Climate Card Korea : Cara Beli, Cara Topup & Cara Guna

By Aiman San

Published On:

Follow Us
climate card

Kali pertama travel ke Korea pada tahun 2023, Climate Card tiada lagi. Jadi masa tu kalau jalan-jalan naik subway train atau bas, semua guna Tmoney sahaja. Jadi setiap seorang kena beli kad tersebut.

BACA JUGA : Pertama Kali Travel Ke Seoul, Korea Pada Tahun 2023

Kalau dulu datang Seoul bersama keluarga 14 orang, kali ini tahun 2025 repeat sekali lagi ke Seoul-Busan tapi datang secara solo sahaja. Pada waktu inilah, baru dengar atau baru tahu tentang Climate Card yang mana telah diperkenalkan secara rasmi pada September 2024.

Rupanya Climate Card ini juga transportation card, sama tapi tidak serupa seperti Tmoney. Ianya merupakan kad unlimited ride untuk train dan bas dan penggunaanya hanya di bandar Seoul sahaja. Luar kawasan, tak boleh guna.

BACA JUGA : Apa beza Climate Card Dan Tmoney Di Korea

Cuma persoalannya, kalau di Korea, dimana boleh beli kad ini? Dah beli nanti, macam mana nak guna atau macam mana nak topup? Adakah caranya sama seperti Tmoney, atau ada tempat-tempat sahaja boleh tambah nilai?

Cara Beli Climate Card

Ramai yang tanya, Climate Card ni ada jual di airport ke? Ini kerana pelancong asing seperti dari Malaysia terutamanya akan landing atau tiba di International Incheon Airport. Kemudian barulah pergi ke destinasi pilihan masing-masing seperti Seoul, Jeju, Busan dan lain-lain.

Tapi sebenarnya kad ini hanya dijual dalam Seoul sahaja, sebab kad ini pun hanya boleh digunakan dalam bandar ini sahaja. Jadi di Incheon tiada dijual. Anda kena pergi ke Seoul terlebih dahulu dan baru cari kad ini.

Menurut laman web Seoul Government, anda boleh dapatkan Climate Card di Seoul Metro Information Center (Lines 1 hingga 8) dan paling mudah boleh dapatkan dimana-mana kedai serbaneka seperti CU, GS25, Emart24 serta 7eleven. Harga untuk kad sahaja adalah bernilai 3,000 Yen.

Cara Topup (Pas)

Untuk menggunakan Climate Card, terlebih dahulu anda perlu topup kad tersebut dan dalam masa yang sama langgan atau beli mana-mana pas yang ditawarkan. Berbeza dengan Tmoney, anda boleh topup berapa nilai yang anda mahu, tapi Climate Card hanya disediakan beberapa nilai sahaja.

Secara asasnya, terdapat 5 pilihan pas jangka pendek iaitu :

  • Pas 1-hari = 5,000 Won
  • Pas 2-hari = 8,000 Won
  • Pas 3-hari = 10,000 Won
  • Pas 5-hari = 15,000 Won
  • Pas 7-hari = 20,000 Won

Dengan pas ini, anda boleh naik train dan bas secara unlimited atau tanpa had mengikut hari yang anda langgan. Naik turun lah banyak kali pun, bayaran tetap sama dan tiada card tambahan dikenakan.

Kad ini juga menawarkan pas 30-hari dimana menawarkan pilihan tambahan untuk perjalanan tanpa had bagi Ttareungi (basikal) dan Hangang Bus atau feri.

  • Pas 30-hari (Tidak termasuk Ttareungi & Hangang Bus) = 62,000 Won
  • Pas 30-hari (Termasuk Ttareungi sahaja) = 65,000 Won
  • Pas 30-hari (Termasuk Hangang Bus sahaja) = 67,000 Won
  • Pas 30-hari (Termasuk Semua) = 70,000 Won

Jika anda dah tahu pas mana yang anda ingin gunakan, anda boleh mula topup kad tersebut. Anda hanya boleh berbuat demikian menggunakan Reload Machine di subway station sahaja. Tidak boleh buat di convenient store.

mesin reload climate card

Setiap train station, pasti ada mesin tambah nilai ini. Sebenarnya mesin ini anda boleh juga topup Tmoney bersama-sama Climate Card. Ya, mesin yang sama, card reader yang sama, tapi antaramuka yang berbeza.

Ini cara topup Climate Card :

1) Pergi ke mana-mana mesin reload di train station. Untuk mula, tekan pada pilihan ‘Reloading the transit card’. Kemudian letak Climate Card anda pada ruang card reader yang disediakan

cara topup climate card

2) Akan dipaparkan jenis kad yang anda letak dan tekan ‘Reload’

cara topup climate card

3) Disini akan dipaparkan semua pas yang tersedia seperi pas 1-hari, 2-hari, 5-hari dan sebagainya. Tekan pada pilihan pas yang anda inginkan

cara topup climate card

4) Akan dipaparkan bila tarikh bermula dan bila tarikh berakhir pas anda tersebut. Jika sudah, tekan pada ‘Confirm’

cara topup climate card

5) Akhir sekali, masukkan sahaja cash atau tunai mengikut harga pas yang anda pilih. Kemudian tunggu sehingga selesai kad tersebut ditambah nilai.

cara topup climate card

6) Selesai. Anda kini boleh guna Climate Card di semua subway line dan bas di Seoul.

Anda perlu tahu. Reload Machine hanya menerima pembayaran secara tunai sahaja. Tak boleh guna kad. Kemudian tempoh sah pas tersebut adalah mengikut hari dan bukan mengikut tempoh 24 jam.

Kalau anda beli pas 1-hari pada 18 Oktober jam 5.00 pm, tempoh sah atau valid pas tersebut adalah sehingga 18 Oktober pada jam 11.59 malam (pada hari yang sama). Bukan pada 19 Oktober jam 5.00 pm (hari esoknya)

Cara Guna Climate Card Di Korea

Dah selesai topup dan beli pas yang diingini, anda kini boleh mulakan perjalanan anda di Seoul tanpa pening kepala kalau salah naik train atau salah naik bas. Boleh turun naik dimana-mana walau beberapa kali pun, tiada caj tambahan. Tapi pastikan hanya dalam bandar Seoul sahaja.

Cara nak guna Climate Card sama sahaja seperti Tmoney. Anda perlu tap in dan tap out setiap kali naik train atau naik bas. Tempat tap atau card reader tersebut adalah sama untuk Tmoney dan Climate Card.

beza tmoney dan climate card

Pastikan masa anda tap in dan tap out, skrin pada gate tersebut menyala dan ada bunyi. Ini menunjukkan kad anda tersebut berjaya dibaca. Tap lama sikit, jangan terus angkat kad tu, risau tak dapat baca.

Pengalaman Menggunakan Climate Card Di Seoul

Bagi aku dengan adanya Climate Card ni, kos pengangkutan terutamanya jika anda kerap menggunakan train dan bas dapat dijimatkan. Dalam Seoul, banyak je lokasi yang menarik anda boleh lawati sebagai pelancong.

Jadi nak pergi ke lokasi-lokasi ini, anda kena naik train atau bas. Nak jalan kaki, memang jauh lah. Dengan adanya unlimited card ini, anda boleh cover banyak tempat, tanpa perlu risau tentang kos pengangkutan.

Untuk info, caj minima yang dikenakan setiap kali anda naik train adalah sebanyak 1,250 Won. Pas 1-hari bernilai 5,000 Won. Untuk nampak berbaloi dengan Climate Card, anda perlu naik sekurang-kurangnya 5 kali.

Untuk pengalaman selama 5 hari di Seoul sebelum ini, aku akan naik dan turun sekurang-kurangnya 6 kali. Jika ikut pas 1-hari dan boleh jimat kan. Tambahan lagi, sekarang nak pergi Incheon Airport dari Seoul pun dah boleh guna kad ini. Bertambah lagi jimat.

BACA JUGA : Itinerari Ke Seoul-Busan Secara Solo DIY Untuk 7H7M

Jadi jika anda bercadang untuk travel ke Korea dan fokus di Seoul, plan itinerari terlebih dahulu. Kemudian gunakan Naver Map untuk dapatkan cara perjalanan untuk pergi ke setiap destinasi beserta harga yang dipaparkan. Dari situlah, anda boleh plan nak guna Climate Card atau Tmoney sahaja.

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment