Sempat Ke Naik Vietnam Airlines Transit Di Hanoi 1 Jam Masa Pergi Korea Atau Jepun

By Aiman San

Published On:

Follow Us
transit di hanoi naik vietnam arlines

“Bulan depan pertama kali akan naik Vietnam Airlines untuk ke Korea, tapi akan ada transit di Hanoi untuk tempoh 1 jam. Sempat ke untuk kejar next flight dengan tempoh yang diberikan tersebut?”

Ini persoalan biasa yang timbul jika anda pertama kali naik flight Vietnam Airlines untuk ke negara Asia lain. Kebiasaanya orang Malaysia naik VA dalah untuk ke Korea, Jepun atau ke negara China.

BACA JUGA : Pengalaman Naik Vietnam Airlines Ke Jepun Dan Transit Di Hanoi

Untuk pengetahuan, untuk ke negara-negara tersebut, jika anda menaiki Vietnam Airlines, anda mesti akan transit di Vietnam terlebih dahulu iaitu sama ada di airport Ho Chi Minh atau Hanoi. Ini kerana tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur jika naik Vietnam Arlines.

airport hanoi

Transit pula ada tempoh-tempoh yang berbeza dan telah ditetapkan. Ada transit 1 jam, 5 jam, 8 jam, 10 jam atau sehingga 24 jam sekali pun. Mungkin jika tempoh transit tersebut lama, anda rasanya sempat untuk kejar next flight, tapi macam mana jika tempoh tersebut 1 jam sahaja? Sempat ke?

Transit Di Hanoi Dengan Menaiki Vietnam Airlines

Untuk permulaan, sekiranya anda naik Vietnam Airlines dan akan transit di Hanoi, anda kena tahu dahulu adakah ianya ‘connecting flight’ atau tidak. Adakah anda perlu ‘collect luggage’ atau tidak perlu.

Ada 2 cara nak tahu status transit anda tersebut; pertama boleh rujuk pada informasi yang tertera ketika booking flight. Sebagai contoh jika menggunakan Trip.com, ada dipaparkan status ‘No need to collect and recheck baggage’ yang mana anda tidak perlu ambil bagasi dan check-in semula. Jadi proses untuk transit lebih mudah.

tak perlu recheck baggage masa transit di hanoi

BACA JUGA : Cara Check Tiket Flight Selepas Beli Di Trip.com

Sebaliknya jika status adalah ‘collect & re-check baggage’, anda perlu ambil bagasi anda dan check-in semula. Ini bermakna anda kena keluar airport terlebih dahulu dan masuk kembali dengan melalui proses seperti biasa.

Sekiranya tiada status tersebut, anda boleh tahu ketika check-in di kaunter. Kalau anda peroleh 2 keping boarding pass di KLIA, ini bermakna anda tidak perlu ‘recheck baggage’. Anda boleh terus proceed untuk naik flight seterusnya ketika di Hanoi. Kalau dapat sekeping, kena melalui proses seperti biasa. Atau mudah, tanya je staff kaunter tersebut.

boarding pass di klia 1

Jadi kalau dah tahu 2 perkara ini, barulah anda fikir pula adakah tempoh transit tersebut sempat atau tidak.

Sempat Ke Kalau Naik Vietnam Airlines Dan Transit Di Hanoi Untuk Tmpoh 1 Jam Sahaja?

Kebiasaanya kalau tempoh 1 jam ini, anda tidak perlu untuk ‘recheck baggage’. Sama juga sekiranya tempoh sehingga 5-8 jam. Ini bermakna anda boleh terus proceed ke departure hall sejurus tiba di Hanoi Airport.

Untuk proses di Hanoi Airport, anda akan menaiki bas selepas turun daripada flight. Kemudian akan ada jalan sikit sehingga jumpa kaunter transit atau satu lagi laluan untuk terus ke kaunter imigresen dan ambil bagasi. Jadi anda lalu menerusi kaunter transit tersebut.

kaunter transit di hanoi

Langkah seterusnya, akan ada staff untuk cek boarding pass (yang kedua) dan anda akan naik ke tingkat atas untuk bahagian security. Ya, anda kena scan bag, buka tali pinggang, keluarkan wallet, phone dan sebagainya. Proses seperti biasa.

Dah selesai semua, anda akan masuk ke Departure Hall dan boleh mula cari gate untuk catch the next flight. Ya, untuk transit tiada proses immigresen. Ini kerana anda tidak masuk ke negara Vietnam, hanya transit di dalam airport sahaja. Ini bermakna proses lebih cepat.

Jika anda tanyakan kalau naik Vietnam Airlines dan transit di Hanoi untuk tempoh 1 jam sempat ke? Jawapannya adalah sempat. Mengikut pengalaman, proses ini ambil masa paling lama pun 15 minit sahaja. Lagi pun, airport Hanoi pun tak besar. Jadi tak perlu banyak berjalan.

BACA JUGA : Itinerari Ke Fukuoka Jepun – Singgah di Nagasaki Dan Kumamoto

Sebelum ini aku pernah transit di Hanoi ketika ingin menuju ke Fukuoka, Jepun. Ketika itu tempoh transit adalah 3 jam. Proses semua berjalan dengan lancar dan dalam tempoh tersebut, aku sempat lagi solat dan layan kopi vietnam lagi.

Disebabkan Hanoi Airport ini tidak terlalu besar, adalah lebih baik dapat tempoh transit yang lebih pendek. Jadi anda boleh teruskan perjalanan dan sampai ke destinasi akhir dengan lebih cepat.

Jadi nak pergi Korea ke Jepun boleh naik Vietnam Airlines yang pastinya lebih selesa berbanding low-cost airlines. Tapi kena transit je la sekajab.

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment