Sekarang biasanya kalau travel ke luar negara, aku akan maklumkan kedutaan yang berada di negara tersebut terlebih dahulu. Biasanya aku akan maklumkan datang sebab ada trip atau bercuti lah.
Jika berada di luar negara atau di negara asing, risiko berlaku kejadian yang tidak diingini tu sangat tinggi. Kita bukan warganegara tersebut, bukan rakyat negara tersebut, pastinya akan kurang kelebihan yang diperoleh berbanding berada di Malaysia.
Sekiranya berlaku perkara buruk seperti pasport hilang, barang-barang dicuri, berlaku kemalangan besar, berlaku bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan sebagainya, siapa kita nak cari?
Selain polis tempatan, kedutaan atau pejabat konsulat Malaysia di negara yang tersebut kita boleh maklumkan. Jika kita bagi tahu lebih awal, kita akan berada di negara tersebut untuk tempoh-tempoh tertentu, segala urusan selepas ini akan lebih mudah.
Dikatakan lebih 100 kedutaan atau pejabat konsulat Malaysia yang berada di setiap negara di seluruh dunia. Sebagai contoh kalau di Jepun, pejabat kedutaan ada di Tokyo, Korea ada di Seoul, Taiwan ada di Taipei dan sebagainya.
BACA JUGA :
Untuk malumkan kedutaan tak perlu pun cari alamat pejabat atau call bagi tahu nak pergi luar negara. Sekarang pihak Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) ada sediakan aplikasi eKonsular.
Cara Maklumkan Kedutaan Sebelum Ke Luar Negara Menggunakan Aplikasi eKonsular
Jadi dengan adanya aplikasi ini, anda boleh isikan segala butiran yang diperlukan. Anda boleh daftar dan maklumkan keberadaan anda di luar negara secara online sahaja. Sekarang dah mudah untuk maklumkan kedutaan ni.
Aplikasi eKonsular ni mesra pengguna. Anda boleh akses sama ada menerusi laman web di https://ekonsular.kln.gov.my/ atau aplikasi mobile. Tapi paling mudah, anda boleh download aplikasi sahaja secara percuma.
Secara asasnya, download aplikasi, daftar akaun dan isi maklumat diri. Kemudian barulah masukkan butiran perjalanan dan negara yang anda ingin kunjungi. Dalam beberapa minit pun boleh siap dan secara rasmi anda dah maklumkan kedutaaan keberdaan anda di negara tersebut.
1) Download aplikasi eKonsular dan buka. Klik pada butang Sign Up untuk yang masih belum daftar.
2) Masukkan segala butiran diri seperti nama penuh, nombor telefon, alamat emel, warganegara, username, password dan sebagainya sehingga selesai.

3) Untuk mula isi butiran perjalanan, di halaman utama klik pada ‘Registration of Malaysian Abroad‘ dan klik New Application

4) Secara amnya, anda perlu isikan 5 butiran yang diperlukan iaitu :
- Personal Information
- Identity Information
- Travel Purpose
- Group Members/ Family Members
- Information of Heir
- Photo
Paling penting adalah tujuan anda pergi ke negara tersebut. Masukkan negara yang anda ingin lawati dan kedutaan terdekat. Tarikh ketibaan dan pulang. Jenis penginapan, pergi secara DIY atau travel agent dan masukkan sekali nombor policy untuk travel insurance.

Masukkan segala butiran diri ahli yang melancong bersama anda. Kalau anda bawa kawan, masukkan maklumat mereka. Jika anda pergi bersama keluarga, masukkan juga butiran diri kesemuanya. Jadi untuk travel dalam group, hanya perlu hantar sekali sahaja. Seorang sahaja hantar eKonsular ni.
Akhir sekali upload gambar pasport dan dokumen berkaitan. Ini juga penting untuk maklumkan identiti kita kepada pejabat kedutaan

5) Jika sudah selesai mengikut segala arahan yang diberikan. Anda klik Submit

Selesai! Itu sahaja.
Langkah memaklumkan kedutaan ini bukanlah bagi meminta kebenaran untuk masuk ke negara tersebut, tetapi ianya sekadar memaklumkan anda sebagai rakyat Malaysia kini berada di luar negara.
Dengan cara ini, ianya dapat membantu pihak kerajaan memastikan keselamatan, perlindungan dan sokongan yang lebih berkesan sekiranya berlaku sebarang situasi luar jangka di negara asing.
Jadi selepas selesai submit hantar maklumat diri menerusi aplikasi eKonsular, anda tidak perlu buat apa-apa lagi, tak perlu print atau tunggu maklum balas daripada pihak kedutaan. You are ready-to-go.
Pengalaman Menggunakan Aplikasi eKonsular
Nak isi butiran diri dalam aplikasi eKonsular ini tak susah pun. Setakat dah guna beberapa kali ini, tiada masalah yang timbul. Kebiasaanya akan isi eKonsular ini sehari sebelum berlepas ke luar negara.

Pada waktu tersebut, tiket flight dah ada, nombor pasport semua dah sedia, travel insurance pun dah beli. Jadi semua maklumat dah ada, lebih senang untuk isi butiran perjalanan ke luar negara.
Biasanya kalau sebelum-sebelum ini, rakyat Malaysia yang ingin maklumkan kedutaan akan menghantar emel direct. Tapi dengan adanya platform eKonsular ni, dah tak perlu guna emel. Guna je apps ni. Ianya pula dikeluarkan rasmi oleh pihak kerajaan.
Sekadar nasihat peribadi, isilah eKonsular ini setiap kali anda ingin travel atau apa-apa urusan ke luar negara terutamanya jika anda bergerak solo atau sendirian. Hati lebih tenang, urusan lebih senang dikemudian hari.
Alhamdulillah setakat ini, belum pernah berlaku apa-apa lagi perkara buruk yang perlu kepada bantuan dan maklumkan kedutaan selama berada di luar negara. Hanya perkara-perkara kecil sahaja. Semuanya boleh diuruskan sendiri. Doa semoga dijauhkan lah.










