Cukup Ke Travel Tokyo-Osaka Untuk 10 Hari Sahaja?

By Aiman San

Published On:

Follow Us
travel tokyo-osaka untuk 10 hari

Pasti ramai tertanya-tanya cukup ke travel Tokyo-Osaka untuk 10 hari sahaja? Persoalan ini aku tengok ramai juga yang timbulkan di laman media sosial terutamanya yang pertama kali ingin ke Jepun.

Pertanyaan ini sebenarnya biasa je kerana ramai yang buat travel 2 destinasi tersebut dalam satu tempoh percutian. Jadi mereka boleh nikmati antara 2 bandar utama di Jepun iaitu Tokyo dan Osaka serentak.

Cuma persoalannya, cukup ke travel Tokyo-Osaka untuk tempoh 10 hari sahaja? Adakah ianya terlalu cepat atau terlalu lama atau sebenarnya tempoh tersebut sudah cukup dan memadai?

Travel Tokyo-Osaka Untuk 10 Hari. Cukup Ke?

Persoalan ini aku boleh jawab berdasarkan pengalaman sendiri. Yes, aku pernah travel Tokyo-Osaka sebelum ini dalam tempoh yang sama. Tapi ketika itu aku tambah 2 lagi iaitu ke area Kawaguchiko untuk trip Mt. Fuji dan Kyoto.

itinerari ke tokyo station travel tokyo-osaka

Trip tersebut aku buat Tokyo-Osaka-Kyoto-Mt. Fuji untuk 9 hari. Tapi aku dapat memang full day 9 hari dan 9 malam. Cara ini anda boleh buat jika naik Air Asia turun di Osaka (Kansai Airport) dan pulang ikut Tokyo (Haneda Airport).

Jika anda menggunakan Air Asia X, anda akan tiba di Kansai Airport pukul 9.45 pagi. Sejurus tiba di airport, boleh teruskan perjalanan di Osaka. Seterusnya kalau pulang dari Haneda Airport ke Kuala Lumpur, penerbangan anda adalah pada pukul 11.50 malam.

Trip tersebut bermula di Osaka, kemudian ke Kyoto/Nara, bermalam di Mt. Fuji dan akhirnya di Tokyo. Dalam tempoh tersebut, 3 malam di Osaka, 1 malam di Mt. Fuji dan 4 malam di Tokyo (pulang ke KL pada waktu malam). Cukup untuk 9 hari.

BACA JUGA : Itinerari Ke Tokyo-Osaka-Mt Fuji Untuk 9 Hari Dengan Kos Kurang RM5k

Personally kalau tanya berdasarkan pengalaman, 9 hari just nice untuk travel Tokyo-Osaka termasuk untuk bermalam di Mt. Fuji.

Tapi kalau dapat 10 hari lagi bagus dan ianya cukup. Anda boleh buat 4 malam di Osaka-Kyoto. Kemudian semalaman di Mt. Fuji dan akhir sekali 4 malam juga di Tokyo. Kalau naik Air Asia pula, boleh dapat 10 hari 10 malam.

Dengan tempoh tersebut, dalam boleh pergi 2-3 tempat dalam sehari. Kemudian masukkan juga dalam itinerari untuk waktu shopping. Biasanya ambil sehar atau separuh hari. Biasanya shopping lebih menarik di Tokyo.

Jadi untuk anda yang masih bingung dan bertanyakan cukup ke travel Tokyo-Osaka untuk 10 hari. Jawapannya cukup. Tak perlu lama-lama pun. Jika lebih lama, kos perbelanjaan juga akan lebih mahal.

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment