Incheon Airport merupakan antara pintu masuk utama jika anda ke Korea. Biasanya jika anda terbang dari Kuala Lumpur (Malaysia), anda akan landing atau tiba di Lapangan Antarabangsa Incheon.
Jika anda landing di Incheon, kebiasaanya pelancong akan mula bergerak ke bandar-bandar besar atau destinasi utama lain di Korea iaitu Seoul. Selain itu, Busan juga menjadi antara tarikan utama selain daripada bandar metropolitan tersebut.
Berbanding Seoul, perjalanan daripada Incheon Airport kebiasaanya hanya mengambil masa kurang daripada 1 jam. Tetapi untuk ke Busan yang mana lokasinya terletak di bahagian Selatan, perjalanannya boleh mengambil masa sehingga 5 jam perjalanan.
Terdapat 3 cara utama untuk anda bergerak dari Incheon Airport ke Busan dengan menaiki public transport iaitu kapal terbang, KTX atau keretapi laju dan juga menggunakan bas. Selain itu, anda boleh la driving sendiri atau naik teksi.
BACA JUGA : Cara Beli Tiket KTX Secara Online Khusus Untuk Pelancong
Jadi untuk pilihan yang lebih mudah dan direct adalah dengan menggunakan bas ekspres. Ini kerana hanya dengan bas sahaja, anda boleh bergerak dari Incheon Airport terus ke Busan tanpa perlu pergi ke Seoul.

Ya, jika anda nak naik flight atau KTX, anda perlu pergi ke bandar Seoul terlebih dahulu. Jadi dari sana, barulah anda akan bergerak pula ke Busan. Kalau guna bas, landing sahaja di airport, boleh terus ke Busan.
Jadual Perjalanan (Incheon Airport Ke Busan)
Sebelum tengok cara nak beli tiket, anda boleh semak disini jadual perjalanan bermula dari Incheon Airport 1 atau 2 ke Busan. Perjalanan adalah setiap hari dan waktu perjalanan adalan tetap dan sama.
Untuk 2 destinasi ketibaan utama di Busan. Jika hotel atau penginapan anda berada dikawasan Haeundae, anda boleh berhenti di perhentian Haeundae. Sebaliknya jika di bandar pusat Busan, anda boleh berhenti di perhentian bas utama di Busan Central Bus Terminal (Busan Dongbu) di Mapo-dong.
Berikut merupakan jadual perjalanan dari Incheon Airport ke Busan Dongbu dan Haeundae.
1) Incheon Airport ke Busan Dongbu

2) Incheon Airport ke Haeundae

Untuk lihat, jadual perjalanan bagi destinasi yang lain, anda boleh rujuk di laman web https://www.bustago.or.kr
Harga Tiket Bas
Jadual tiket perjalanan dari Incheon Airport ke Busan kita dah tahu, tapi macam mana pula dengan harga. Bagi perjalanan antara Incheon Airport ke Busan Dongbu atau Haeundae, harga adalah antara 53,500 Won – 76,600 Won atau sekitar RM144 hingga RM206 untuk tiket sehala.
Cara Beli Tiket Bas Dari Incheon Airport Ke Busan
Jadual perjalanan dah tahu, harga pun dah tahu. Jadi macam mana nak beli tiket pula. Terdapat 2 cara utama untuk anda beli tiket bas dari Incheon Airport ke Busan iaitu secara online atau di kiosk atau kaunter.
1. Secara Online
Untuk tiket online, anda boleh dapatkan atau beli menerusi laman web https://www.bustago.or.kr/ atau menerusi pautan pihak ketiga iaitu menggunakan Klook. Anda boleh klik disini.
Untuk info, pembelian online menggunakan website Korea kebiasaanya tidak menerima pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit antrabangsa. Ianya terhad untuk kad Korea sahaja.
Jadi pilihan terbaik untuk beli tiket bas adalah secara walk-in iaitu di kiosk atau kaunter di Incheon Airport sendiri yang juga kaedah kedua dalam langkah ini.
2. Beli Di Kiosk Atau Kaunter
Sejurus selepas keluar daripada Arrival Hall Incheon Airport iaitu selepas proses imigresen dan collect luggage, anda akan jumpa kaunter tiket bas yang berada berdekatan dengan pintu keluar.
Jadi disini lah anda boleh beli tiket bas untuk bergerak ke Busan. Untuk ke Kaunter, anda bagi tahu sahaja lokasi yang anda ingin pergi dan bayar seperti biasa sama ada menggunakan cash Won atau kad kredit.
Untuk lebih mudah, sebenarnya anda boleh menggunakan mesin kiosk yang disediakan. Disini anda boleh pilih sendiri setiap destinasi yang ingin dituju dan pembayaran adalah menggunakan kad kredit atau kad debit sahaja.

Selepas selesai buat pemilihan destinasi dan buat pembayaran, anda akan diberi tiket bas. Jadi anda kena semak terlebih dahulu.
Akan dipaparkan pada tiket tersebut segala info yang penting terutamanya waktu berangkat dan destinasi pilihan. Jadi anda hanya tunggu bas dibahagian luar airport tersebut sahaja.

Pengalaman Naik Bas Dari Incheon Airport Ke Busan
Pada trip autumn sebelum ini, selepas kali kedua berpusat di Seoul, untuk kali ketiga ini aku pilih untuk singgah ke Busan pula. Jadi daripada pilihan yang ada, aku buat keputusan untuk menggunakan bas untuk ke Busan
BACA JUGA : Itinerari Ke Busan-Seoul Untuk 7H7M Secara DIY
Lepas flight Air Asia landing di Incheon Airport 1 dan selesai semua urusan imigresen, keluar sahaja memang akan jumpa kiosk dan kaunter beli tiket bas. Sebagai contoh, sekiranya, anda keluar dari pintu D, didepannya terus akan jumpa kaunter dan kiosk tersebut.

Tujuan ketika itu adalah untuk sampai di Busan sekitar jam 6.00 petang. Sebabnya hotel aku duduk ketika itu, boleh check-in bermula jam sedemikian. Sangat mengarut kan. Tapi lokasi cantik lah, depan Busan Station je kot. Redha je lah.
Jadi ambil tiket lebih kurang pukul 10-11 pagi. Beli tiket di kiosk dan buat pembayaran menggunakan kad wise seperti biasa. Destinasi adalah untuk turun di Haeundae. Sebenarnya salah! Lokasi paling dekat dengan hotel aku adalah kena turun di Busan Central Bus Terminal (Busan Dongbu). Beza dalam 10 minit la. Dah balik baru tahu.


Penumpang ketika itu, sekitar 6 orang je kot. Tak ramai lah. Bas selesa. Seat besar. Aircond semua cukup. Dalam perjalanan akan singgah di sebuah R&R dalam tempoh 15 minit la. Nak cari makanan halal memang takda. Jadi turun untuk cuci mata je tengok sekeliling sahaja.


Selepas hampir 5 jam perjalanan, bas akan drop penumpang di Busan Central Bus Terminal terlebih dahulu. Kemudian semua penumpang yang tinggal akan turun di Haeundae. Bas akan berhenti di bus stop sahaja dan bukan terminal bas.

Tapi jangan risau, lokasi bus stop tersebut tidak jauh daripada subway station. Kena ingat, jika anda bawa luggage 24-inci keatas, anda tidak dibenarkan untuk naik bas awam di Busan. Jadi anda kena naik teksi atau boleh sahaja menggunakan subway train.
Jadi bagi anda yang bercadang untuk bergerak terus dari Incheon Airport ke Busan, pilihan yang terbaik sebenarnya adalah menggunakan bas ekspres. Sebab utama adalah, anda tidak perlu turun ke Seoul, boleh bergerak terus daripada airport.











