Itinerari Ke Osaka-Tokyo-Mt Fuji, Jepun Untuk 9 Hari Penuh

By Aiman San

Updated On:

Follow Us
itinerari osaka tokyo jepun

Bila planning untuk travel, siapa je tak excited kan! Selama hampir 6 bulan buat persiapan dan kini aku kongsikan itinerari ke Osaka-Tokyo, Jepun untuk 9 hari. Ini semua hasil daripada pengalaman aku sendiri berada di negara matahari terbit tersebut.

Aku dah pernah travel dengan travel agent, pernah diy dengan group bersama family, pernah travel solo, dan travel berdua. Trip kali ini buat pertama kali aku aku bawa dua orang kawan yang menjadikan trip kali ini adalah untuk 3 orang.

BACA JUGA : Tips Sebelum Ke Jepun Yang Anda Perlu Tahu

Jika kali pertama datang ke Jepun pada tahun 2016, aku hanya fokus kepada Tokyo sahaja. Kali ini kami buat keputusan untuk jelajah Osaka dan Tokyo serta singgah sehari di Gunung Fuji. Tempoh travel adalah selama 9 hari penuh iaitu pada pertengahan bulan Oktober 2024. Untuk pecahan, 3 hari 2 malam di Osaka, 2 hari 1 malam di Gunung Fuji dan 4 hari 3 malam di Tokyo.

Jadi full itinerari trip ke Osaka-Tokyo ini, aku akan kongsikan setiap lokasi wajin singgah yang aku sempat melawat, tempat-tempat makan halal, penginapan, pengangkutan yang aku naik dan paling penting pastinya kos atau bajet perbelanjaan.

Kadar tukaran wang MYR-JPY ketika trip ini adalah lebih kurang, 100 Yen = RM2.90. Jadi segala butiran tukaran wang dalam artikel ini, menggunakan kadar tukaran tersebut. Untuk cuaca pula, sepatutnya dah masuk Autumn, tapi tidaklah terlalu sejuk. Tapi alhamdulillah dia tak panas. Pakai tshirt dah selesa.

Dokumen Wajib Sebelum Ke Jepun

Sebelum nak masuk ke negara orang, pastikan anda sudah sediakan dokumen-dokumen wajib yang perlu diperlukan termasuk juga di Jepun. Tapi jangan risau, negara ini tidaklah terlalu strict terutamanya kepada pelancong dari Malaysia.

Untuk ke Jepun, hanya perlu sediakan pasport sahaja. Pastikan ianya valid atau sah sekurang-kurangnya 6 bulan selepas tarikh pulang ke Malaysia. Tapi bila di airport Jepun, anda perlu lengkapkan borang arrival; biasanya diberikan di dalam kapal terbang lagi atau borang tersebut tersedia di sana.

pasport ke jepun

Tapi untuk memudahkan urusan, anda boleh lengkapkan arrival form tersebut secara online di Malaysia lagi iaitu di Visit Japan Web. Kemudian akan diberikan kod QR. Selain butiran diri, disini juga anda boleh declare siap-siapa makanan yang anda bawa jika perlu. Cadangan, buat la siap-siap Visit Japan ni, cepat sikit urusan di airpor nanti. Scan sahaja nanti. Tak perlu isi borang arrival dah.

BACA JUGA : Cara Isi Visit Japan Web Secara Online

Kos Perbelanjaan Keseluruhan

1) Kos Penerbangan

Seperti biasa, masih kekal dengan Air Asia untuk penerbangan internasional bagi meminimakan perbelanjaan dan kos penerbangan. Tempahan dibuat direct terus menggunakan aplikasi Air Asia Move tanpa menggunakan pihak ketiga.

Untuk kos penerbangan, aku berjaya dapatkan dengan harga yang murah untuk seorang iaitu RM1,800 all-in termasuk 20kg bagasi. Untuk tempoh pembelian ni, aku beli hampir 6 bulan sebelum penerbangan. Bulan Oktober aku fly, awal bulan Mac aku dapat harga ini dikala ketika itu Air Asia ada buat promosi 20% off (bukan free-seat).

