Itinerari Ke Tokyo, Jepun Untuk 6H5M – Trip Musim Sakura

By Aiman San

Published On:

Follow Us
itinerari ke tokyo - musim sakura

Sebelum ni dah kongsi itinerari ke Fukuoka, Sapporo dan Osaka. Jadi kali ini aku nak share itinerari ke Tokyo pula. Paling best trip kali ini jatuh pada musim bunga dengan tujuan untuk mencari Bunga Sakura.

Meskipun aku sudah sampai ke Tokyo sebelum ini dalam siri jelajah Osaka-Tokyo, tapi trip tahun 2026 kali ini sedikit berbeza. Tujuan utama kali ini untuk mencari Cherry Blossom yang mana terkenal sebagai bunga Sakura di Jepun.

BACA JUGA : Itinerari Ke Osaka-Mt Fuji-Tokyo Selama 9 Hari Dengan Kos Kurang RM5000

Trip kali ni aku pergi selama 6 hari 5 malam bersama 2 rakan yang lain – jadi 3 orang semuanya pada 2 – 9 April 2026. Tempoh perjalanan adalah termasuk penerbangan pergi dan pulang. Tapi berada di Jepun hanya selama 6 hari sahaja.

Mood percutian adalah secara DIY dan diuruskan sepenuhnya sendiri dari awal hingga akhir dari tempahan tiket flight, booking penginapan, rangka perjalanan serta kos perbelanjaan. Dalam itinerari ke Tokyo ini juga menyenaraikan tempat menarik yang ada di metropolitan Tokyo ini.

Tips Mencari Sakura Di Jepun

Sebelum aku kongsikan penuh itinerari ke Tokyo, aku nak share sikit tips untuk anda yang selepas ini berhajat untuk mencari bunga Sakura di Jepun atau di Tokyo khususnya.

Anda kena tahu, bila tibanya full bloom atau bunga Sakura kembang mekar sepenuhnya, ianya hanya bertahan sekitar 7 hari sahaja. Lepas tempoh tersebut, kelopak bunga akan mula gugur dan diganti dengan daun hijau pula.

Jadi anda perlu datang ke Jepun dalam tempoh waktu yang tepat ketika bunga Sakura sudah mekar.

Sebelum aku ambil keputusan untuk beli tiket kapal terbang, aku ada tengok tarikh dan waktu bunga Sakura mekar pada tahun sebelumnya, 2025. Ketika itu, pertengahan April adalah waktu puncak untuk Cherry Blossom kembang mekar terutamanya di Tokyo.

Akan tetapi, forecast yang dikeluarkan oleh pihak Jepun pada tahun 2026 sedikit berbeza. Ianya menunjukkan akhir Mac hingga awal April adalah waktu bunga Sakura mekar penuh untuk kawasan Tokyo.

forecast sakura jepun 2026

Disebabkan itu, aku ambil keputusan untuk ikut ramalan yang dibuat. Jadi aku ambil keputusan untuk travel ke Jepun pada awal April iaitu merupakan minggu dimana Bunga Sakura sedang mekar indah.

Ternyata keputusan tersebut tepat. Aku sampai je, bunga Sakura jenis Somei Yoshino yang mempunyai warna putih-pink samar sedang mekar dengan cantiknya di banyak lokasi.

Jadi lepas ni, sekiranya anda bercadang untuk pergi trip ke Jepun untuk cari bunga Sakura, adalah lebih baik follow forecast yang dikeluarkan oleh pihak Jepun sendiri berbanding ikuti tarikh tahun sebelumnya.

Kos Perbelanjaan Sepanjang Trip Di Tokyo

Untuk info, ramai yang maklumkan kos perbelanjaan di Jepun ketika musim Sakura adalah lebih mahal berbanding pada musim-musim yang lain. Waktu ini juga merupakan peak season terutamanya di Tokyo.

Ya, kos pada waktu ini sedikit mahal berbanding pada musim yang lain terutamanya untuk penginapan. Selain daripada itu, rasanya harga sama sahaja. Even harga tiket flight pun aku dapat murah dari kebiasaan.

