First attempt dulu datang sini nak tengok Mt. Fuji ketika itu gunung di takda salji lagi iaitu sekitar bulan Oktober. Kali ini musim winter yang mana confirm ada salji. Jadi aku nak share full itinerari aku ke area Kawaguchiko untuk tengok Mt. Fuji.
Kalau trip Osaka-Mt. Fuji-Tokyo sebelum ini hanya 2 hari 1 malam je di Kawaguchiko. Tapi kali ini fokus untuk trip di area Mt. Fuji sahaja tanpa pergi ke Tokyo atau Osaka, tetapi masih Kawaguchiko menjadi destinasi penempatan.
Trip kali ini aku pergi dengan adik aku je berdua iaitu pada 28 hingga 31 Januari 2025. Masih ni cuti CNY, jadi ada cuti lebih sikit, boleh la melancong ke luar negara. Ini juga merupakan trip ketiga aku ke negara matahari terbit itu selepas Osaka, Tokyo dan Sapporo sebelum ini.
BACA JUGA : Itinerari Musim Winter Ke Sapporo Untuk Solo DIY
Kos Perbelanjaan
Desclaimer: trip kali ini agak sedikit rush. Terutamanya tiket flight dia mahal sikit. Untuk info, tiket flight ni beli seminggu sebelum tarikh trip. Airbnb pun tempah lewat sikit. Boleh juga kecualikan kos penerbangan dan penginapan. Tapi selebihnya sama sahaja harganya, boleh dijadikan rujukan.
1) Kos Penerbangan
Untuk penerbangan yang pastinya paling berpatutan ketika itu adalah Air Asia. Dapat harga RM2000 sekali luggage. Yang penting direct flight terus dari KLIA Terminal 2 ke Haneda di Tokyo. Tempahan dibuat menerusi aplikasi Air Asia Move.

2) Kos Penginapan
Untuk penginapan, aku pilih Airbnb iaitu Samurise Mt. Fuji yang mana lokasinya betul-betul belakang Kawaguchiko Station. Harga untuk semalaman RM200, bermalam untuk 2 malam dengan harga RM400 (RM200 seorang) . Jika berminat anda boleh tempah di Agoda DISINI atau Airbnb DISINI.

Lokasi memang dekat dengan Kawaguchiko Station dan Lawson, tapi dari tempat penginapan ni, memang tak nampak view Mt. Fuji. Tapi parking kereta banya.
3) Kos Pengangkutan
Sekali lagi trip DIY kali ini tidak sewa kereta. Jadi kami menggunakan sepenuhnya public transport iaitu train dan bas. Tambahan kali ini, aku merasa juga naik basikal di Jepun. Aku ada sewa basikal untuk pusing sekitar Lake Kawaguchiko.
Dari Tokyo, perjalanan aku menaiki Highwaybus dari Tokyo ke Mt. Fuji dengan harga 2,200Yen. Jadi untuk return 4400Yen (RM130). Kemudian Mt. Fuji East Area untuk ke Lake Yamanako berharga 1,500Yen (RM44) untuk 1-day pass. Sewa basikal 800Yen (RM24).

Untuk train ada gunakan dari Haneda Airport ke Shinjuku Station dan sekitar Kawaguchiko dengan jumlah 2817Yen (RM83). Ada juga guna sightseeting omni bus sekali dengan harga 410Yen (RM12). Jumlah keseluruhan RM293.
4) Kos Makan
Untuk trip tengok Mt. Fuji kali ini, kami hanya makan luar sekali sahaja iaitu di restoren halal T&T Fujiyama iaitu Seafood Houton Udon dengan harga 1200Yen (RM35). Selebihnya kami bawa RTE iaitu Nasi Lemak (BELI SINI) dan Nasi Goreng (BELI SINI).

5) Lain-Lain & Kos Keseluruhan
Untuk lain-lain kos adalah seperti berikut :
- Takaful eTIQA 360 = RM18.75 seorang
- eSIM Japan (2Gb/day) = RM31
Jadi untuk jumlah keseluruh perbelanjaan sepanjang 3 hari 2 malam di Kawaguchiko untuk trip tengok Mt. Fuji adalah berjumlah RM2,578 seorang. Kalau untuk ground sahaj tanpa tiket flight, hanya RM578 sahaja
Itinerari Tengok Mt. Fuji Di Kawaguchiko
Kalau ikut tarikh sebenar, trip ini adalah pada 29 hingga 31 Januari 2025. Tapi penerbangan dari KL-Tokyo adalah pada hari sebelumnya, 28 Januari iaitu pada pukul 2.50 petang. Jadi sampai di Haneda Airport pada pukul 10.00 malam. Disebabkan itu, terpaksa bermalam di airport. Day 1 hanya bermula pada esoknya, 29 Januari 2025.

