Jika anda sampai ke blog ini, pastinya anda tertanya-tanya perjalanan dan cara pergi Mt Fuji terutamanya jika anda datang dari Osaka. Pasti ada yang keliru dan nak tahu cara yang terbaik.
Berbeza sekiranya anda dari Tokyo yang mana perjalanan tak sampai 2 jam pun jika anda ingin ke Mt Fuji jika ingin dibandingkan dengan Osaka. Dengan jarak yang agak jauh, pengangkutan apa yang paling sesuai untuk melihat ikon paling terkenal di Jepun iaitu Gunung Fuji.
Gunung Fuji
Gunung Fuji atau biasa kita sebut Mount Fuji atau Mt Fuji merupakan gunung tertinggi di Jepun iaitu dengan ketinggian 3,776 m. Jangan tak tahu, sebenarnya gunung ini merupakan gunung berapi aktif yang mana kali terakhir meletus pada tahun 1707.
BACA JUGA : Itinerari Ke Mt Fuji Untuk 3 hari 2 Malam
Sebuah gunung yang terbentuk simetri ini akan lebih cantik dan majistik apabila terbentuknya ‘snow-capped’ pada puncaknya ketika musim luruh sehingga musim sejuk. Iaitu sekitar 5 bulan tempohnya.
Mt Fuji terletak di antara sempadan prefecture Shizuoka Dan Yamanashi. Selain itu, dikaki gunung terdapat 5 tasik terbentuk dan pada setiapnya ada keistimewaan dan kecantikan masing-masing. Juga dipanggil ‘Fuji Five Lakes’.

Anda boleh datang ke Mt Fuji atau ke Fuji Five Lakes ini dengan menaiki train, bas express atau memandu kereta. Jadi jom kita tengok cara pergi Mt Fuji sekiranya anda dari Osaka dengan menggunakan pengangkutan awam.
Kalau naik kereta, boleh je buka Waze ke Google Maps dan terus memandu.
2 Cara Pergi Mt Fuji Dari Osaka Iaitu Menggunakan Train Dan Bas
Terdapat 2 cara terbaik untuk travel dari Osaka ke Mt Fuji. Destinasi terbaik untuk ketibaan adalah di Kawaguchiko Station. Dari sini anda boleh terus pergi ke Mt Fuji atau melawat kawasan di Fuji Five Lakes yang lain.
Menggunakan Highway Bas
Untuk perjalan dari Osaka ke Mt Fuji, hanya terdapat Nighttime bus atau bas waktu malam. Ini bermakna, perjalanan anda akan bermula pada waktu malam dari Osaka dan tiba di Kawaguchiko Station pada waktu pagi.
Syarikat Kintetsu Bus bersama Fujikyu Bus ada menyediakan perkhidmatan ini bagi perjalanan setiap hari. Jadi jika anda ingin menaiki highway bus, anda boleh naik dari mana-mana syarikat pengangkutan ini.

Di Osaka, terdapat 4 stesen bas yang anda boleh naik iaitu Abeno Harukasu (JR Tennoji Station), OCAT Building (JR Namba Station), Osaka Ek-Mae (Subway Higashi Umeda Station) dan Kyoto Station (Sekiranya anda dari Kyoto).
Manakala untuk stesen bas di Mt Fuji ada 7 kesemuanya iaitu – Higashi Shizuoka, Fuji Station, Fujinomiya Station, Daisekiji-temple, Fuji-Q Highland, Fujisan Station dan terakhir adalah Kawaguchiko Station.
Jika anda naik dari OCAT Building dan tiba di Kawaguchiko Station, perjalanan menaiki bas mengambil masa dalam 10 jam 40 minit. Harga adalah 7,700 Yen (RM200) seorang untuk tiket dewasa.
Anda boleh beli tiket di kaunter atau sebaiknya adalah dapatkan secara online iaitu menerusi laman web https://willer-travel.com/en/. Lebih baik beli online, bagi mengelakkan tiket bas habis awal.
Menggunakan Train (Shinkansen) + Bas Ekspres
Satu lagi cara pergi Mt Fuji sekiranya anda datang dari Osaka adalah melalui train bersama bas ekspres. Ya, sebab untuk pergi ke Kawaguchiko Station, tiada perjalanan direct menggunakan train, jadi kena naik bas juga.
Untuk perjalanan train adalah menggunakan Kereta Api Laju atau Shinkansen. Untuk route atau perjalanan adalah dari Shin-Osaka Station dan terus ke Mishima Station yang terletak di Hakone. Dari Mishima Station, anda perlu naik bas ekspres plak sehingga ke Kawaguchiko Station.
Perjalanan menaiki Shikansen dari Shin-Osaka ke Mishima Station mengambil masa 2 jam 10 minit. Manakala untuk perjalanan bas ekspres pula mengambil masa 1 jam 30 minit. Jadi tempoh perjalanan keseluruhan adalah 3 jam 40 minit.