2) Kos Pengangkutan

Sepanjang di Osaka-Tokyo, aku berpeluang merasai hampir kesemua pengangkutan awam yang disediakan. Local train, subway, rapid, teksi, e-hailing Go, bas express, bas lokal dan paling menarik adalah menggunakan Shinkansen (bullet train) atau keretapi laju.

Berikut merupakan pecahan bagi kos pengangkutan :

  • Shinkansen (Osaka-Mishima (Mt. Fuji)) – 11,500 Yen (~RM330)
  • Train (Osaka-Tokyo-Mt Fuji) – 17,500 Yen (~RM497)
  • Teksi – 2200 Yen (RM63)
  • e-Hailing Go – 2,270 Yen (RM65)
  • Bas – 210 Yen (RM6)
  • Bas Express – 4,500 Yen (RM128)
  • Total = 38,180 Yen (RM1,084)

Di Osaka sahaja, bagi menjimatkan lagi kos pengangkutan untuk train, aku decide untuk beli 1 pass iaitu Kansai Mini Pass (KMP) dimana boleh digunakan setiap laluan JR Line di Osaka. Aku guna untuk ke Kyoto-Nara-Airport-Osaka. Beli di Klook dengan harga RM82 untuk 3 hari. Boleh dapatkan DISINI. Selebihnya aku guna Suica Card sahaja.

Dengan KMP, aku dapat jimat ~RM77, jadi dari total RM1,084 – RM77 = RM1,007. e-Hailing Go dan teksi dapat jimat, sebab kongsi bertiga.

3) Kos Penginapan

Sebab pergi Osaka-Tokyo-Mt Fuji, jadi kami bertiga menginap di 3 tempat berbeza. Di Osaka, kami bermalam 1.2.3 Guesthouse untuk 3 hari 2 malam dengan harga 22,600 Yen atau RM668.76 (RM223 seorang). Aku buat tempahan di Agoda DISINI.

BACA JUGA : Review 123 Guesthouse, Penginapan Dekat Dengan Dotonbori

Di Gunung Fuji, bermalam di Hana Hostel Fujisan untuk 1 malam dengan harga 9,800 Yen atau RM278.72 (RM93 seorang). Juga buat tempahan di Agoda DISINI.

BACA JUGA :

Akhir sekali di Tokyo, aku menginapan untuk 4 hari 3 malam di Airbnb Go Animo dengan harga keseluruhan 63,620 Yen atau sekitar RM1,807 (RM602 seorang). Tempat Airbnb tersebut DISINI.

Total penginapan untuk 9 hari 8 malam di Osaka-Mt Fuji-Tokyo adalah 96,020 Yen atau RM2,754.50 (RM918 seorang)

4) Kos Aktiviti

Kebanyakkan tempat-tempat wajib singgah di Osaka-Tokyo semuanya masuk percuma, hanya 1 sahaja yang berbayar iaitu di Osaka Museum of Housing and Living dengan tiket masuk berharga 600 Yen (~RM17). Aktiviti lain semuanya free.

5) Kos Makanan

Selain daripada bawa makanan sendiri dari Malaysia, aku sempat juga cuba beberapa makanan Jepun bagi hidangan tengah hari dan malam. Antaranya :

  • Spicy Fried Chicken Ramen – 1,980 Yen (~RM56)
  • Wagyu Beef Steakburger – 2,100 Yen (~RM59)
  • Fried Rice Curry + egg – 1,200 Yen (~RM34)
  • Fried Chicken – 700 Yen (~RM20)
  • Halal Wagyu Yakiniku Panga – 4,500 Yen (~RM128)
  • Lube Lobster Roll – 2,450 Yen (~RM69)
  • Special Tendon – 2,000 Yen (~RM57)
  • Total – 14,930 Yen (~RM423)

Ada hari juga, aku makan sendiri bawa lauk dari Malaysia. Antara yang aku bawa, maggi, Sambal Nyet KA, Dendeng Nyet Berapi KA dan ikan bilis goreng. Itu sahaja.