Haneda Airport untuk Terminal 3 iaitu International, boleh bermalam. Terminal 1 dan 2 tidak boleh. Anda kena keluar. Jadi datang ke Terminal 3 je kalau nak tidur airport.
Day 1
Waktu | Destinasi/Aktiviti |
7.00 pagi | Bersiap selepas tidur di airport semalam |
9.45 pagi | Perjalanan menuju Kawaguchiko dari Shinjuk Station (Highway Bus) |
12.00 t/hari | Sampai di Kawaguchiko dan drop luggage di Airbnb |
2.00 petang | Jalan sekitar Lake Kawaguchiko (Spot 1) |
4.00 petang | Check-in Airbnb |
6.00 petang | Rehat |
Selepas hari berikutnya, terus bergegas ke Shinjuku Terminal Bus dalam masa lebih 40 minit dari Haneda Airport. Terus naik bas ke Kawaguchiko Station yang mana perjalanan ambil masa 1 jam 40 minit lebih kurang. Beli siap-siap tiket online di https://www.highwaybus.com/.
Sampai lebih kurang pukul 1.00 tengah hari terus drop luggage di Airbnb, sebab check-in pukul 4.00 petang. Kemudian terus merilau sekitar Kawaguchiko sahaja sehingga sampai ke Lake Kawaguchiko. Cari spot cantik untuk bergambar. Dah penat, nak balik amik Omni Bus je, boleh guna suica terus ke Kawaguchiko Station.

Check-in Airbnb dan kemas-kemas diri. Sebab tidur tak lena di airport, malam pertama tidur awal juga la. untuk hari pertama. Btw hari pertama, Gunung Guji ada sedikit gangguan dari awan. Tak sepenuhnya clear, tapi masih nampak gunungnya. Perasaan kali pertama tengok Mt. Fuji dengan salji, sangat cantik.

Day 2
Waktu | Destinasi/Aktiviti |
6.50 pagi | Bertolak ke Lake Yamanaka |
7.50 pagi | Sampai di Lake Yamanaka (Spot 2) |
10.30 pagi | Hirano Beach @Lake Yamanaka (Spot 3) |
11.30 pagi | Yamanakako Communication Plaza (Spot 4) |
1.00 t/hari | Daiso @Mt Fuji Station |
2.30 petang | Mt. Fuji Obversation Deck @Mt Fuji Station (Spot 5) |
3.00 petang | Lunch di T&T Fujiyama Halal Restaurant |
6.00 petang | Rehat di Airbnb |
Takkan trip kali kedua ke Mt. Fuji nak pusing tempat sama kan. Jadi ambil keputusan untuk jelajah satu lagi tasik iaitu di Lake Yamanaka. Trip tak guna kereta sewa. Kita naik bas sahaja.
Naik bas di bus stop no. 6 di Kawaguchiko Station dengan trip paling awal 6.50 pagi. Boleh guna suica card. Tapi kami decide beli 1-day pass Mt. Fuji East Area. Boleh beli menggunakan apps Japan Transit Planner. Tunjuk je kod QR nanti pada driver. Mudah sangat.
Kelebihan di Lake Yamanaka ni sebab ada angsa putih atau swan. Jadi stop di perhentian pertama di Lake Yamanaka yang katanya banyak Swan. Lokasi DISINI. Alhamdulillah tak banyak tapi ada 2 ekor. Bayangkan view Swan bersama Gunung Guji dengan clear sky. Cantik gilaaaa


Kat sini juga sebahagian tasik dia mengeras. Jadi boleh tengok la ais batu yang sudah pecah berada di persisiran tasik ni. Suhu ketika ini sekitar 5°C. Mungkin sebab itu, ais sudah mula pecah dan swan dah boleh berenang.
Masih di Lake Yamanaka. Teruskan perjalanan di perhentian seterusnya di Hirano Beach. Walaupun tasik, tapi angin kuat dan ada ombak sikit. Kat sini pun cantik sebab ada juga Swan. Tapi sini banyak tourist. Tapi spot paling cantik disini lah sebenarnya. Jalan kaki depan sikit jumpa lagi satu spot di hadapan Yamanakako Communication Plaza. DISINI.