Untuk tiket Shinkansen, anda boleh beli secara online di Klook atau laman web rasmi di https://smart-ex.jp/en/lp/app/. Selain itu boleh juga beli terus di mesin tiket yang terdapat di train station (Shin-Osaka Station). Harga sehala adalah 12,100 Yen.
Manakala untuk tiket bas, anda boleh beli di kaunter yang terletak di Mishima Station atau sebaiknya dapatkan secara online iaitu menerusi https://sekitori.jp/en/. Tiket seawal 7.20 pagi. Tiket sehala adalah 2,300 Yen.

Jadi total harga perjalanan naik Shinkansen + bas dari Osaka ke Kawaguchiko Station adalah 14,400 Yen (RM370).
Cara Terbaik Pergi Mt Fuji Dari Osaka
Setiap cara pergi Mt Fuji ini ada kelebihan dan kekurangan. Adakah anda selesa naik bas sepanjang perjalanan atau anda nak sampai lebih awal di tempat yang ingin dituju. Anda kana tentukan.
Jika menggunakan highway bus, perjalanan mengambil masa lebih 10 jam. Banyak buang masa atas jalan? Tetapi dalam masa yang sama, anda hanya perlu bayarRM200 sahaja untuk seorang. Bukan itu sahaja, orang kata, anda dah boleh jimat 1 malam untuk hotel.
Manakala untuk Shinkansen dan bas, total perjalanan hanya mengambil masa tak sampai 4 jam pun. Boleh terus sampai tengok Mt Fuji. Tetapi anda perlu keluarkan modal yang besar sehingga RM370 untuk seorang.

Jadi anda perlu tentukan cara pergi Mt Fuji dari Osaka yang terbaik sesuai untuk anda. Mahukan perjalanan murah, tapi lama, anda boleh naik bas highway. Tapi kalau anda tidak kisah dengan kos, dan nak cepat sampai boleh naik Shinkansen dan bas. Pilihlah mana-mana cara pergi Mt Fuji yang terbaik.
Cara Pergi Osaka Dari Mt Fuji
Sekiranya anda datang dari Mt Fuji iaitu di Kawaguchiko Station dan ingin ke Osaka, anda boleh menggunakan route yang sama seperti diatas. Daripada cara pergi Mt Fuji kepada cara pergi dari Mt Fuji ke Osaka.
Pertamanya, anda boleh naik highway bus iaitu dari Kawaguchiko Station dan terus ke Osaka dalam tempoh lebih 10 jam perjalanan. Harga sama sahaja. Cara untuk booking tiket secara online pun sama sahaja.
Kedua, anda boleh naik bas dari Kawaguchiko Station, terus ke Mishima Station. Kemudian dari situ, anda naik Shinkansen untuk bergerak ke Shin-Osaka Station. Jadi anda dah sampai Osaka dari Mt Fuji. Mudah sahaja
Pengalaman Naik Shinkansen Dan Bas Dari Osaka Ke Mt Fuji
Dalam trip Osaka-Tokyo-Mt Fuji aku sebelum ini, aku buat keputusan untuk turun di Osaka dan balik dari Tokyo. Jadi selepas selesai di Osaka-Kyoto, aku cadang untuk bermalam semalaman di Mt Fuji sebelum pergi ke Tokyo.
BACA JUGA : Itinerari Penuh Osaka-Mt Fuji-Tokyo Untuk 9 Hari 9 Malam Dengan Bejet Tak Sampai RM5k
Aku takda masa yang lama lebih untuk nightime bus, jadi aku deciden untuk pilih cara yang paling cepat sahaja. Untuk kos aku tak kisah sangat. Lagi pula, memang aku nak merasa kali pertama naik Shinkansen. Jadi aku decide nak naik bullet train dan bas.

Langkah pertama, aku beli tiket bas dari Mishima ke Kawaguchiko Station dahulu secara online lebih awal. Sebab tiket cepat habis. Kemudian untuk tiket shinkansen, aku beli di mesin tiket sahaja di Shin-Osaka secara cash. Naik sekitar jam 7.00 pagi.
Sebenarnya aku pilih perjalanan lebih awal, sebab nak singgah kejab di Shin-Fuji Station. Cadang nak pergi Fujisan Yumeno Ohashi Bridge, nak tengok Mt Fuji dari view jambatan. Tapi gunung tak keluar pula. Kemudian teruskan perjalanan naik shinkansen juga ke Mishima Station.

Dari Mishima Station, terus ke Kawaguchiko Station. Sampai sekitar pukul 4.30 petang. Alhamdulillah Fujisan ada keluar sikit pada petang tersebut. Tapi waktu ini, awal autumn, jadi tiada lagi snow-capped pada Mt Fuji.
Jadi dah decide nak cara pergi Mt Fuji dari Osaka nanti? Nak naik bas atau naik shinkansen? Atau nak memandu kereta sendiri? btw kapal terbang tiada tau.











3 thoughts on “Cara Pergi Mt Fuji (Kawaguchiko) Dari Osaka”