, barulah aku keluarkan di mesin ATM sama ada 7bank atau AEON dengan menggunakan kad fizikal yang aku ada. Sangat mudah digunakan baik dalam dan luar negara terutamanya ketika travel.

Jadi bagi anda yang mungin akan travel ke luar negara lepas ini, boleh dapatkan kad Wise sekarang.

Join Telegram

Join Now

3 thoughts on “Cara Daftar Kad Wise 2026 Lengkap Untuk Rakyat Malaysia”

Leave a Comment