6) Lain-Lain Perbelanjaan

Untuk lain-lain perbelanjaan, aku senaraikan seperti dibawah :

  • eSIM untuk data internet (Beli Shopee DISINI) = RM78
  • Takaful etiqa 360 (Beli SINI) = RM27.38

JUMLAH KESELURUHAN KOS DAN BAJET KE OSAKA-TOKYO UNTUK 9 HARI = RM4,720 seorang

Kos keseluruhan ini tak termasuk kos untuk shopping, souvenir, beli kudap-kudap, air gedegang, beli gundam, beli takara tomy, beli aiskrim matcha dan lain-lain. Keseluruhan mungkin hampir RM6,000.

Itinerari Ke Osaka-Tokyo, Jepun

Kelebihan kalau turun di Osaka dan balik di Tokyo dengan menaiki Air Asia adalah anda akan dapat full day untuk setiap tempat. Jika anda tiba di Kansai Airport, anda akan tiba di Osaka pada pukul 9.00 pagi. Manakala jika anda pulang di Tokyo menerusi Haneda Airport, anda akan pulang pada pukul 11.50 malam. Jadi anda masih boleh dapat full day itinerari.

[OSAKA]

  • Day 1 – Kansai Airport, Daikoku Locker, 1.2.3 Guesthouse, Dotonbori, Japaneid, Osaka Castle
  • Day 2 – Fushimi Inari Kyoto, Arashiyama Bamboo Forest, Togetsukyo Bridge, Hokanji Gion
  • Day 3 – Nara Park, Osaka Museum of Housing and Living, Namba, Nipponbashi

Day 1 – Rabu

WaktuDestinasi/Aktiviti
2.15 pagiDepart from KLIA T2
9.30 pagiArrive at Kansai Aiport
12.30 t/hariDaikoku Locker at Shin-Imamiya
1.00 t/hariEarly shopping di Dotonbori
– Onitsuka Tiger
– Daiso
– Uniqlo
3.00 petangLunch di Halal Honolu Grande
4.00 petangShopping snack halal di JAPANeid
5.30 petangOsaka Castle
7.30 petangBergambar di Glico Sign di Dotonbori
9.00 malamCheck-in di 1.2.3 Guesthouse

Sampai di Kansai Airport, aku terus tebus JR Kansai Mini Pass (KMP) sebab nak guna untuk pergerakan ke bandar Osaka. Jadi semua JR Line aku boleh gunakan secara percuma unlimited selama 3 hari bila guna pass tersebut.

Group Road To Japan (RTJ) ada sediakan locker di Daikoku Locker. Jadi kat sini, biasanya orang Malaysia akan tinggalkan barangan atau makanan yang tak habis, tapi masih elok. Boleh ambil, percuma sahaja. Aku singgah kejab untuk ambil kudap-kudap. Terima kasih yang menyumbang.

Cadangan kalau susah nak cari snack halal nak bawa balik, boleh datang ke JAPANeid. Dieorang memang jual semuanya halal dan mesra muslim. Nak shopping area sini pun banyak kedai terutamanya di Dotonbori. Macam-macam ada.

Osaka ni, kalau tak singgah 2 tempat ni macam tak lengkap iaitu Osaka Castle dan Glico Sign. Kalau siapa datang Osaka, kena singgah kat dua tempat ni. Tak kisah la malam atau siang. Kedua-duanya percuma sahaja.

Day 2 – Khamis

WaktuDestinasi/Aktiviti
9.30 amFushimi Inari Taisha
11.30 amArashiyama Bamboo Forest
12.30 t/hariTogetsukyo Bridge
1.00 t/hariLunch wagyu burger di 448 (Yon Yon Hachi)
2.30 petangSolat di Kyoto Tower
4.00 petangJalan di Gion dan melawat Hokan-ji Temple
8.00 malamPulang ke Guesthouse

Hari kedua, fokus ke Kyoto pula untuk 3 destinasi utama. Sebab dah beli JR Pass, jadi boleh naik secara percuma terus ke Kyoto. Perjalanan ambil masa sejam untuk sampai di Kyoto Station. First destination adalah di Fushimi Inari Taisha. Hot spot tourist untuk nikmati beribu-ribu torii gate berwarna merah-keorengan. Katanya kalau nak elak orang ramai, kena panjat sampai atas, tapi kami separuh jalan je lah. Masih lagi boleh bergambar.

Dah selesai disini, terus ke Arashiyama Bamboo Forest pula. Satu lagi tourist spot dan kali ini lebih fokus kepada hutan buluh. Satu lagi destinasi yang penuh dengan tourist. Juga susah untuk bergambar. Pandai-pandai lagi cari spot.

Tak jauh dari sini, singgah pula di Togetsukyo Bridge yang merupakan antara jambatan tertua di Kyoto. Sepanjang jalan ke sini pun, anda boleh nikmati seni bina antik Jepun. Lawa beb kat sini. Tapi hari tu, macam panas sikit la. Sudahnya terus lunch di 448(Yon Yon Hachi). Nikmati burger halal wagyu A3. Sedap juga beb!

Dah makan, balik ke Kyoto Station untuk solat di bangunan Tokyo Tower. Setel, terus ke Gion dan sekali lagi jumpa seni bina antik Jepun disini. Juga terdapat pagoda Hokan-Ji disini. Lepak sini sampai malam untuk tengok suasana bila waktu gelap. Macam biasa, tourist spot memang ramai orang. Tapi masih dapat nice shot juga.

Masih menggunakan JR Pass, terus balik ke Osaka dan tempat penginapan. Dinner sendiri di guesthouse.

Day 3 – Jumaat

WaktuDestinasi/Aktiviti
10.00 amNikmati Mochi di Nakatanidou
11.00 amCari rusa di Deer Park
1.00 t/hariSolat di Nara Visitor Center
3.30 petangMelawat Osaka Museum of Housing and Living
5.30 petangMakan petang dengan nikmati Cheesecake di Rikuro’s Namba
6.30 petangShopping di Nipponbashi Denden Town
– Joshin Super Kids Land
– Mandarake Grand Chaos Shop

Hari terakhir bersama Kansai Mini Pass, kita bergerak terus ke Nara Park pula. Nasib tak baik, hari hujan pula. Nasib baik tak lebat. Sebelum sampai ke park, singgah di Nakatanidou untuk 2 sebab. Satu sebab nak rasa mochi kacang merah dan satu lagi nak tengok demonstrasi menghasilkan tepung mochi tersebut. Boleh cuba mochi dia, sedap dan lembut gila!

Dah singgah sini, terus ke Nara Park untuk berjumpa dengan haiwan majestik Nara Deer atau rusa Nara. Mereka hidup liar secara bertempiaran kat sini. Boleh jumpa dia dalam taman, tepi jalan, di bus stop dan ada juga jumpa dalam longkang. Entah apa dibuatnya. Masuk free je. Nak bagi makan, boleh beli biskut 200 Yen sahaja. Tapi siap sedia untuk dikerumun oleh rusa tersebut.

Kebetulan masa sampai di Nara Park, ada event. Dalam ni pun masih ada rusa berkeliaran. Rilek je la, buat macam kucing. Kami lunch siap-siapa disini sebab ada 7eleven. Tapi makan jauh sikit dari rusa la. Kalau tidak kena kongsilah jawapannya.

Kat sini ada prayer room tau iaitu di Nara Information Center. Boleh solat kat sini. Lepas tu boleh terus balik ke Osaka semula. Perjalanan pergi dan balik lebih kurang 50 minit naik train. Kami terus ke Osaka Museum of Housing and Living. Tujuan utama datang sini, nak pakai Kimono, tapi tak berkesempatan, sebab dah tutup kiosknya. Jadi nikmati je la barang pameran dalam ni. Menarik juga sebenarnya dalam ni. Tunjuk seni bina rumah lama di Jepun yang mana ianya bertukar dari pagi hingga malam.

Dah setel sini, terus ke Namba untuk cari Cheesecake di Rikuro’s Namba. Korang kena cuba kek ni, fluffy, lembut dan cari di mulut serta sudah pastinya sedap gila. Harga 965 Yen sahaja. Saiz besar, boleh kongsi ramai-ramai. Beli yang baru masak, tapi kena beratur la. Serius worth it.

Sebelum balik ke bilik, singgah sekejab di Nipponbashi Denden Town untuk shopping. Ada 2 kedai best iaitu Joshin Super Kids Land dan Mandarake Grand Chaos Shop. Joshin sebab nak beli Tamiya dan Mandarake jual barang-barang second-hand, tapi nak cari manga Demon Slayer. Dapat kedua-duanya disini.

[GUNUNG FUJI]

  • Day 4 – Fujisan Yumeno Ohashi (Spot 1), Hana Hostel Fujisan
  • Day 5 – Shimoyoshida (Spot 2), Arakurayama Sengen Park, Fujikawaguchiko Masjid, Shinjuku

Day 4 – Sabtu

WaktuDestinasi/Aktiviti
7.00 pagiShin-Osaka Stn untuk naik Shinkansen ke Shin-Fuji Stn
11.00 pagiFujisan Yumeno Ohashi Bridge (Spot 1)
12.00 t/hariShin Fuji Stn naik Shinkansen semula ke Mishima Stn
1.30 t/hariNaik bas dari Mishima Stn ke Fujikawaguchiko Stn
2.50 petangSampai di Fujikawaguchiko Stn
– Fujikawaguchiko Stn (Spot 2)
– Depan Lawson (Spot 3)
3.30 petangFujikawaguchiko Stn ke Mt. Fuji Stn
4.00 petangCheck-in Hana Hostel Fujisan

Kami decide trip kali ini untuk naik Shinkansen buat pertama kali. Perjalanan ambil masa 2 jam 50 minit lebih kurang untuk sampai ke Shin-Fuji Stn. Pertama kali naik bullet train dengan kelajuan sehingga 280 km/h. Aku naik Kodama, jadi top speed dia rasanya sampai takat itu sahaja. Beli tiket unreserve seat je sebab tak ramai orang.

Trip ke Gunung Fuji ni ada 1 tujuan je iaitu singgah di hotspot untuk bergambar. Jadi first spot adalah di Fujisan Yumeno Ohashi Bridge. Tapi sayang, gunung tak muncul pula. Kemudian dah sampai di Fujikawaguchiko, barulah dia keluar sikit, jadi dapatlah bergambar.

Kemudian dari Shin Fuji Station, bergerak ke Mishima Station dengan naik Shinkansen sekali lagi sebelum bergerak menggunakan highway bus ke Kawaguchiko. Tiket boleh beli online di https://sekitori.jp/en/.

Day 5 – Ahad

WaktuDestinasi/Aktiviti
5.00 pagiShimoyoshida Street (Spot 4)
10.00 pagiCheck-out Hana Hostel Fujisan
11.30 pagiArakurayama Sengen Park (Spot 5)
2.30 petangFujikawaguchiko Masjid – Solat & Lunch
3.50 petangStop di Fujikawaguchiko Stn untuk ke Tokyo menaiki bas
7.00 petangSampai di Shinjuku Stn
– Singgah di Godzilla Head
– Nikmati malam di 3D Cat LED
9.00 malamCheck-in AirBnb Go Animo

Sekali lagi untuk Fuji hunting. Cuba untuk dapatkan view berdekatan dengan Hikawa Clock Shop. Keluar pukul 5 pagi, pukul 7 pagi baru muncul. Alhamdulillah. Dapat full shooting kat sini. Then panjat di Sengen Park terus tak muncul-muncul dah.

Sebelum bergerak ek Tokyo, singgah solat dan lunch terlebih dahulu di Fujikawaguchiko Masjid. Tiket bas pukul 4.00 petang. Boleh dapatkan secara online di https://www.highwaybus.com/. Better beli awal, sebab biasa bas petang tiket cepat habis.

Untuk ke Tokyo, menaiki highway bas terus ke Shinjuku. Perjalanan sepatutnya ambil masa 2 jam, jadi 3 jam lebih sebab jammed teruk. Dah sampai, singgah di beberapa tempat sekitar terutamanya nak tengok Godzillah Head. Kemudian terus self check-in di Airbnb.

[TOKYO]

  • Day 6 – Tsukiji Outer Market, Ginza Uniqlo, GU, Akihabara, Wagyu Yakiniku Panga
  • Day 7 – Shibuya Crossing, Luke Lobster, Tokyo Tower, Odaiba Diver City
  • Day 8 – Asakusa (Sensoji Temple), Tendon Itsuki, Kamakura, Book-Off Super Bazar
  • Day 9 – UENO, Yodobashi Akiba, Haneda Airport

Day 6 – Isnin

WaktuDestinasi/Aktiviti
10.00 pagiTsukiji Outer Market
11.00 pagiShopping di Ginza Uniqlo dan GU
3.00 petangSolat di Masjid As-Salam Okachimaci
4.00 petangShopping di Akihabara
– Leonardo LG
– Tamtam Hobby Shop
– Mandarake Complex
– Super Potato
– GiGO
9.00 malamDinner di Halal Wagyu Yakiniku Panga

Hari pertama di Tokyo lebih kepada shopping barangan sendiri. Bermula di Uniqlo terbesar di Jepun dengan 12 tingkat. Kemudian dah siap sini, terus ke Akihabara untuk cari barangan yang diperlukan. Aku sebenarnya fokus cari Manga Demon Slayer, Digivice dan Gameboy.

Tapi malangnya jumpa Manga sahaja iaitu di Mandarake Complex. Digivice dan Gameboy sampai sudah tak jumpa. Habis jalan satu akihabara dah. Gameboy second-hand ada tapi harga dekat RM600. Tak berbaloi nak beli, sebab cadang nak buat koleksi je.

Dah siap shopping, kami akhiri hari pertama di Tokyo dengan makan malam daging wagyu A5. Sumpah sedap dan sangat berbaloi. Korang wajib cuba kat sini. Harga pun berpatutan lah.Tapi jangan lupa untuk researve table dulu keh sebelum datang.

Day 7 – Selasa

WaktuDestinasi/Aktiviti
9.00 pagiShibuya Crossing
– Hachikō Memorial Statue
11.30 pagiLunch di Luke Lobster
12.00 t/hariSolat di Parco Mall
1.00 t/hariSinggah di Tokyo Tower
– Bergambar
3.00 petangOdaiba
– Diver City Tokyo Plaza
– Gundam Unicorn Statue
– Gundam Hunting Event
– Statue Of Liberty
– Odaiba Seaside Park
8.00 malamPulang ke Airbnb

Dah sampai Tokyo, tak sah la kalau tak jejak kaki di Shibuya Crossing dan bergambar di tengah-tengah jalan. Kat sini juga ada tugu Hachiko. Tapi disebabkan pergi awal pagi, tak terlalu ramai orang. Nak ramai-ramai lalu sini, datang petang atau waktu Malam. Hari tu tak sempat nak singgah semula, sebab penat dah.

shibuya crossing

Tak cukup bergambar situ, pergi pula ke Tokyo Tower. Cari hidden spot dan dapat bergambar dengan jayanya. Tapi kena beratur juga lah lebih kurang 20 minit. Seterusnya ke Odaiba, tempat lahirnya Digimon dan terletaknya Unicorn Gundam Statue.

Kat sini nak cari Gundam memang banyak lah, tingkat 7 di Gundam Base Tokyo Annex. Dapat sebijik harga 1000 Yen je. Dapat la bawa balik, walaupun bukan collector.

