Pengalaman Naik Two Stars 4047 Ke Nagasaki (Sightseeing Train Di Kyushu)

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Two Stars 4047

Antara pengalaman menarik jika datang ke Kyushu adalah menaiki Design & Story Sighseeing Train dan salah satunya adalah Two Stars 4047. Aku berkesempatan untuk menaiki train ini ketika travel ke Fukuoka sebelum ini.

Secara asasnya, JR Kyushu menawarkan 3 jenis kereta api yang memiliki ciri karakter dan unik tersendiri. Ianya adalah Limited Express (Sonic, Relay KAMOME etc), Shinkansen dan Design & Story Trains atau Sightseeing Trains.

JR Train Kyushu

D&S Train ini anda tidak akan jumpa di mana-mana region JR yang lain baik JR West, JR East dan sebagainya. Inilah antara pengalaman unik yang anda boleh rasai jika menjelajah ke Kyushu.

Sightseeing Train – Two Stars 4047

Terdapat 10 jenis sightseeing trains yang tersedia di seluruh wilayah Kyushu. Setiap train ini mempunyai destinasi yang tersendiri. Sebab ianya unik dan istimewa berbanding train lain, waktu operasi juga bukanlah setiap hari.

  1. TWO STARS 4047 (Takeo-Onsen – Nagasaki)
  2. ASO BOY! (Kumamoto – Miyaji)
  3. A-TRAIN (Kumamoto – Misumi)
  4. IBUSUKI NO TAMATEBAKO (Kagoshima-Chuo – Ibusuki)
  5. YUFUIN NO MORI (Hakata – Yufuin/Beppu)
  6. UMISACHI YAMASACHI (Miyazaki – Nango)
  7. KAWASEMI YAMASEMI
  8. 36+3 (Sanju-Roku plus San)
  9. ARU RESSHA
  10. KANPACHI/ICHIROKU
Sigtseeing train kyushu

Nagasaki menjadi salah satu destinasi tempat aku pergi ketika travel ke Fukuoka sebelum ini. Jadi dah alang-alang nak ke sana, aku buat keputusan untuk naik Two Stars 4047 iaitu dari Takeo-Onsen Station ke Nagasaki Station.

BACA JUGA : Itinerari Ke Fukuoka-Nagasaki-Kumamoto Secara Solo DIY

Keretapi Api ini dinamakan Two Stars adalah merujuk kepada dua destinasi ‘bintang’ utama di Kyushu iaitu Saga (Takeo-Onsen) dan Nagasaki. Manakala 4047 merupakan jenis train yang digunakan.

Train Two Stars 4047

Sebenarnya dengan route yang sama, ada disediakan train Shinkansen atau Bullet Train yang hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Tapi sebab dah datang Kyushu, Jepun. Kita kena la rasa naik Two Stars 4047 ini.

Waktu Operasi & Laluan

Train ini hanya beroperasi 2 waktu sahaja iaitu pagi dan petang pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin sahaja. Hari dan waktu lain tidak beroperasi. Ia hanya berhenti di station terpilih sahaja. Tempoh perjalanan lebih kurang 2 jam 55 minit.

Untuk waktu perjalanan bagi setiap destinasi, anda boleh tengok jadual seperti dibawah. Hanya stesyen ini sahaja train akan berhenti dengan mengikut waktu yang ditetapkan.

laluan perjalanan two stars 4047

Daripada waktu operasi tersebut, aku pilih untuk naik Two Stars 4047 pada hari Sabtu untuk perjalanan pagi dari Takeo-Onsen station ke Nagasaki Station.

Cara Beli Tiket Two Stars 4047

Anda boleh boleh beli tiket terus di mesin tiket di setiap station utama JR atau secara online di website JR Kyushu di www.jrkyushu.co.jp/two_stars4047 atau menerusi aplikasi Klook dengan harga lebih kurang RM100.

Tapi untuk trip aku ke Fukuoka sebelum ini, aku ada beli JR Kyushu Rail Pass, jadi aku boleh naik Two Stars 4047 ini secara percuma. Tapi perlu reserve seat sahaja. Pada hari kejadian, aku berbuat demikian menggunakan ticket machine di Hakata Station.

Kalau anda ada beli JR Kyushu Rail Pass, cuba la mana-mana sightseeing train ini nanti kalau ke Kyushu.

Anda kena tahu, mana-mana sightseeing train termasuk Two Stars 4047 ini sebenarnya mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Tambahan lagi, seat pun tak banyak macam train biasa. Jadi tiket biasanya cepat sold out. Hari tu pun, tiket hampir habis. Nasib baik ada lagi.

Pengalaman Naik Two Stars 4047

Jadi aku nak kongsi sikit pengalaman sepanjang naik Two Stars 4047 terutamanya tentang reka bentuk train dan setiap aktiviti yang berlaku di setiap train station dari Takeo-Onsen ke Nagasaki.

Kalau dah pun kereta api unik, pastinya banyak benda menarik pada train ini. Selain daripada design pada luaran, reka bentuk dalaman pun cantik dan nampak mewah. Bukan seperti train biasa yang lain.

Dari Fukuoka iaitu di Hakata Station, aku naik Limited Express Train ke Takeo-Onsen Station yang mengambil masa hampir 1 jam. Jadi aku gerak awal pagi supaya sampai di Takeon-Onsen tepat pada waktunya.

Jika pada Two Stars 4047, ada beberapa jenis seat iaitu Sofa Seats, Booth Seating dan normal seat. Paling best salah satu gerabak yang ada ialah Lounge 40. Kat sini, boleh beli macam-macam makanan dan souvenir. Tapi versi luxury.

Selain daripada reka bentuk unik, kalau anda naik train ini, anda akan dilayan seperti VIP terutamanya bagi setiap station yang berhenti.

Setiap daripada station tersebut, akan ada 1 event yang menarik anda boleh sertai macam jualan, persembahan, layanan, view dan sebagainya. Jadi waktu berhenti biasanya dalam 10 ke 20 minit. Sebab tu waktu perjalanan keseluruhan hampir 3 jam, sebab berhenti lama di setiap station.

Sebelum memulakan perjalanan pun, di Takeo-Onsen Station, anda akan dihiburkan dengan persembahan naga.

Two Stars 4047 Show

Kemudian di stesyen seterusnya iaitu di Kohoku Station, akan ada jualan. Memang ianya dibuat khas untuk penumpang Two Stars 4047. Seterusnya akan berhenti Hizenhama Station, juga akan ada jualan kecil di stesyen tersebut.

Di Tara Station paling best, sebab kat sini dapat minum air buah free, sambil ada jualan dibuat. Disamping itu juga, kat sini paling meriah, sebab ramai juga orang luar yang sambut kehadiran penumpang Two Stars 4047.

Seterusnya di Konagai Station, tiada lagi sebarang aktiviti jualan, tapi berhenti disini kerana view yang sangat cantik. Anda boleh bergambar di train ini berlatarbelakangnkan pantai dan laut. Memang cantik.

Hanya di Isahaya Station sahaja berhenti dengan tempoh yang biasa. Tiada apa-apa aktiviti. Seterusnya perjalanan terus ke Nagasaki Station. Selesai!

Nagasaki Station

Pengalaman Yang Tiada Ditempat Lain

Pada awalnya serba salah nak naik Two Stars 4047 ini, sebab kekangan masa. Sebab sampai di Nagasaki dah tengah hari. Risau kalau banyak tempat yang tak sempat cover selama berada disana.

Sampai sahaja di Nagasaki sekitar jam 2.00 petang, terus ke destinasi yang dituju iaitu di Muzium Bom Atom. Daripada tempat yang disenarai dalam itinerari yang dirancang, hanya 1 sahaja tempat tak sampai. Tapi ok je.

Two Stars 4047 di Kyushu

Overall sangat best sebenarnya dapat merasai naik sightseeing train ni. Tak menyesal. Pengalaman baru untuk aku. Lepas ni, sekiranya anda datang Kyushu dan ada beli JR Kyushu Rail Pass, cuba la mana-mana Sighseeing Train ni.

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment