Cara Guna Tmoney Di iPhone (Apple Pay)

By Aiman San

Updated On:

Follow Us
tmoney di iphone

Tahukah anda, sekarang dah boleh masukkan atau add Tmoney di iPhone iaitu menerusi Apple Wallet. Jadi selepas ini urusan anda lebih mudah terutamanya ketika travel ke Korea Selatan.

Jika anda ke Korea, selain daripada beli tiket train secara manual, medium utama untuk naik pengangkutan awam adalah dengan menggunakan kad Tmoney. Sebagai contoh kalau di Malaysia guna Touch n Go dan di Jepun guna Suica Card.

Sebelum ini, anda perlu dapatkan kad fizikal yang boleh dibeli di store seperti Cu Mart dan GS25 dengan harga 3,000 Won, tetapi dengan fungsi terbaru di iPhone ini, anda boleh guna secara percuma sahaja. Yang penting ada Apple Wallet!

Apa Itu Tmoney Dan Kenapa Penting Di Korea?

Jika anda ke Korea terutamanya di kawasan Seoul, Tmoney pastinya menjadi ‘rakan karib’ anda. Memudahkan urusan setiap kali anda ingin bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Tmoney

Tmoney adalah sistem pembayaran tanpa tunai yang digunakan secara meluas di Korea Selatan untuk menaiki pengangkutan awam. Anda boleh gunakan ketika naik train subway dan bas dalam bandar.

Bukan itu sahaja, dengan Tmoney juga anda boleh berbelanja di kedai serbaneka seperti GS25, CU Mart dan 7eleven. Jadi anda boleh topup dan gunakan sebagai medium pembayaran. Tak perlu guna cash dah.

Kini terdapat 2 pilihan untuk anda gunakan Tmoney iaitu sama ada menggunakan kad fizikal atau secara digital menerusi Apple Pay atau Apple Wallet. Sudah pastinya khusus untuk pengguna iPhone sahaja. Nak tahu caranya?

Setakat ini, penggunaan Tmoney secara digital hanya tersedia di iPhone sahaja. Untuk tiada lagi fungsi ini untuk pengguna Android terutamanya di Malaysia. Selain itu, hanya Tmoney sahaja boleh digunakan di iPhone, Climate Card tak boleh.

BACA JUGA : Apa Beza Tmoney Dan Climate Card Yang Digunakan Di Seoul Korea

Cara Tambah atau Add Tmoney Di iPhone

Pada awal pengumuman, penggunaan Tmoney di iPhone ini hanya terhad kepada pengguna tempatan iaitu rakyat Korea sahaja. Tetapi kini semua pelancong termasuk dari Malaysia boleh menggunakannya.

Untuk penggunaan secara digital, pastinya iPhone anda mempunyai NFC dan menyokong pembayaran menggunakan Apple Pay. Jadi hanya iPhone 6 dan yang terbaru sahaja boleh menggunakan NFC dan Apple Pay ini.

Jika anda tergolong dalam model yang mempunyai ciri tersebut. Anda tak boleh terus masukkan secara direct Tmoney ke dalam Apple Store, anda perlu download aplikasi khas terlebih dahulu.

Boleh ikuti langkah dibawah cara untuk add Tmoney di iPhone:

1) Download aplikasi Tmoney Mobile di App Store secara percuma. Kemudian buka apps tersebut dan klik pada ‘browsing

cara add tmoney di iphone 1

2) Kemudian pada halaman utama, klik pada gambar ‘Add to Apple Wallet‘. Seterusnya tik ‘Agree to all‘ dan klik Confirm

cara guna tmoney di iphone

3) Anda akan dibawa kepada aplikasi Apple Wallet secara automatik. Klik butang Next. Tunggu proses adding card dalam beberapa saat. Akhir sekali klik Done.

tmoney di iphone

Kini Tmoney sudah tersedia dalam Apple Wallet anda. Jadi anda boleh mula menggunakannya jika anda ingin menaiki subway train di Korea Selatan.

tmoney di iphone terkini

Sebelum itu, kena la topup dulu Tmoney anda untuk masukkan duit. Tapi…

Topup Tmoney Di iPhone Terhad Untuk Rakyat Korea Sahaja

Jika anda di Jepun, anda boleh menggunakan Suica Card secara digital terus dari iPhone. Bukan itu sahaja, anda boleh semak setiap transaksi termasuk nak topup pun boleh direct dari Apple Wallet.

BACA JUGA : Cara Masukkan Dan Guna Suica Card Di iPhone

Berbeza dengan Tmoney di iPhone dimana anda tidak diberi akses atau tak boleh topup secara terus dari Apple Wallet. Ini kerana, langkah ini hanya terhad untuk kad yang dikeluarkan di Korea sahaja. Jadi rakyat Korea je boleh topup online.

topup online tmoney iphone

Untuk rakyat Malaysia yang ingin gunakan Tmoney di iPhone, anda masih boleh menggunakan seperti biasa, tapi tak boleh topup online. Jadi anda kena topup seperti biasa di mesin recharging di train station atau di convenience store.

Cara Topup Tmoney iPhone Di Mesin Tanpa Kad Korea

Anda boleh pergi ke mana-mana mesin reload Tmoney di mana-mana train station terutamanya di sekitar Seoul. Semua langkah dan caranya sama sahaja.

Buka apps Wallet dan klik pada ‘tiga-titik’ pada bahagian kanan atas. Kemudian pilih Card Details. Seterusnya klik pada ‘Turn On Service Mode’. Sekarang double-click to confirm.

cara topup tmoney iphone

Langkah seterusnya, anda hanya perlu letak iPhone anda pada ruang yang tersedia di mesin recharging. Sekarang anda boleh mula topup atau reload Tmoney anda tersebut seperti biasa. Ikut sahaja arahan yang dipaparkan sehingga selesai.

topup tmoney iphone di mesin

Harap Boleh Digunakan Secara Meluas Pada Masa Akan Datang

Setakat Februari 2026, ciri topup secara online bagi Tmoney di iPhone masih belum boleh digunakan bagi pengguna kad Malaysia atau secara global sekali pun. Hanya terhad untuk kad daripada Korea sahaja.

Aku dah cuba untuk kad Wise, Maybank dan Rhb, semua tak boleh. Selain itu, nak topup daripada apps Tmoney Mobile pun tak boleh. Masih perlu menggunakan kad Korea sahaja.

Jadi untuk anda yang ingin melancong ke Korea dalam masa terdekat, jika anda pengguna iPhone, anda boleh gunakan Tmoney digital ini secara percuma. Cuma tak boleh topup online sahaja. Kalau nak beli kad fizikal pun ok je. Cuma kena keluar duit sahaja.

Mungkin ada antara anda yang berjaya untuk topup online? Boleh share dengan kami di ruangan komen nanti. Jika ada….

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment