Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak pergi Mt Fuji dari Tokyo. Adakah ada disediakan pengangkutan awam seperti train atau bas atau memang kena memandu kereta? Jangan risau, sebenarnya ada banyak pilihan.
Gunung Fuji atau Mt. Fuji merupakan destinasi terbaik untuk anda pergi jika anda travel ke Jepun. Anda boleh buat day trip atau boleh menginap disana untuk 1 atau 2 malam. Tapi persoalannya, macam mana nak pergi ke sana?
3 Cara Pergi Mt Fuji Dari Tokyo
Mt Fuji terletak diantara 2 bandar utama di Jepun iaitu Tokyo dan Osaka. Jika anda dari Osaka, anda boleh naik bas atau menggunakan shinkansen kerana jaraknya agak jauh berbanding dari Tokyo.
- Kawaguchiko – Tokyo = 105 km
- Kawaguchiko – Osaka = 430 km
BACA JUGA : Cara Pergi Mt Fuji Dari Osaka Dengan Menaiki Bas Dan Shinkansen
Disebabkan itulah, anda boleh buat perjalanan sehari jika anda dari Tokyo berbanding Osaka yang secara logiknya kena juga bermalam di kawasan Mt. Fuji. Tapi macam mana nak pergi Mt Fuji dari Tokyo?

Selain daripada memandu kereta, terdapat 3 cara lain anda boleh pergi ke Mt Fuji dengan menaiki pengangkutan awam sekiranya anda dari Tokyo. Anda boleh menggunakan train dan bas. Sama seperti dari Osaka, tiada laluan penerbangan disediakan.
Kawaguchiko Station merupakan destinasi utama jika anda ke kawasan Gunung Fuji. Disini menjadi hub pengangkutan bagi bas dan train. Kalau anda nak ke area Mt Fuji ni, search sahaja Kawaguchiko Station. Lebih mudah.
Panduan ini pun semua tertumpu di Kawaguchiko Station.
1) Menggunakan Bas Dari Tokyo
Anda boleh menaiki Highway Bus untuk pergi Mt Fuji dari Tokyo. Dengan jarak lebih kurang 100 km, perjalanan hanya mengambil masa 1 jam 45 minit lebih sahaja. Jadi anda boleh peruntukkan hampir 4 jam untuk perjalanan pergi-dan-pulang.
Di Tokyo, terdapat 2 stesyen utama untuk anda bergerak ke Kawaguchiko iaitu di Shinjuk dan Shibuya. Jika di Shinjuku, anda boleh naik dari Shinjuku Expressway Bus Terminal. Manakala di Shibuya adalah dari Shibuya Station (Shibuya Mark City).

Harga untuk dewasa 2,200 Yen dan 1,100 Yen untuk kanak-kanak. Anda boleh dapatkan tiket di kaunter bas atau lebih baik booking secara online menerusi pautan https://highway-buses.jp/. Bas pagi biasanya cepat sold out.

2) Menggunakan Limited Express Train
Jika anda rasa naik bas leceh dan memenatkan, anda boleh naik train iaitu jenis limited express untuk pergi ke Mt Fuji dari Tokyo. Ada disediakan train khas iaitu The Fuji Excursion (Fujikyu Railway).

Akan tetapi perjalanannya adalah terhad dimana setiap hari hanya ada 4 kali sahaja perjalanan pergi dan pulang secara terus iaitu dari Shinjuku Station ke Kawaguchiko Station (direct). Tidak perlu tukar mana-mana stesyen pun.
Perjalanan mengambil masa 1 jam 50 minit ke 2 jam untuk sehala. Harga adalah 4,130 Yen untuk dewasa dan 1,620 Yen untuk kanak-kanak. Untuk waktu perjalanan pergi dan pulang, anda boleh rujuk jadual di https://e.fujikyu-railway.jp/fujikaiyuu/.
Untuk tiket, anda boleh dapatkan di pejabat atau beli sahaja di mesin tiket di Shinjuku Station. Untuk tempahan online, anda boleh beli dari https://www.eki-net.com/ atau di aplikasi Klook iaitu paling awal sebulan sebelum perjalanan.
3) Menggunakan Local Train
Untuk cara ketiga ini, anda boleh juga naik train tetapi bukan secara terus ke Kawaguchiko Station. Cara ini anda akan menaiki Special Rapid train yang mana tidak perlukan tempahan tiket lebih awal. Boleh guna IC Card (Suica, ICOCA etc) sahaja.
Anda boleh mula naik dari Shinjuku Station untuk menuju ke Otsuki Station menerusi JR Chuo Line. Kemudian di station ini anda perlu tukar train untuk ke Kawaguchiko Station dengan menggunakan Fujikyu Railway.

