Salah satu cara untuk anda sebagai pelancong bergerak daripada Soekarno-Hatta International Airport ke bandar Jakarta adalah menggunakan Airport Train. Boleh elak ‘macet’ dan sampai lebih cepat.
Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK) merupakan antara pintu masuk utama di Jakarta melalui jalan udara. Sebagai contoh jika anda dari Malaysia, anda akan turun di lapangan terbang ini sahaja untuk ke Jakarta.
Namun begitu, lapangan terbang ini sedikit jauh daripada pusat bandar Jakarta. Jadi jika anda ingin ke destinasi tersebut, anda perlu lalui satu lagi perjalanan jauh yang mana ada beberapa cara yang disediakan.
Cara Pergi Pusat Bandar Jakarta Dari Soekarno–Hatta International Airport
Untuk anda ke bergerak ke pusat bandar Jakarta, ada beberapa cara yang anda boleh gunakan seperti menggunakan pengangkutan sendiri seperti kereta sewa, airport transfer, teksi, thunderbird atau grab.
Manakala untuk pengangkutan awam, terdapat 2 cara, sama ada anda menggunakan bas express (Damri Shuttle) atau menaiki airport train yang juga dikenali dengan Soekarno-Hatta Airport Rail Link.
Daripada pilihan yang ada, disini kami kongsikan cara nak naik airport train bermula dari Soekarno–Hatta International Airport ke central Jakarta. Kat mana nak naik, berapa tambang harga dan sebagainya.
Senarai Station
Senarai train station laluan Soekarno–Hatta railway :

- Bandara Soekarno–Hatta ➡️ Batucaper ➡️ Rawabuaya ➡️ Duri ➡️ Sudirmanbaru ➡️ Manggarai
Untuk ke Jakarta Tengah dimana menjadi pusat tumpuan ramai. Disini terletak Bundaran HI yang mana ada Thamrin City, Plaza Indonesia, Grand Indonesia dan sebagainya. Juga terdapatnya lokasi MONAS. Anda boleh turun di Sudirmanbaru.
Senarai Harga
| Laluan Station | Harga |
|---|---|
| Bandara Soekarno–Hatta > Batucaper | IDR 35,000 |
| Bandara Soekarno–Hatta > Rawabuaya | IDR 40,000 |
| Bandara Soekarno–Hatta > Duri | IDR 70,000 |
| Bandara Soekarno–Hatta > Sudirmanbaru | IDR 85,000 |
| Bandara Soekarno–Hatta > Manggarai | IDR 85,000 |
Beli secara walk-in sahaja, tak perlu online pun. Jadual waktu perjalanan adalah setiap 30 minit seawal 6.00 pagi dan sehingga train terakhir pada jam 12.00 pagi. Info lanjut, boleh tengok di https://airport-train.kci.id/
Cara Naik Airport Train Dari Soekarno–Hatta International Airport Ke Bandar Jakarta
Jakarta sangat terkenal dengan keadaan jalan raya yang sesak atau jammed. Jadi antara pengangkutan terbaik untuk elak keadaan tersebut adalah dengan menaiki airport train berbanding pengangkutan yang lain. Jadi anda akan jimat masa.
Sekarang di Soekarno–Hatta International Airport terdapat 3 terminal. Terminal 1 untuk penerbangan domestik. Terminal 2 untuk penerbangan tambang murah seperti Air Asia. Terminal 3 iaitu yang terbaru dan terbesar dimana biasanya penerbangan antarabangsa melibatkan premium airlines seperti KLM, Transnusa, Malaysia Airlines (MAS) dan sebagainya.
Jadi tidak kira anda turun dimana-mana terminal airport pun, untuk anda naik airport train, anda perlu pergi ke stesyen keretapi Soekarno–Hatta dimana lokasinya terletak antara Terminal 1 dan Terminal 2.
Macam mana nak pergi ke station tersebut?
Selepas selesai segala urusan imigresen dan keluar daripada arrival hall, anda perlu menuju ke airport skytrain. Ianya menghubungkan antara Terminal 1, 2, 3 dan Soekarno–Hatta Railway Station. Naik adalah percuma.


Jika anda sudah sampai ke stesyen airport skytrain ini, anda perlu pergi ke Soekarno–Hatta Railway Station. Sampai disana, jalan sikit dan anda boleh pergi ke kiosk untuk beli tiket airport train.
Semua jenis pembayaran disediakan kecuali secara tunai. Boleh bayar guna kad debit/kredit, Wise atau Qris. Caranya adalah seperti berikut:
- Pergi kiosk beli tiket
- Pilih station dan klik Beli Tiket
- Pilih waktu berangkat dan klik Pilih
- Masukkan no. telefon (nombor Malaysia sahaj)
- Akhir sekali pilih jenis pembayaran dan buat pembayaran seperti biasa
Selepas selesai buat pembayaran, anda akan menerima 1 tiket sehala yang tertera segala maklumat perjalanan termasuk bar code. Anda perlu gunakan bar code tersebut untuk scan pada pengimbas ketika menaiki airport train.


Sementara itu, disediakan ruang menunggu untuk semua pengguna pada bahagian dalam stesyen. Auto-gate hanya akan dibuka 10-15 minit sebelum train bergerak. Jadi anda hanya perlu tunggu sehingga pengumuman dibuat.

Pengalaman Menaiki Airport Train Ke Central Jakarta
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk travel ke Jakarta secara solo. Jadi pusat tumpuan aku adalah di Jalan Sudirman dimana tempat aku menginap iaitu di Bobopod Thamrin, Jakarta.
BACA JUGA : Cara Isi All Indonesia Sebelum Tiba Di Jakarta
Aku pilih lokasi ini adalah kerana dekat dengan shopping mall terutamanya Grand Indonesia. Jadi untuk kesini, aku hanya perlu menaiki Airport Train dan turun di Stesyen Sudirmanbaru. Keluar station, terus boleh jumpa hostel. Tak perlu nak order Grab atau Gojek pun.
Jadi hanya perlukan perjalanan selama 40 minit sahaja dari Stesyen Soekarno–Hatta. Tiket train ini adalah free-seating. Disediakan ruang bagasi dan seat pun banyak dan tak perlu berebut pun. Overall selesa dan tak delay pun.

Cumanya sepanjang perjalanan hingga ke pusat bandar, aku perasan akan melalui banyak perkampungan. Jadi boleh tengok macam mana kehidupan daif orang-orang kat sana. Kesian pun ada.










