Nak travel luar negara, kita wajib kena tahu perkara apa yang perlu disediakan selain daripada pasport. Jadi orang Malaysia yang nak pergi Indonesia, sekarang kena sediakan dokumen apa je?
Negara jiran, Indonesia antara destinasi popular untuk rakyat Malaysia. Selain daripada destinasi yang tidak jauh, disana juga mudah cari makanan halal, banyak tempat menarik dan mata wang lebih rendah, jadi best kalau nak berbelanja dan shopping.
Selain daripada ibu kota, Jakarta, banyak lagi destinasi menarik yang ada di seluruh republik Indonesia tersebut.
Kalau minat shopping boleh pergi ke Bandung, kalau suka nature, terus ke Bromo atau Labuan Bajo. Dan kalau nak cari pantai dan laut, boleh pergi ke Pulau Sabang di Aceh. Semua best!
Tapi sebelum nak berangkat ke sana, anda perlu tahu terlebih dahulu apa yang perlu dibuat. Pasport sudah pastinya dokumen wajib yang perlu disediakan. Selain daripada itu, apa lagi yang perlu disediakan?
Selain Pasport, Wajib Isi All Indonesia Sebelum Travel Dan Pergi Indonesia
Untuk yang nak pergi Indonesia, anda hanya wajib sediakan 2 perkara sahaja iaitu :
- Pasport
- All Indonesia
Sekarang nak masuk negara tersebut lebih mudah dan tidak banyak dokumen yang perlu disediakan. Jika sebelum ini perlu buat arrival card, bea cukai dan sebagainya. Tapi kini hanya perlu 2 dokumen sahaja.
Untuk pasport pastikan ianya sah atau valid untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. Sekiranya belum tamat tempoh, tapi lagi 2-3 bulan pasport nak ‘mati’, anda wajib kena renew pasport tersebut.

Kemudian dokumen ke-2 adalah All Indonesia. Secara amnya, All Indonesia adalah sistem arrival card secara digital dimana setiap pelancong yang datang ke Indonesia wajib untuk isi dokumen ini terlebih dahulu. Tak kira mana-mana airport sekali pun. Kena isi All Indonesia.
Jadi disini, anda perlu isi butiran peribadi anda seperti nama pemohon, info flight, tempat penginapan, maklumat kesihatan, bea cukai dan borang declare sekiranya ada. Selain itu, disini juga anda perlu maklumkan anda perlu Visa atau tidak.

BACA JUGA : Cara Isi All Indonesia Secara Online Khusus Untuk Rakyat Malaysia
Untuk info, rakyat Malaysia tidak perlukan Visa untuk masuk ke Indonesia. Jadi dalam sistem All Indonesia, anda boleh klik pada ‘Ajukan Bebas Visa’ pada bahagian akhir. Nanti anda akan dapat emel (EVISA) untuk info tersebut yang menyatakan anda boleh melalui Auto-gate ketika di bahagian imigresen.
Sekiranya anda tidak tidak pilih ‘Ajukan Bebas Visa’, anda tidak boleh malalui sistem auto-gate, tetapi perlu melalui kaunter yang terdapat pegawai imigresen.

Anda boleh isi All Indonesia sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh penerbangan pergi Indonesia. Permohonan boleh dibuat dengan 2 cara iaitu secara online di https://allindonesia.imigrasi.go.id/ atau boleh juga isi setibanya di lapangan terbang.

Selepas lengkap semuanya, anda perlu simpan Kod QR yang diberi. Kod ini akan digunakan sebelum anda keluar daripada Arrival Hall.
Secara amnya, setiap seorang perlu isi All Indonesia. Tetapi sekiranya anda datang bersama keluarga, anda hanya perlu tambah ahli sahaja dalam satu sistem. Tak perlu sediakan Kod QR bagi setiap ahli.
Pengalaman Pergi Indonesia Pada Ogos 2026
Setakat Ogos 2026, hanya pasport dan All Indonesia sahaja yang perlu disediakan oleh rakyat Malaysia sekiranya ingin pergi Indonesia. Visa tak perlu. Bea cukai dan sebagainya pun tak wajib.
Selepas ke Aceh pada November 2025 dan terbaru ke Jakarta Ogos 2026 dan turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta (CGK) Terminal 3, hanya 2 dokumen ini sahaja wajib disediakan.

Selepas turun daripada flight, terus menuju ke imigresen untuk scan pasport di auto-gate. Kemudian pergi ke bahagian ambil bagasi dan menuju ke bahagian deklarasi. Disini lah anda perlu scan atau imbas Kod QR All Indonesia tersebut.
Jadi untuk siapa-siapa nak pergi Indonesia lepas ni untuk bercuti ke travel, food hunting, shopping atau bekerja sekali pun, mohon sediakan 2 dokumen utama iaitu pasport dan isi All Indonesia. Dah setel ni semua, you are good to go.
Selamat bercuti ke Indonesia!