Selesai separuh akhir disini, terus balik dan singgah di Mt Fuji Station. Shopping di Daiso dan naik tingkat 6 untuk nikmati Gunung Fuji di obversation deck. Masuk free je. View cantik gila. Boleh nampak Fuji-Q Highland juga.

Dah selesai sini, ambil train terus ke T&T Fujiyama Halal Restaurant untuk makan Seafood Houton Udon. Makan panas-panas sedap weh. Kat sini ada prayer room. Boleh minta kebenaran dari owner restoren. Nanti dia sediakan.

Selesai untuk hari kedua.
Day 3
Waktu | Destinasi/Aktiviti |
6.30 pagi | Lawson di Kawaguchiko (Spot 6) |
7.00 pagi | Kawaguchiko Station (Spot 7) |
8.00 pagi | Honcho Street (Spot 8) |
9.30 pagi | Arakurayama Sengen Park (Spot 9) |
12.00 t/hari | Fuji-Q Highland (Spot 10) – Naruto Hidden Village Konoha – Thomas Land |
2.00 petang | Sewa basika ke Kawaguchiko Ohashi Bridge (Spot 11) |
4.00 petang | Solat di Masjid Kawaguchiko |
4.45 petang | Bertolak ke Tokyo dari Kawaguchiko Station |
9.00 malam | Sampai di Haneda Airport |
11.50 malam | Bertolak pulang ke Kuala Lumpur |
Tips paling penting kalau nak bergambar di spot cantik di Mt. Fuji ni adalah keluar lepas subuh, confirm takda orang. Subuh 5.30 pagi, pukul 6.30 pagi dah terang dan di Lawson viral, Kawaguchiko Station, Honco Street takda orang pun. Bebas nak bergambar.



Dah setel tempat viral, terus panjat naik Arakurayama Sengen Park. Exercise sikit nak panjat ke atas. View tiptop dengan ada Gunung Fuji dan Chureito Pagoda. Tapi dah pukul 10.00 pagi, orang start ramai. Jadi pandai-pandai la cari spot cantik.

Seterusnya ke Fuji-Q Highland. Untuk info, anda boleh masuk secara percuma dengan dapatkan tiket masuk di kaunter. Jadi kalau nak main permainan tu semua, baru bayar di dalam. Tujuan datang sini, nak cari spot Mt Fuji dan juga melawat Naruto Hidden Village Konoho. Dapat bergambar dengan beberapa patung yang disediakan. Percuma juga.






Sebelum naik bas, kita pusing sekali lagi Lake Kawaguchiko, tapi kali ini dengan menaiki basikal. Sewa 2 jam boleh masuk separuh tasik. Paling cantik bergambar atas jambatan di Kawaguchiko Ohashi Bridge. Langit cerah, tapi terik sangat. Stop terakhir adalah di Masjid Kawaguchiko untuk solat.


Kemudian balik semula ke Kawaguchiko Station dan ambil bas pulang ke Tokyo untuk naik flight pada malamnya. Meskipun jalan sesak sehingga lewat 2 jam, tapi masih on time. Selesai untuk trip tengok Mt. Fuji untuk kali kedua.

Trip Kali Kedua Yang Memuaskan
Kali pertama datang pada Oktober 2024, nampak Gunung Fuji, tapi ada sedikit gangguan awan dan ketika itu masih belum ada salji. Untuk bulan Januari 2025, datang sekali lagi, alhamdulillah aku dapat tengok 2 hari full day Gunung Fuji dengan salji tanpa sebarang gangguan awan. Hari pertama je ada awan.
Kali pertama tengok masa dalam bas, rasakan Gunung Fuji ni besar gila macam nak meletup dah. Ada rasa takut. Tapi lama-lama bila tengok setiap masa dah jadi terbiasa. Sepanjang jalan di Kawaguchiko boleh nampak Gunung Fuji.
Sebenarnya kalau dapat day trip pun dah ok di Kawaguchiko ni, tapi masih bergantung nampak ke tidak ketika anda sampai. Jadi kalau duduk sampai 3 hari pun tak nampak gunung, kena mandi bunga la. Winter Season biasanya akan nampak gunung ni. Musim lain tu lah, dia suka menyorok.

Disebabkan ramai sangat tourist kat sini, anda bangun pagi-pagi untuk tengok Mt. Fuji dan bergambar di hotspot. Lepas subuh, jangan tidur. Terus keluar Fuji Hunting!
Harap bermanfaat itinerari untuk tengok Mt. Fuji ni terutamanya yang datang ke Kawaguchiko. Kalau ada masa, boleh terus ke Lake Yamanaka terus. Banyak hotspot juga.