Ada yang tak tahu dan masih tertanya-tanya macam mana nak check-in Transnusa? Tengok kat online dia tulis macam kena check-in di airport. Tapi betul ke?
Kalau dari Malaysia, TransNusa yang merupakan syarikat penerbangan Indonesia ada menyediakan 4 laluan iaitu ke Jakarta, Bali, Yogyakarta dan Lampung.
BACA JUGA : Itinerari Ke Jakarta Untuk 4H3M Menaiki TransNusa
Mula diperkenalkan, TransNusa ni sebenarnya Low-cost carrier sama seperti Air Asia, tapi untuk beberapa tahun sebelumnya, dia rebrand menjadi ‘Medium Service Carrier’. Bukan low, bukan premium.

Kalau banding dengan Air Asia, flight Transnusa lebih luas terutamanya untuk leg-room. Transnusa tiada tv atau In-flight entertainment seperti Malaysia Airlines atau Garuda Airlines. Tapi dia akan bagi 20-kg bagasi setiap penumpang. Sebab tu dia ‘hybrid’.
Makanan tiada sebab penerbangan sekejab, just ada snack sahaja ketika penerbangan. Tapi dapat air mineral botal kecil setiap penumpang.


Jadi bagi anda yang ingin terbang ke Indonesia terutamanya ke Jakarta yang menjadi antara laluan terkenal penerbangan ini, anda boleh consider TransNusa. Kadang-kadang boleh dapat lagi murah daripada Air Asia sebab dah termasuk bagasi percuma.
BACA JUGA : Cara Check-in Flight Air Asia Secara Online Guna Air Asia Move
Cuma persoalannya sekarang macam mana nak check-in Transnusa ni? Adakah boleh dibuat secara online seperti penerbangan lain atau memang kena pergi ke kaunter airport sahaja?
Cara Check-in TransNusa Untuk Penerbangan Ke Indonesia
Mengikut pengalaman travel ke luar negara, untuk penerbangan Air Asia, anda boleh check-in secara online dan memang wajib pun kena buat sendiri. Tiada proses tersebut di kaunter melainkan beberapa syarat yang diberikan.
Kemudian untuk Malaysia Airlines, Vietnam Airlines dan Philippine Airlines pun kena check-in online dalam tempoh yang ditetapkan. Biasanya 24 jam sebelum penerbangan. Jadi di airport nanti, just drop luggage sahaja.
BACA JUGA :
Tapi untuk penerbangan antarabangsa ini, macam mana nak check-in Transnusa?
Sebenarnya untuk flight TransNusa terutamanya ke Jakarta, Indonesia anda perlu check-in di airport iaitu di kaunter TransNusa. Jadi anda perlu datang awal ke KLIA T1 dan beratur tunggu giliran. Tiada check-in online tau.



Sebab boleh check-in di kaunter sahaja, anda tidak dapat tahu lagi kedudukan seat melainkan anda beli dengan harga bermula $3 hingga $13. Pada hari kejadian, baru tahu no. seat semua.
Boleh Manage Booking Terlebih Dahulu
Lepas dah beli tiket flight sama ada secara direct di laman web atau menerusi third-party apps seperti Trip.com, traveloka, Agoda dan sebagainya, anda boleh manage booking di laman web https://www.transnusa.co.id/my.
Disini anda boleh beli seat, boleh tambah bagasi selain daripada 20-kg yang diberi atau boleh juga beli makanan yang disediakan. Kalau nak rasa ‘flight meal’ selain snack yang dijual, boleh tempah awal. Ada Nasi Rendang Padang, Nasi Goreng, Nasi Ayam Kuning dan sebagainya.

Tapi untuk check-in Transnusa tak boleh buat secara online. Anda kena pergi ke kaunter pada hari penerbangan.