1) Kos Penerbangan

Kali ini aku naik satu lagi penerbangan jenis Full-Service Carrier (FSC) iaitu Philippine Airlines. Sebelum ini aku pernah naik Vietnam Airlines ketika pergi ke Fukuoka. Jika pada waktu itu ada transit di Hanoi, kali ini juga ada transit, tapi di Manila, Filipina.

philippine airlines

BACA JUGA : Pengalaman Naik Vietnam Airlines Dan Transit Di Hanoi

Untuk aku harga tiket, aku dapat RM1298 return lengkap dengan makanan dan 30-kg bagasi dengan pembelian melalui Trip.com. Cumanya aku add-on dan beli seat dengan harga 1,000 Yen (RM25). Jadi total tiket flight adalah berjumlah RM1323 seorang.

2) Kos Penginapan

Untuk mengelakkan harga mahal melibatkan penginapan, aku buat keputusan untuk menginap keluar sedikit daripada center Tokyo. Selepas buat pencarian, dapat di daerah Kita iaitu untuk jenis rumah apartment Airbnb.

airbnb tokyo
airbnb kita city

Tempahan dibuat menerusi aplikasi Airbnb dengan harga RM2,334 bagi tempoh 6 hari 5 malam. Pembayaran dibuat terus di Malaysia. Tiada bayaran tambahan yang perlu dibuat ketika sampai untuk check-in di sana.

Dengan harga tersebut, kami kongsi untuk 3 orang, jadi RM778 seorang untuk penginapan selama di Tokyo.

3) Kos Pengangkutan

Trip di DIY ke Jepun, pastinya pengangkutan awam menjadi mod utama untuk bergerak. Selain daripada jalan kaki, tren dan bas menjadi pengangkutan utama selama aku berada di Tokyo.

Pada awalnya, aku bercadang untuk menggunakan Tokyo Subway Pass, tapi disebabkan tempat tinggal aku dekat dengan JR Line yang mana tidak menerima pass tersebut, aku batalkan hasrat tersebut.

Disebabkan itu, aku hanya menggunakan Suica Card sahaja sepanjang berada di Tokyo. Perbelanjaan sepenuhnya menggunakan IC Card adalah sebanyak 6,257 Yen atau sekitar RM155 seorang.

train tokyo

Selain itu, kos perjalanan pergi dan balik Airport Narita adalah dengan menaiki Low-Cost Bus (LCB) iaitu 3,000 Yen (~RM75) untuk tiket return. Untuk day-trip ke Mt. Fuji beli tiket return highway bus dengan harga 4,400 Yen atau sekitar RM110.

Jadi jumlah keseluruhan untuk kos pengangkutan adalah sebanyak RM340 seorang.

4) Kos Makanan

Daripada 6 hari berada di Tokyo, aku hanya makan di luar atau di restoren sebanyak 3 kali sahaja. Berikut merupakan harga bagi setiap menu :

  • Gyumon Halal Wagyu Ramen Shibuya – 2,560 Yen + 330 Yen = 2,890 Yen (RM72)
  • Kebab Sandwich di Doner Kebab – 600 Yen (RM15)
  • Kebab Rice di Aras Kebab – 900 Yen (RM23)
halal gyumon shibuya
aras kebab

Selebihnya untuk makan pagi, tengah hari dan malam, aku beli di kombini sahaja seperti di 7eleven, family mart, lawson dan sebagainya. Perbelanjaan keseluruhan di kombini termasuk dimana-mana kedai kopi untuk makan dan minum adalah sekitar 4,218 Yen atau sekitar RM105.

makan kombini jepun

Jadi jumlah keseluruhan untuk kos makanan adalah sebanyak RM215 seorang.

5) Kos Aktiviti

Hanya ada 2 aktiviti sahaja yang perlu bayaran sepanjang trip ini. Anda perlukan tiket masuk untuk ke Shinjuku Gyeon National Garden iaitu sebanyak 500 Yen (~RM13). Selain itu, ada juga sewa basikal di Kawaguchiko dengan harga 2,000 Yen (RM50).

tiket shinjuku gyeon
basikal mt fuji

Jadi jumlah keseluruhan untuk kos aktiviti hanya RM63 seorang.

6) Kos Lain-Lain

Untuk kos sampingan yang lain hanya melibatkan simpanan bagasi, insurans perjalanan beserta kos roaming :

  • Simpanan Bagasi (Ecbo Cloak) untuk 2 kali penyimpanan = 1,600 Yen (RM40)
  • Takaful Etiqa360 = RM45 (Gold)
  • Roaming U Mobile (2gb/hari untuk 7 hari) = RM60

Jumlah keseluruhan adalah RM145 seorang.

7) Jumlah Keseluruhan

Jadi untuk jumlah keseluruhan kos perbelanjaan melibatkan tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, makanan beserta kos sampingan lain adalah sebanyak RM2,864 seorang.

Total kos ini tidak termasuk duit shopping dan perbelanjaan ketika transit di Manila.

Itinerari Ke Tokyo, Jepun Untuk Trip Musim Sakura

Bagi itinerari ke Tokyo kali ini, aku akan masukkan juga tempoh ketika transit di Manila dengan menaiki Philippine Airlines. Untuk trip kali ini, aku kena transit selama 10 jam masa penerbangan pergi dan 5 jam untuk penerbangan pulang. Juga disenaraikan tempat menarik di Tokyo sebagai rujukan.

Untuk penerbangan pergi berlepas dari KLIA T1 pada 2 April dan tiba di Narita Airport pada 3 April. Manakala untuk penerbangan pulang, aku berlepas dari Narita Airport pada 8 April dan tiba di KLIA T1 pada 9 April 2026. Dalam tempoh tersebut aku transit di Ninoy Aquino International Airport (NAIA) Terminal 1.

Aku mulakan Day 1 adalah setibanya di Jepun iaitu di Narita Airport pada 3 April (Jumaat). Manakala hari terakhir iaitu Day 6 adalah pada 8 April (Rabu).

2 April 2026 (Khamis)

WaktuAktiviti
12.00 pmBerlepas dari KLIA T1
4.30 pmTiba di NAIA T1
5.45 pmSolat di Masjid Abdullah
6.30 pmMengopi di Zus Coffee di Aseana City
9.30 pmPulang ke NAIA T1

Untuk hari perlepasan,flight Philippine Airlines adalah terletak di KLIA Terminal 1 dan akan tiba di Ninoy Aquino International Airport (NAIA) Terminal 1. Perjalanan ambil masa dalam 4 jam sahaja.

boarding pass kl manila tokyo

Sejurus tiba di NAIA, aku tak pergi ke bahagian transit, sebaliknya terus melalui imigresen. Sebab transit 10 jam, jadi aku nak keluar daripada airport. Bagasi atau luggage dah ditetapkan akan ambil masa di Jepun nanti.

manila airport

Disebabkan aku nak masuk Filipina, wajib untuk daftar eTravel. Boleh buat terus dari Malaysia 72 jam sebelum penerbangan atau buat di airport. Sebab banyak kerja, adalah siap-siap buat di Malaysia.

BACA JUGA : Cara Daftar Dan Isi eTravel Untuk Masuk Ke Filipina

Daripada airport, destinasi pertama adalah Masjid Abdullah untuk solat. Sebab risau keadaan trafik, aku decide pergi ke tempat yang dekat-dekat sahaja. Kalau nak masjid besar, boleh pergi ke Quiapo.

masjid manila

BACA JUGA : Itinerari Ke Manila Dan Melawat Masjid Utama Di Quiapo

Lepas solat, barulah pergi lepak mengopi di Zus Coffee. Ya, sudah ada cawangan di Manila. Lepas untuk habiskan masa sementara untuk kembali ke airport untuk penerbangan seterusnya pada jam 2.00 pagi.

zus manila

Day 1 – 3 April 2026 (Jumaat)

WaktuAktiviti
2.00 amBerlepas dari NAIA T1
7.00 amTiba di Narita Airport T2
12.00 pmTiba di Tokyo Station
2.00 pmLite shopping di Shinjuku
3.30 pmChidorigafuchi National Cemetery 🌸
6.30 pmLCD Cat & Godzilla Head di Kabukicho
8.30 pmCheck-in Airbnb

Aku tiba di Narita Airport Terminal 2. Tapi aku terpaksa pergi ke Terminal 3 untuk witdraw cash di mesin AEON ATM, sebab takda caj. Boleh jalan kaki je. Dari situ juga, aku ambil Low-Cost Bus terus ke Tokyo Station. Tiket hanya boleh beli di kaunter sahaja. Jadual tiket dan info lain, boleh rujuk https://tyo-nrt.com/en.

Selepas 1 jam 8 minit perjalanan, bas akan berhenti di Tokyo Station. Singgah sekejab untuk bergambar di hadapan bangunan utama stesyen ini. Salah satu seni bina bangunan ikonik yang masih kekal di Tokyo. Kat stesyen sini ada prayer room.

itinerari ke tokyo station

Dah selesai disini, terus ke Shinjuku untuk shopping. Pada awalnya nak cari kasut On Cloud, tapi tak jadi pula, sebab design yang aku nak, takda plak. Jadi window shopping dan ada beli diecast sahaja di Kenbox (recommended).

kenbox

p/s: kalau tak jumpa nak simpan luggage di coin locker, boleh gunakan aplikasi Ecbo Cloak. Harga 800 yen per bag dan boleh disimpan di kedai yang ditetapkan.

Kemudian barulah pergi ke hotspot Sakura yang pertama iaitu di Chidorigafuchi National Cemetery. Lokasi berdekatan dengan Imperial Palace National. Petang tu cuaca cantik dan bunga Sakura pun banyak lagi.

chidorigafuchi tokyo
chidorigafuchi

Pokok Sakura tersusun disepanjang jalan tepi tasik. Jadi disini, anda dapat view Sakura bersama tasik. Pada itu juga, banyak bot dan sampan kat sini. Cumanya harga 10,000 Yen juga tu. Mahal naw.

Kat sini semua cantik, cumanya menjadi antara tempat paling sesak, sebab kawasan dia tak luas dan trafik sehala. Jadi anda tak boleh nak patah balik. Disini juga tak sesuai untuk “Hanami” atau piknik sebab dia bukan taman. Antara tempat paling cantik tengok Sakura.

Selepas selesai disini, terus kembali ke Shinjuku dan nikmati pemandangan malam di Kabukicho. Disini ada 2 benda wajib singgah iaitu tengok LCD gergasi video kucing dan juga kepala Godzilla. Tak jauh daripada Shinjuku Station.

godzilla shinjuku

Dah selesai pickup bagasi semula, terus ke Kita City untuk check-in Airbnb dan selesai untuk hari pertama.

Day 2 – 4 April 2026 (Sabtu)

WaktuAktiviti
8.00 amUENO Park 🌸
9.45 amTokyo Tower
11.30 amShiba Park
12.00 pmZojo-ji Temple
2.00 pmWindow shopping di Ginza Street
– Onitsuka Tiger
– Uniqlo
– GU
– On Cloud
5.30 pmSumida River Park 🌸
7.00 pmAsakusa @night
9.00 pmPulang ke Airbnb

Untuk hari kedua, pada awal pagi lagi, aku terus ke hotspot Sakura yang kedua iaitu di UENO Park. Sampai sekitar jam 8.00 pagi memang tak ramai orang pun. Ditambah pula kawasan luas, jadi bebas untuk bergambar dimana-mana tanpa kesesakan manusia.

ueno park sakura
tasik ueno park

Disini sesuai untuk berpiknik sambil tengok bunga Sakura. Ada banyak kawasan yang disediakan canvas untuk ber “hanami” kalau anda lupa nak bawa tikar. Cumanya tasik kat sini macam buruk pula. Mungkin sebab bunga teratai habis layu semuanya.

Selesai disini, terus pergi ke Tokyo Tower. Disini aku pergi ke beberapa hotspot untuk bergambar. Cumanya sampai je kat sini, hujan mula turun. Jadi segala itinerari ke Jepun ketika itu ada sedikit perubahan. Tapi sempat la singgah untuk bergambar, tapi dalam hujan.

Untuk info, di ground floor Tokyo Tower, ada 2 restoren halal. Jadi anda boleh makan disini dan juga solat.

Seterusnya ke Ginza Street. Sebab hujan diluar, aku ambil keputusan untuk shopping kejab di Uniqlo dan GU dan seterusnya lepak di Uniqlo Cafe sampai hujan reda.

uniqlo cafe
jalan ginza street

Untuk yang nak solat, boleh pergi ke Matsuya Ginza di tingkat 8. Ada surau disediakan beserta tempat ambil wuduk. Tapi campur laki dan wanita. Jadi kena bergilir-gilir. Dah setel sini, terus ke Asakusa.

Sebab tengok hujan dan reda, boleh ke hotspot ketiga bunga Sakura iaitu di Sumida River, berhadapan dengan view Tokyo Skytree. Disini sama seperti Chidorigafuchi, cumanya ianya sungai dan bukan tasik.

Bunga Sakura jenis Somei Yoshino berwarna putih dan pink samar masih banyak, tapi sudah mula keguguran. Disini rata-rata yang datang untuk bergambar bersama view Tokyo Skytree. Cantik tapi sebab baru lepas hujan, jadi jalan agak berlecak.

tokyo skytree sakura

Kemudian singgah sekejab di Sensoji Temple untuk nikmati vibe waktu malam. Pukul 6 petang semua kedai di Nakamise Shopping Street dah tutup. Tak sempat pun nak shopping. Datang bergambar sahaja.

sensoji temple

Seterusnya barulah pulang semula ke Airbnb dalam keadaan hujan.

Day 3 – 5 April 2026 (Ahad)

WaktuAktiviti
7.00 amYoyogi Park 🌸
9.30 amShinjuku Gyeon 🌸
12.00 pmTokyo Flea Market
3.00 pmDecks Seaside Mall di Odaiba
5.00 pmFountain Show
5.15 pmMini Statue Liberty di Shiokaze Park
7.00 pmUnicorn Gundam Show di Diver City Plaza
8.00 pmDinner di Gyumon Halal Wagyu Ramen
9.30 pmShibuya Crossing
11.00 pmPulang ke Airbnb

Hari ketiga, alhamdulillah daripada forecast, cuaca cerah dan tidak hujan. Jadi aku buat keputusan untuk sarung Baju Melayu untuk ke hotspot Sakura seterusnya. Sebab masih bulan Syawal dan Hari Raya kan hehe

Sebelum ke tunggu Shinjuku Gyeon buka, aku decide untuk pergi ke Yoyogi Park terlebih dahulu. Menjadi hotspot Sakura yang keempat. Hari cuti, jam masih awal, tapi ramai local turun untuk jogging. Kteorang je yang datang nak layan Sakura agaknya.

Disini pokok Sakura dah tak banyak, tapi masih ada sekelompok pokok dan sesuai untuk “hanami”. Boleh la lepak sekejab sambil breakfast. Taman ni luas, cumanya pokok Sakura je dah tak banyak ketika itu.

Seterusnya barulah ke Shinjuku Gyeon National Garden. Jalan kaki 10 minit dari Shinjuku Station. Nak masuk sini kena bayar 500 yen seorang. Boleh bayar guna Suica Card sahaja. Pastikan balance cukup.

shinjuku gyeon tokyo

Untuk kami, disinilah peak Sakura dan paling cantik view yang dapat sepanjang Sakura Hunting di Tokyo. Dengan taman yang luas, sebenarnya banyak jenis bunga Sakura ada dalam ni. Tapi tak sempat nak explore sangat. Sebab besar.

Datang sini memang nak ambil gambar dengan bunga Sakura. Kemudian nak piknik atau ‘Hanami’ dibawah pokok Sakura. Nasib baik datang awal pagi dan orang tidaklah terlalu ramai. Masih terkawal dan senang untuk bergambar.

Seterusnya ke port ‘menyelam’ iaitu di Tokyo City Flea Market. Cakap awal, kalau betul nak cari barang pre-loved inilah tempatnya dan datang dari pukul 9 pagi hingga 2.30 petang masa waktu tutup. Baru puas hati. Sebab tempat besar dan sangat banyak pilihan. Flea Market hanya beroperasi pada Sabtu dan Ahad sahaja.

Disini anda boleh dapat barangan seperti bag tangan, purse, jam vintage, cincin, rantai, pakaian seperti baju, seluar, hoddies, barangan antik, vintage dan banyak lagi. Untuk harga, sangat berpatutan. Tapi rasanya kasut juga kurang kat sini. Jumpa satu penjual sahaja.

Dah selesai ‘menyelam’, terus ke destinasi seterusnya di Odaiba. Datang sini tujuan utama memang nak tengok tugu Unicorn Gundam je lah. Tapi kat sini best, sebab tepi laut, jadi dapat angin.

odaiba

Selain Gundam, boleh layan mini Statue Liberty, ada fountain show dan kemudian nikmati keindahan malam dengan view jambatan berwarna-warni. Nak cari Gundam pun boleh pergi ke Diver City Plaza, ada Gundam Hub disini.

gundam odaiba

Perut dah lapar, kita dinner di Gyumon Wagyu Halal Ramen cawangan Shibuya. Gyumon Ramen menjadi makanan paling sedap aku pernah rasa. Setakat ini, setiap kali aku datang Jepun, mesti akan singgah makan disini.

Tapi cawangan ni kalau malam sikit, memang kena beratur lah. Selain di Shibuya, anda boleh pergi ke cawangan Asakusa.

halal gyumon ramen

Selesai makan, singgah pula di Shibuya Crossing. Sini memang port wajib kalau anda pertama kali datang ke Tokyo. Bolah rasa-rasa bergambar disini. Dalam tempoh 60 saat, bergambar la ditengah-tengah crossing tersebut bila lampu hijau untuk pejalan kaki. Tiada siapa halang.

shibuya crossing

Kat sini juga, anda boleh bergambar dengan patung Hachiko. Seekor anjing setia yang menunggu tuannya sehingga dia mati.

Dah selesai disini, baru lah pulang ke Airbnb

Day 4 – 6 April 2026 (Isnin)

WaktuAktiviti
9.30 amBergerak ke Kawaguchiko (Mt. Fuji)
11.15 amTiba di Kawaguchiko Station
11.30 amSpot hunting : 🌸
– Lawson
– Railway
– Kawaguchiko Stn.
– Arakurayama Sengen Park
– Fujiyoshida Street
3.30 pmFuji-Kawaguchiko Masjid
4.00 pmBerbasikal mengelilingi Lake Kawaguchiko
5.30 pmPulang ke Tokyo
8.00 pmMeguro River 🌸
9.30 pmPulang ke Airbnb

Aku ada 2 pilihan untuk day-trip Mt. Fuji sama ada Isnin atau Selasa. Taknak la datang jauh-jauh, gunung Fuji terlindung kan. Jadi caranya aku rujuk forecast daripada https://fuji-san.info/. Daripada keputusan tersebut, hari Isnin menunjukkan index visibility adalah 10/10. Jadi aku pergi hari Isnin.

Cara terbaik untuk gerak dari Tokyo adalah menggunakan highway bus, jadi aku buat tempahan secara online menerusi laman web https://highway-buses.jp/. Perjalanan ambil masa tak sampai 2 jam pun dari Shinjuku Expressway Bus Terminal di Kawaguchiko Station.

Disini tujuan utama memang nak bergambar dengan Mt. Fuji sahaja. Jadi misinya adalah bergambar di hotspot yang berlatarbelakangkan Gunung Fuji tersebut. Antara tempat yang sempat aku singgah adalah :

  1. Kawaguchiko Station/Railway
  2. Lawson
  3. Arakurayama Sengen Park
  4. Fujiyoshida Stret
  5. Rooftop
  6. Lake Kawaguchiko

Selepas solat di Kawaguchiko Masjid, aku terus booking untuk berbasikal sekitar Lake Kawaguchiko. Dengan harga 2,000 Yen untuk ebike, banyak spot cantik yang aku sempat singgah. Ini antara aktiviti wajib anda kena cuba bila datang ke Kawaguchiko – berbasikal.

lake kawaguchiko

BACA JUGA : Bermalam 3h2m Di Kawaguchiko (Mt. Fuji) Dan Pusing Sehingga Ke Lake Yamanakako

Sekitar jam 5.30 petang, naik bas dan pulang semula ke Tokyo. Tapi sebab masih awal sampai di Tokyo, aku decide untuk ke hotspot Sakura yang kelima iaitu di Meguro River iaitu pada waktu malam.

Pada awalnya, kawasan ini diadakan festival Sakura, jadi pada waktu malam khususnya diletakkan lampu bagi menerangi pokok Sakura. Tapi waktu aku sampai festival tu dah tamat, jadi dah tak banyak lampu. Tambahan pula, bunga Sakura dah banyak gugur.

meguro river

Day 5 – 7 April 2026 (Selasa)

WaktuAktiviti
8.00 amAsukayama Park 🌸
11.00 amShopping di Cat Street Harajuku
– Onitsuka Tiger
– On Cloud
– Adidas Store
1.00 pmShopping di Ginza Street
3.30 pmNakamise Shopping Street
8.00 pmWindow Shopping di Akihabara
9.30 pmPulang ke Airbnb

Pada awalnya aku decide hari Sabtu merupakan hari shopping, tapi disebabkan hujan, jadi aku tukar kepada hari Selasa iaitu sehari sebelum pulang ke Malaysia. Tapi sebelum nak tunggu kedai buka pada pukul 11.00 pagi, kita singgah dulu di taman terdekat untuk layan bunga Sakura lagi.

Hotspot Sakura terakhir iaitu yang keenam ialah di Asukayama Park. Lokasi tak jauh dari tempat penginapan kami iaitu sekitar 10 minit berjalan kaki. Disini masih ada pokok Sakura yang mekar.

Awalnya memang nak layan bunga Sakura, tapi nampaknya ada perancangan yang lebih baik. Disini kami dapat Sakura Blizzard. Boleh tengok kelopak Sakura gugur dan ditiup angin. Cantik sangat. Macam tahu je ini lokasi terakhir kami.

Selesai disini, barulah kami mulakan misi shopping. Destinasi pertama adalah di Harajuku Cat Street. Singgah di Onitsuka Tiger, On Store dan Adidas Store. Banyak butik berjenama disini. Rambang mata. Kemudian singgah sekejab di Ginza Street juga.

on store cat street
onitsuka tiger

Waktu petang terus ke Asakusa untuk shopping souvenir di Nakamise Shopping Street. Mana nak cari cenderamata seperti keychain, fridge magnet, tote bag, snack halal dan macam-macam lagi, wajib datang sini.

Nakamise Shopping Street

Destinasi terakhir sebelum pulang ke Airbnb adalah ke Yodabashi Akiba dan Akihabara. Syurga anime dan barang-barang gadjet. Datang sini nak cari Gundam sambil nikmati view neon bercahaya di setiap bangunan.

akihabara

Day 6 – 8 April 2026 (Rabu)

WaktuAktiviti
10.00 amCheck-out Airbnb
10.30 amUeno Ameyoko Shopping Street
12.00 pmLunch di Aras Kebab
3.30 pmBergerak ke airport
9.00 pmBerlepas dari Narita Airport T2

Hari terakhir check-out Airbnb ikut waktu yang ditetapkan. Lambat sikit lah. Sementara menunggu waktu penerbangan pulang pada belah malam, aku decide untuk habis kan masa di Ueno iaitu di Ameyoko Shopping Street sahaja yang juga menjadi destinasi terakhir dalam itinerari ke Tokyo kali ini.

Kat sini pun anda boleh shopping sebenarnya. Nak cari kasut branded, baju, seluar, luggage, souvenir semua boleh datang sini. Shopping mall ada, makanan halal banyak dan tempat solat pun ada. Jadi memang sesuai sebenarnya kalau anda nak habiskan masa sebelum bergerak ke airport.

Sekitar jam 3.30 petang barulah kami ambil bas (Low-Cost Bus) untuk ke Narita Airport. Anda boleh naik di Tokyo Station – beli tiket di kaunter atau boleh sahaja guna Suica Card dengan bayaran 1,500 yen seorang.

Kalau anda naik Philippine Airlines, anda pergi ke Narita Airport Terminal 2 dan check-in serta drop luggage di kaunter B. Tepat jam 9.00 malam, terus berlepas ke Manila untuk transit sebelum terbang semula ke Kuala Lumpur.

9 April 2026 (Khamis)

WaktuAktiviti
2.00 amTiba di NAIA T1
6.00 amBerlepas dari NAIA T1
11.00 amTiba di KLIA T1

Kalau masa datang, kena transit 10 jam. Tapi untuk waktu pulang, transit hanya 5 jam sahaja. Jadi jangan lupa bawa makanan ringan sikit untuk isi perut seperti roti, megi dan sebagainya. Memang tak keluar airport dah kali ini. Sebab sampai tengah malam kan.

Tepat jam 6.00 pagi, dengan menaiki Philippine Airlines juga, berlepas ke Kuala Lumpur untuk penerbangan 4 jam lagi. Sampai di KLIA T1 sekitar pukul 11.00 pagi.

Selesai…

Lengkap Sudah 4 Musim Aku Ke Jepun

Trip musim Sakura kali ini sebenarnya merupakan pelengkap 4 musim selama aku travel ke Jepun. Kini akau dah merasai sepenuhnya musim panas (summer), musim luruh (autumn), musim sejuk (winter – snow) dan musim bunga (spring – sakura) di negera matahari terbit.

Bermula di musim sejuk atau winter, aku pergi ke Sapporo pada tahun 2025 dan ianya merupakan kali pertama aku merasai dan lihat sendiri salji. Ketika itu merupakan trip secara solo aku kali pertama ke negara Jepun.

Pada tahun yang sama, aku pergi Ke Tokyo untuk trip musim panas iaitu sekitar bulan Julai. Ketika itu barulah aku tahu, panas nya Jepun ketika summer. Nasib baik banyak aktiviti ketika itu secara indoor. Juga bergerak secara solo.

Tidak cukup dengan itu, awal Disember 2025 sekali lagi aku datang ke Jepun dan kali ini untuk merasai dan nikmati daun-daun kuning iaitu pada musim luruh. Kali ini pergi ke Selatan Jepun iaitu di Fukuoka.

Melihat pokok maple dan ginkgo ini bukanlah pertama kali. Aku pernah merasai peak autumn pertama kali iaitu di Seoul sekitar tahun 2023. Tapi di Jepun sudah pastinya ini kali pertama.

Akhirnya pada tahun 2026, musim jejak 4 musim di Tokyo terlaksana apabila selesai trip musim Sakura kali ini. Waktu inilah, barulah aku dapat tengok sendiri bagaimana keindahan bunga Sakura.

JAPAN

Bagi aku setiap musim memberikan pengalaman yang tersendiri. Semua musim best kecuali musim panas. Jangan datang pada waktu ini. Nak view cantik datang musim Sakura dan musim luruh. Nak salji, sudah tentunya pada musim sejuk.

Misi jelajar 4 musim sudah selesai. Jadi apa lagi sebab untuk aku repeat ke Jepun lepas ini?

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Itinerari Ke Tokyo, Jepun Untuk 6H5M – Trip Musim Sakura”

Leave a Comment