Pasti ramai yang tertanya-tanya macam sebenarnya nak daftar akaun MyNIISe ni. Ada aplikasi atau kena daftar di website. Kalau dah daftar, macam mana pula nak guna bila di KLIA nanti?
Nak travel pada masa terdekat? Jom tengok cara daftar dan cara nak guna MyNIISe bila ada tiba di KLIA T1 atau T2.
Kalau kaki travel, sejak tahun 2025, pasti anda dah tahu selain daripada scan pasport, anda boleh lalu autogate di KLIA dengan hanya scan kod QR di smartphone sahaja iaitu menerusi MyBorderPass.
BACA JUGA : Cara Guna MyBorderPass Di KLIA Untuk Rakyat Malaysia
Kini selepas setahun diperkenalkan, pihak Imigresen ada release satu lagi mekanisma atau cara nak lalu autogate iaitu menerusi MyNIISe. Ya, aplikasi terbaru daripada Jabatan Imigresen Malaysia.
Apa Itu MyNIISe
MyNIISe merupakan aplikasi mudah alih bagi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional yang mempunyai ciri-ciri utama bagi memudahkan dan melancarkan proses kemasukan dan pelepasan imigresen di pintu masuk negara.

Pada awalnya, sistem ini digunakan di sempadan Johor-Singapura iaitu di KSAB dan BSI. Ianya merupakan tempoh percubaan. Tetapi kini digunakan secara meluas termasuk di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.
Sistem MyNIISe akan berfungsi sama seperti MyBorderPass tetapi menggunakan aplikasi yang berlainan.
Setakat April 2026, tiada lagi pengumuman rasmi mana-mana aplikasi akan dibatalkan. Jika di KLIA, masih terdapat 3 jenis autogate iaitu bagi pelancong yang menggunakan MyBorderPass dan MyNIIse serta imbas pasport secara automatik.
Cara Daftar MyNIISe Menggunakan Aplikasi
Aplikasi MyNIISe kini sudah tersedia di 3 platform utama iaitu di Play Store, App Store dan App Gallery. Jadi semua jenis smartphone kini sudah boleh menggunakan aplikasi ini secara percuma.
Selepas anda download aplikasi MyNIISe, anda boleh ikuti langkah penuh dibawah untuk mula daftar akaun :
- Buka aplikasi dan klik pada butang Sign Up
- Akan disenaraikan langkah-langkah yang perlu dibuat. Mulakan dengan klik pada Start Creating Profile
- Pilih Malaysian Citizen dan klik Continue
- Masukkan alamat emel anda yang aktif. Klik Send Code
- Masukkan 4-digit verification code yang dihantar kepada alamat emel anda. Klik Continue
- Langkah seterusnya anda boleh guna pasport atau MyKad. Mula imbas pasport anda pada bahagian muka hadapan. Kemudian akan dipaparkan segala maklumat peribadi anda secara automatik. Disini anda perlu penuhkan info lain yang masih belum tersedia seperti password, no. telefon dan alamat rumah. Jika sudah klik Continue

Selesai untuk daftar akaun. Langkah seterusnya adalah untuk masukkan maklumat pasport anda kedalam sistem MyNIISe.
Daftar Pasport Dalam Aplikasi MyNIISe
Pada halaman utama aplikasi MyNIISe anda, pergi ke bahagian Profile. Kemudian klik pada Update Passport. Kemudian anda perlu imbas sekali lagi pasport anda. Tapi kali ini dengan cara yang berbeza seperti daftar akaun tadi.
Pastikan smartphone anda mempunyai fungsi NFC. Jika sudah ada, ‘on’ kan fungsi tersebut. Kemudian baru mula scan atau imbas pasport.
Tips untuk pengguna iPhone terutamanya, cip NFC terletak pada bersebelahan dengan kamera. Kemudian cip pada pasport pula terletak di logo pada depan pasport tersebut. Jadi letak phone ada pada kawasan yang dicadangkan tersebut. Dalam beberapa saat, ianya akan dimbas secara automatik.

Akan dipaparkan kesemua maklumat pada pasport dalam sistem secara automatik. Tandakan pada ruang ‘I declare that the information…’ dan seterusnya klik Continue.
Kemudian ambil selfie anda. Pastikan anda tidak memakai cermin mata, topi dan sebagainya. Pastikan juga muka anda berada dalam ruang yang disediakan. Ikut arahan sehingga selesai. Jika sudah, klik Continue

Selesai.
Cara Guna Aplikasi MyNIISe di Airport KLIA
Cara penggunaan MyNIISe sama sahaja seperti MyBorderPass. Anda akan diberi kod QR unik dalam tempoh yang ditetapkan untuk digunakan di autogate imigresen di airport. Untuk lebih lengkap, ikuti langkah dan cara guna dibawah :
BACA JUGA : Cara Untuk Daftar MyDigital ID Secara Online Menggunakan Smartphone
- Selepas selesai urusan di kaunter check-in dan drop luggage di KLIA, anda perlu ke pintu imigresen
- Sebelum melepasi autogate, anda perlu login terlebih dahulu aplikasi MyNIISe dengan menggunakan MyDigital ID.
- Kemudian klik pada butang hijau diruang tengah pada halaman utama. Akan dipaparkan Kod QR unik
- Ketika lalu autogate, imbas kod QR tersebut sehingga berjaya
- Selesai

Dengan sistem ini, anda tidak perlu imbas menggunakan pasport seperti sebelum ini. Hanya menggunakan QR Code sahaja. Untuk info, anda tak boleh screenshot kod QR ini. Jadi pastikan handphone anda ada internet ketika melepasi autogate.
Pengalaman Menggunakan Aplikasi MyNIISe di KLIA T1
Aku pernah menggunakan 3 sistem autogate yang diperkenalkan setakat ini iaitu menggunakan pasport fizikal, MyBorderPass dan yang terbaru adalah sistem MyNIISe ini.
Sejak diperkenalkan MyBorderPass tahun 2025, aku memang tak guna pasport fizikal. Jadi selepa selesai urusan di kaunter, aku memang simpan dengan rapi pasport tersebut. Jadi hanya bergantung kepada aplikasi sahaja yang menyediakan QR Code.
Untuk tahun 2026 ketika travel ke Tokyo bagi mencari bunga Sakura, aku pertama kali menggunakan sistem terbaru ini. Untuk pengalaman ini, aku gunakan di KLIA Terminal 1.
BACA JUGA : Itinerari 6H5M Ke Tokyo Masa Musim Sakura
Jika di KLIA T1, sekarang mereka sudah menyediakan 3 jenis autogate. Untuk autogate MyNIISe mereka tandakan dengan lampu hijau. Jadi sebelum melepasi gate tersebut, hanya perlu buka aplikasi dan imbas kod QR yang diberi.

Untuk pengalaman sendiri, tiada masalah yang timbul ketika menggunakan MyNIISe. Akan tetapi aku rasa masa yang diambil untuk scan kod QR dan kemudian scan wajah sedikit lambat berbanding MyBorderPass yang mana lebih laju. Mungkin beza 2-3 saat juga.
Seperti yang diumumkan, sistem ini lebih pantas katanya. Tapi daripada pengalaman sendiri, sedikit lambat berbanding sistem sebelumnya, meskipun ketika itu tak ramai pun menggunakan autogate tersebut.
Jadi mungkin lepas ni pihak imigresen boleh tengok semula. Pastikan ianya lebih laju daripada biasa. Tapi ianya bukanlah masalah besar selagi anda boleh melepasi autogate tersebut.
Untuk semua kaki travel luar negara, dah pernah cuba MyNIISe ni?














1 thought on “Cara Daftar Dan Guna MyNIISe Di KLIA Untuk Travel Ke Luar Negara”