Cara Guna Suica Card Di iPhone (Apple Pay)

By Aiman San

Published On:

Follow Us
cara guna suica di iphone

Ramai yang tanya, macam mana nak guna Suica card di iPhone bila di Jepun nanti? Perlu bayar ke? Adakah hanya iPhone sahaja yang menyokong IC Card digital ini, atau mana-mana smartphone Android juga boleh guna?

Kalau di Malaysia, kita ada Touch ‘n Go untuk naik public transport dan di Hong Kong ada Octopus Card. Sama juga bila ada travel ke Jepun. Selain beli tiket di mesin, cara paling mudah untuk naik train atau bas di sana adalah menggunakan IC Card (Suica, ICOCA, PASMO).

Berbeza di Malaysia, disini ada 1 jenis sahaja kad TnG, tapi di Jepun ada banyak jenis mengikut kawasan. Paling popular adalah Suica, ICOCA dan PASMO yang mana ketiga-tiga ini boleh digunakan hampir di seluruh Jepun.

BACA JUGA : Itinerari Lengkap 9 Hari Ke Osaka-Tokyo-Mt Fuji

Paling terkenal semestinya Suica Card yang biasa di gunakan di Tokyo, Osaka, Kamakura, Kyoto, Nara dan lain-lain. Guna suica card bersama Apple Pay. Mudah sahaja.

Sebagai contoh, Kad Suica ini sebenarnya ada sahaja di jual di mesin train atau dimana-mana kombini di Jepun, tetapi sebenarnya anda boleh dapatkan secara digital dan percuma sahaja. Macam mana?

Selain iPhone Boleh Gunakan Di Android?

Setakat ini, IC Card digital hanya menyokong Apple Wallet iaitu bagi pengguna iPhone sahaja. Jadi untuk penggunakan Google Wallet di Android, tiada lagi sokongan untuk mana-mana IC Card baik suica, icoca atau pasmo.

Syarat Guna Suica, ICOCA, PASMO Di iPhone

Sebelum anda dapat guna Suica, anda terlebih dahulu perlu menambah kad tersebut di iPhone. Antara syarat-syarat bagi melayakkan anda menambah IC Card ini adalah :

  • Sudah mempunyai Apple ID
  • IC Card ini hanya menyokong iPhone 8 atau iPhone 8 Plus sehingga yang terbaru
  • IC Card juga menyokong Apple Watch Series 3 sehingga yang terbaru

Cara Tambah Dan Guna Suica, ICOCA atau PASMO Di iPhone

Untuk info, di Apple Wallet hanya 3 jenis IC Card sahaja yang anda boleh tambah iaitu Suica, ICOCA dan PASMO. Daripada ketiga-ketiga kad ini, anda hanya boleh guna 1 sahaja. Sebaikya, pilih dan guna Suica Card.

1) Pada iPhone anda, buka apliaksi Apple Wallet dan tekan pada butang “+” pada bucu kanan skrin

2) Klik pada Travel Card

3) Pilih salah satu kad Jepun iaitu Suica, ICOCA atau PASMO

4) Klik Continue

5) Masukkan jumlah yang anda ingin topup ke dalam kad anda dan tekan “Add”

6) Ikut langkah pada skrin untuk mengesahkan pembelian anda dan menambah kad Suica, PASMO atau ICOCA anda

Semua nilai yang anda topup tersebut boleh digunakan tanpa ada caj tambahan. Jadi ini bermakna, kad tersebut adalah percuma.

Cara Guna Suica, ICOCA atau PASMO Di iPhone

Sekarang dah berjaya tambah Suica pada Apple Wallet. Jadi macam mana cara guna Suica card ini menggunakan iPhone terutamanya ketika menaiki train atau bas di Jepun. Mudah sahaja

  1. Pastikan iPhone anda dihidupkan. Ianya tidak memerlukan sambungan data internet atau wifi
  2. Halakan iPhone anda pengimbas pintu tiket ketika ingin masuk dan keluar daripada stesen
  3. Anda akan lihat “Done” dan tanda semak pada skrin. Selain itu, juga turut kedengaran bunyi bip

Segala transaksi akan dipaparkan dalam Apple Wallet anda. Setiap kali ada buat bayaran, akan ditulis pada kad Suica anda tersebut. Dalam masa yang sama, anda juga boleh lihat baki dalam Apple Wallet tersebut. Jadi mudah untuk anda merancang perbelanjaan perjalanan.

Cara Topup Kad Suica Di iPhone

Ini lah kelebihan yang paling best kalau guna Suica di iPhone. Anda boleh tambahn nilai atau topup kad anda menggunakan Apple Pay sahaja. Pastikan anda sudah hubungkan kad debit atau kad kredit pada Apple Wallet. Paling mudah gunakan sahaja Kad Wise.

BACA JUGA : Daftar Kad Wise DISINI Secara Percuma

  1. Dalam Apple Wallet anda, pilih kad Suica anda
  2. Klik pada butang “Add Money”
  3. Masukkan nilai yang anda ingin topup dan klik “Add”
  4. Pilih kad kredit atau kad debit yang anda ingin gunakan untuk urusan topup tersebut. Bayar seperti biasa

Boleh Juga Digunakan Di Apple Watch

Sebenarnya, selain di iPhone, anda boleh juga menggunakan kad Suica, ICOCA atau PASMO ini di Apple Watch. Hanya perlu sambungkan di aplikasi Watch Apps. Tak perlu guna iPhone, scan sahaja menggunakan Apple Watch. Style kan!

Guna Suica Di iPhone Lebih Mudah

Untuk pengguna Android, usah bersedih walaupun anda tidak boleh menggunakan Suica di Android. Anda masih boleh dapatkan kad fizikal yang dijual dengan harga ¥2000. Nak topup pula boleh pergi ke mesin di setiap stesen train.

Untuk pengguna iOS, jangan lupa tambah Suica, ICOCA atau PASMO di iPhone ketika anda pergi travel ke Jepun. Boleh dapatkan secara percuma. Tak perlu beratur di kaunter untuk topup sebab dah boleh topup online. Nak tengok baki kad pun boleh tengok dalam Apple Wallet. Mudah amat!

Now you know how to add suica on iPhone right?! Do it and go to Japan now!

Info lanjut, boleh layari pautan Apple disini.

Join Telegram

Join Now

2 thoughts on “Cara Guna Suica Card Di iPhone (Apple Pay)”

Leave a Comment