Sebenarnya ada beberapa cara disediakan jika anda ingin beli tiket KTX bila tiba di Korea. Antaranya anda boleh beli di kaunter, di mesin kiosk dan juga boleh beli secara online sahaja.
KTX atau Korea Train Express merupakan perkhidmatan kereta api atau train laju di Korea Selatan. Jika di Jepun, mereka ada high speed train yang bernama Shinkansen, tapi di Korea, mereka ada KTX.
Perkhidmatan train laju ini adalah menghubungkan antara bandar-bandar utama di seluruh Korea. Dengan KTX, anda boleh pergi ke Busan dari Seoul dalam tempoh 2 jam lebih sahaja. Anggara kelajuan sehingga 280km/h.
Secara asasnya, kalau anda ingin bergerak antara negeri ke negeri yang lain di Korea, KTX adalah salah satu pilihan yang ada selain daripada bas ekspres atau kapal terbang. Pantas, tapi mungkin sedikit mahal.
Cara Beli Tiket KTX Secara Online
Jadi kalau anda tertanya-tanya macam mana nak beli tiket KTX ni? Cara paling mudah adalah beli secara online sahaja. Anda kena tahu, tiket KTX akan cepat habis kalau perjalanan popular seperti antara Seoul-Busan. Risau kalau bali tiket di kaunter.
Selain itu, jika anda beli di kiosk pula, medium pembayaran hanya melalui kad bank sahaja. Paling turn-off bila kad bank tersebut hanya boleh menerima kad Korea sahaja. Jadi kad debit atau kad kredit anda dari Malaysia tak boleh.


Disebabkan itulah, cara paling sesuai untuk belit tiket KTX ini adalah secara online sahaja. Anda boleh beli pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Nak beli dari Malaysia sebelum travel ke Korea pun boleh.
Untuk tutorial dibawah, aku beli tiket KTX untuk perjalanan dari Busan ke Seoul yang mengambil masa 2 jam 40 minit. Langkah dibawah pula hanya menggunakan laman web sahaja. Boleh guna laptop atau telefon. Tak perlu aplikasi.
Tutorial ini menggunakan telefon pintar sahaja.
1) Layari laman web Korail (KTX Train Ticket For Foreigners) di www.korail.com. Pada halaman utama, dipaparkan medium untuk anda beli tiket train KTX
2) Masukkan maklumat untuk pilihan destinasi, tarikh berlepa dan bilangan penumpang (Busan ke Seoul). Untuk tarikh, anda juga perlu tetapkan jam berapa anda ingin naik train. Contoh:
- Travel Type : Normal Type
- Departure : Busan
- Arrival : Seoul
- Date : 27 October 2025
- Passengers : 1 Passenger
Jika sudah semuanya, klik Search

3) Pilih waktu atau masa anda ingin berlepas. Pastikan anda cari jenis train, KTX. Kemudian pilih dan klik sama ada Economy Class atau First Class. Untuk pilih seat, anda boleh klik Seat Selection.
Info : Jika pilihan destinasi anda warna biru, tempat tersebut ada stesen KTX. Jika warna putih, tiada stesen KTX dan anda perlu naik train biasa
Jika sudah, klik pula pada butang Reservation pada bahagian bawa skrin

5) Kemudian masukkan emel dan password. Pastikan alamat emel ini aktif dan mudah diakses. Nanti maklumat tiket akan diberikan di emel juga.
Jika sudah, klik Next

6) Akhir sekali, anda perlu buat bayaran. Boleh guna kad debit atau kad kredit. Pilih ‘issued oversea’ dan klik Check out.

Disini juga akan dipaparkan harga tiket KTX yang perlu dibayar. Tiada caj tambahan. Akhir sekali, buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai
7) Dah setel semua, akhirnya anda akan diberikan tiket KTX dalam bentuk QR Code. Jadi simpan kod ini sampai dah naik train nanti.

Guna Tiket QR Code Naik KTX
Untuk makluman, untuk naik KTX di Busan, anda kena pergi Busan Station. Untuk naik train, anda wajib kena ada tiket train dalam bentuk QR Code. Jika anda beli dari 3rd-party apps seperti Klook, anda kena tukar dahulu di kaunter atau di kiosk.


Jika dah ada QR Code, anda boleh terus pergi ke platform KTX. Sebagai contoh di Busan Station, tiada gate untuk anda scan QR Code tu. Anda boleh lalu je dan terus sampai ke platform untuk naik train.
QR Code tu sebenarnya hanya akan digunakan sekiranya diminta dalam train oleh staff yang menjaga. Jika tidak, boleh simpan.
Tapi kalau kantoi takda tiket, anda perlu bayar denga dengan harga tiket sekali ganda. Kalau salah naik train pun, anda kena denda juga. Jadi tengok betul-betul tiket anda tersebut.
Beli Tiket KTX Di Website vs Klook – Mana Lagi Murah?
Selain daripada website Korail, anda juga sebenarnya boleh beli tiket KTX dengan menggunakan Klook. Anda boleh pilih tarikh dan masa untuk anda naik train nanti. Proses hampir sama sahaja dengan website Korail.
Tapi persoalannya, mana lagi berbaloi beli tiket KTX ni. Dari website Korail atau Klook? Adakah ada perbezaan harga daripada website rasmi dan pautan luar seperti Klook ini.

Jadi berdasarkan gambar dibawah dengan tarikh dan waktu yang sama, harga tiket KTX untuk seorang adalah berharga 53,900 Won (~RM160) dari website Korail, berbanding RM176.79 dari Klook.
Berdasarkan perbandingan harga diatas, ternyata beli tiket KTX di website Korail lagi murah daripada Klook.
Pengalaman Beli Tiket KTX Dari Busan Ke Seoul
Aku merasa buat pertama kali naik ‘bullet train’ Korea masa di Korea sebelum ini. Perjalanan adalah dari Busan Station ke Seoul Station. Ambil keputusan untuk merasa sekali seumur hidup.
BACA JUGA : Itinerari 7H7M Ke Busan-Seoul Secara Solo
Dah confirm nak naik KTX, tapi tiket nak beli on the spot. Disebabkan buat keputusan akhir-akhirnya macam ni, tiket hampir nak habis. Plan nak gerak pukul 2.30 petang, pukul 12.00 petang baru beli. Nasib baik ada lagi seat.
Cuba juga tengok cara beli tiket di kiosk, rupa-rupanya memang kena guna kad lokal sahaja, tak boleh kad kredit daripada Malaysia. Malas nak berurusan di kaunter, terus buat keputusan beli tiket secara online je. Ont the spot terus dapat tiket (QR Code).
Masa turun ke platform nak naik train, tertunggu-tunggu la juga nak scan QR Code kat gate, dah sampai ke train tak jumpa-jumpa. Rupanya memang tiada gate. Jadi tengok di tiket, nombor platform, nombor gerabak dan nombor seat. Paling penting, tengok waktu train ini berlepas. Pastikan sama dengan tiket anda.

Kelajuan KTX ini sekitar 290 km/h. Kalau buat perbandingan, sama dengan kelajuan Shinkansen Kodama yang aku pernah naik sebelum ini dari Shin-Osaka ke Shin-Fuji masa travel ke Tokyo-Osaka.
BACA JUGA : Itinerari Ke Osaka-Tokyo-Mt Fuji Untuk 9 Hari. Dapatkan Naik Bullet Train
Semua fasiliti cukup dalam train. Ada tandas, tempat letak bagasi dan siap ada vending machine lagi. Dapat pula seat ada meja. Best! Naik train ini juga teringat filem zombi ‘Train To Busan’. Memang sama lah.
Jadi bagi anda yang ingin travel ke Korea lepas ni dan nak KTX untuk bergerak ke kawasan yang jauh seperti Busan-Seoul, boleh beli tiket siap-siap secara online sahaja. Mudah, cepat dan boleh buat pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.











1 thought on “Cara Beli Tiket KTX Secara Online (Busan Ke Seoul)”