Day 8 – Rabu

WaktuDestinasi/Aktiviti
10.00 pagiAsakusa (Sensoji Temple)
– Shopping souvenir
– Bergambar
1.00 t/hariLunch di Tendon Itsuki Ginza
2.00 petangSolat di Matsuya Ginza
4.15 petangSampai di Kamakura
4.30 petangTry aiskrim Matcha di Kamakura Chacha Komachi
5.00 petangBergambar di hotspot Kamakurakoko-Mae Stn
7.30 petangBook-Off Super Bazar
10.00 malamSampai di Airbnb

Betullah apa yang diberitahu, nak cari souvenir murah ada di Asakusa iaitu sepanjang kedai menghala ke Senso-ji Temple tu. Meskipun murah, biasanya harga keychain atas 500 Yen atau sekitar RM14. Jumpa paling murah pun fridge magnet 3 keping 500 Yen. Tapi masih murah berbanding di tempat-tempat lain. Jadi boleh buat kira-kira sebelum nak beli hadiah untuk kenalan nanti. Datang sini je, semua ada.

Kemudian berhajat nak singgah di Kamakura untuk tengok lokasi anime Slam Dunk. Memang famous tempat ni, tepi laut dengan train Enoden warna hijau. Smart gila. Tapi sayang, sebab start tengah hari, cuaca mendung dan hujan je. Sampai sana pun dah gelap dan hujan. Sempat la ambil gambar sikit-sikit. Kalau cuaca baik, cantik gila sini.

Day 9 – Khamis

WaktuDestinasi/Aktiviti
10.00 pagiCheck-out dari Airbnb Go Animo
10.50 pagiUENO
– Ameyok Street
12.30 t/hariLunch di Aras Kebab
2.30 petangSolat di Masjid As-Salam Okachimaci
3.00 petangLast minute Shopping at Yodobashi Akiba
4.15 petangGeneral Store Railyard
6.00 petangGerak ke Haneda Airport
1.50 pagiDepart from Haneda Airport to Kuala Lumpur

Kelebihan kalau balik naik Air Asia di Haneda Airport, sebab waktu penerbangan adalah pukul 11.50 malam. Jadi anda dapat satu hari lagi untuk berjalan. Hari last pun kami sempat lagi shopping last minute di area UENO. Nak cari seluar, baju, kasut kat sini pun banyak. Katanya ala-ala Petaling Street la.

Waktu ni juga sempat singgah di Yodobashi Akiba untuk cuci mata sekali lagi. Naik tingkat 6, macam-macam barang Anime ada termasuk Nintendo Switch. Untuk perbandingan, Switch dia murah RM100 je dari Malaysia, tapi tak dapat warranty. Better beli kat Malaysia SINI. Tapi barang kamera murah 1-2k juga la.

Trip Memenatkan Tapi Berbaloi

Setiap hari, lebih 20k steps biasanya aku menapak terutamanya bila naik turun train. Kadang tak jumpa pun escalator, kena panjat tangga. Tapi disebabkan cuaca tak panas, jadi selesa la kalau nak berjalan lama. Lagi pula tempat pejalan kaki pun luas, tak perlu risau pun. Memang bandar mesra pejalan kaki pun.

Rasanya kalau sesiapa teruja nak pergi travel luar negara, tapi tak tahu nak pergi mana, aku cadangkan terbang ke Tokyo. Sebuah negara yang selamat, lengkap dengan pengangkutan awam dan sesuai sangat untuk first timer atau nak gerak solo sekali pun.

Now, aku boleh la compare rasanya, mana best antara Jepun dan Korea. Bagi aku personally, aku lebih suka Jepun. Tapi downside dia, mungkin mahal sikit la. Tapi masih berbaloi.

Boleh dapatkan apatkan Full Itinerari dalam bentuk grafik dengan klik pada butang dibawah:

Join Telegram

Join Now