Perjalan mengambil masa sehingga 2 jam 30 minit. Harga untuk sehala adalah 2,503 Yen dan anda boleh bayar menggunakan IC Card sahaja. Tidak perlu kepada apa-apa tempahan awal seperti express train.
Untuk Perjalanan Pulang Dari Mt Fuji Ke Tokyo
Untuk perjalanan pulang dari Mt Fuji ke Tokyo, anda boleh menggunakan jalan dan pengangkutan yang sama. Juga disediakan bas dan train sama ada express train atau special rapid train.
Tempoh perjalanan juga sama dan destinasi ketibaan pun sama. Selain itu, cara buat tempahan dan harga sehala juga sama. Jika anda pergi secara day trip, adalah lebih baik anda buat tempahan untuk perjalana pergi-pulang iaitu return terutamanya dengan menggunakan bas.
Cara Paling Sesuai Untuk Anda
Daripada 3 cara ini, manakah yang paling berbaloi untuk anda gunakan sekiranya untuk pergi Mt Fuji dari Tokyo. Adakah dengan menaiki bas, guna express train atau naik special rapid train sahaja.
Pilihan pertama iaitu menggunakan bas. Sekiranya anda mempunyai bagasi yang besar dan banyak, bas merupakan pilihan yang lebih baik. Tempoh perjalanan pun hampir sama dengan menaiki express train. Tapi bilangan perjalanan lebih banyak iaitu dari pagi hingga malam. Pilihan ini juga yang paling murah antara ketig-tiga cara.
Limited Express Train merupakan pilihan yang paling mahal. Mereka yang paling berbaloi untuk menggunakan cara ini adalah pemegang JR Tokyo Wide Pass dimana anda boleh naik secara percuma untuk pergi dan balik. Jangan lupa untuk reserved seat.
Cara ketiga iaitu dengan menaiki special rapid train. Pilihan ini merupakan cara yang paling lambat untuk sampai ke destinasi. Tetapi harga sehala jauh lebih murah berbanding express train.
Ini merupakan pilihan yang paling selamat untuk ke Kawaguchiko. Tiket bas mungkin cepat habis. Expree train pula tiket mahal. Dengan Special Rapid anda boleh naik pada bila-bila masa sahaja dan tidak perlu kepada tempahan awal.
Pengalaman Pergi Mt Fuji Dari Tokyo Dan Bermalam Di Kawaguchiko
Aku pernah pergi Mt Fuji dari Tokyo dalam trip 3H2M dengan menggunakan highway bus iaitu dari Shinjuku Station ke Kawaguchiko Station.

BACA JUGA : Itinerari 3H2M Di Mt Fuji Dan Bermalam Di FujiKawaguchiko
Aku tiba di Haneda Airport pada malam hari. Kemudian bermalam di airport. Pada hari esoknya, aku terus ke Shinjuku Expressway Bus Terminal. Dapat bas sekitar pukul 9.00 pagi. Itu pun sebab bas awal dah penuh.
Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam dengan tanpa sebarang kesesakan. Waktu ini lah kali pertama aku nampak Gunung Fuji dengan snow-capped kali pertama. Ya, dari dalam bas lagi dah boleh nampak.
Kali pertama ketika trip Osaka-Tokyo sebelum ini, Mt Fuji masih belum ada salji pada puncak gunung. Jadi wajah sebenar keindahan ketika itu masih belum nampak. Kali kedua inilah, baru aku nampak wajah sebenar Mt Fuji.

Untuk perjalanan pulang, aku nak highway bus juga iaitu sekitar jam 4.00 petang. Perjalanan biasa sepatutnya 2 jam bertukar sehingga 4 jam. Ini kerana disebabkan kesesakan lalu lintas diatas jalan raya.
Semoga perkongsian cara pergi Mt Fuji dari Tokyo ini bermanfaat untuk anda yang mungkin tak mahir lagi untuk ke kawasan ini.













1 thought on “3 Cara Pergi Mt Fuji Dari Tokyo; Guna Train Dan Bas”