Sekarang pihak JPJ dah tak keluarkan lesen memandu fizikal. Tapi macam mana kalau ada yang ingin memandu di luar negara, tapi mereka perlukan lesen fizikal tersebut?
Sejak diperkenalkan lesen memandu digital yang disimpan dalam aplikasi MyJPJ, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan tidak lagi mengeluarkan lesen fizikal seperti tahun-tahun sebelum ini.
Jika berada dalam Malaysia, tiada masalah, kerana pihak berkuasa seperti polis ada data kita yang disimpan. Tapi macam mana boleh anda ingin menggunakannya di luar negara ketika ingin memandu disana.
Sebagai contoh, di negara-negara komanwel seperti Australia, kita boleh memandu disana tanpa perlu IDP (International Driving Permit), sebaliknya boleh menggunakan lesen memandu fizikal kita seperti biasa.

Ini kerana pada lesen memandu kita telah menyediakan dwi-bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk info, drive di Australia, tak perlu IDP (Lesen Antarabangsa), just bawa lesen memandu fizikal kita je.
Kalau dulu tiada masalah. Sekarang lesen memandu fizikal tidak lagi dikeluarkan. Jadi macam mana nak dapatkan lesen fizikal tersebut? Lesen digital dalam apps MyJPJ tidak diterima tau.
Syarat Untuk Mohon Lesen Memandu Fizikal Di JPJ
Sebenarnya ada cara untuk anda dapatkan lesen memandu fizikal di JPJ, tetapi ianya terhad untuk 3 situasi sahaja iaitu :
- Lesen memandu untuk warga asing
- Lesen memandu untuk OKU
- Untuk tujuan memandu di luar negara (travel)
Hanya 3 syarat dan situasi ini sahaja yang membenarkan anda untuk mendapatkan lesen fizikal. Jika untuk mohon saja-saja tidak dibenarkan. Nak mohon juga, anda hanya dapat slip kertas sahaja dan bukan ‘lesen keras’ tersebut.
Cara Mohon Lesen Memandu Fizikal Tujuan Travel Dan Memandu Di Luar Negara
Panduan ini adalah bagi permohonan untuk digunakan memandu di luar negara yang tidak memerlukan IDP. Jadi terlebih dahulu pastikan negara tersebut menerima lesen memandu kita.
Permohonan hanya boleh dibuat di cawangan JPJ secara walk-in sahaja. Tidak boleh buat secara onilne. Tapi sebelum itu, anda perlu sediakan salinan 4 dokumen penting iaitu :
- Salinan MyKad
- Salinan pasport
- Salinan tiket flight
- Borang JPJL1 (download online disini atau ambil di JPJ)

Jika sudah lengkap kesemua dokumen ini, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan JPJ seluruh Malaysia untuk mohon kad lesen memandu atau lesen memandu fizikal.
Tiada harga yang ditetapkan. Tetapi anda perlu perbaharui atau renew lesen memandu anda sekurang-kurangnya setahun iaitu berharga RM30. Jadi anda dapat kad lesen memandu dan dalam masa yang sama anda dah renew lesen. Boleh renew sehingga 10 tahun.
Ikuti langkah mudah untuk buat permohonan lesen fizikal seperti dibawah :
- Bawa salinan 4 dokumen tersebut di cawangan JPJ
- Beratur di kaunter bawah kategori ‘lesen’
- Bagi tahu pegawai untuk dapatkan lesen memandu fizikal
- Buat bayaran menggunakan kad debit/kredit
- Tunggu dalam 5 minit, kad fizikal anda akan dikeluarkan
- Selesai

Anda boleh dapat kad fizikal tersebut pada hari yang sama. Mungkin memerlukan masa dalam 5-10 minit sahaja. Kemudian anda akan dipanggil semula untuk tuntut kad fizikal anda tersebut di kaunter yang sama.
Pengalaman Mohon Lesen Memandu Fizikal Di JPJ Untuk Digunakan di Australia
Sejak tahun 2023 lagi lesen fizikal aku dah mati. Jadi selepas itu, aku renew untuk 2 tahun hanya secara digital sahaja. Dah tak dapat lesen keras pun.
Jadi tahun Ogos 2025, aku ada trip ke Melbourne dan salah satu itinerari adalah pergi ke Mt Baw Baw dan Philip Island. Disebabkan 2 lokasi ini jauh dari banda Melbourne, aku decide nak drive.
BACA JUGA : Itinerari Ke Melbourne Australia Untuk 6 Hari 5 Malam

Australia merupakan salah satu negara komanwel. Disebabkan itulah, disana anda boleh menggunakan lesen dwi-bahasa kita dan tak perlukan IDP yang berharga RM150 tu. Kalau Jepun, perlu IDP.
Mereka menerima lesen kita, tapi hanya dalam bentuk kad fizikal sahaja. Dalam bentuk digital seperti dalam apps MyJPJ itu tidak diterima. Tidak boleh tidak, perlu juga dapatkan kad fizikal tersebut.
Disebabkan itulah, aku buat keputusan untuk cuba mohon di JPJ. Kali pertama datang aku tak tahu mereka perlukan beberapa dokumen tersebut. Jadi aku balik semula dan sediakan 4 dokumen seperti yang diminta.
Ikut pengalaman, pegawai JPJ mungkin ada yang tidak tahu di Australia tidak perlukan IDP. Hanya perlukan lesen fizikal sahaja. Jadi anda perlu maklumkan dan fahamkan mereka sampai berjaya.
Bagi tahu pegawai JPJ tersebut, di Australia mereka terima lesen memandu fizikal kita. Tak perlu mohon IDP pun. Buat bazir duit je nanti.
Saya dah pergi Perth tahun 2019 dan Melbourne pada Ogos 2025 menggunakan kad lesen fizikal kita sahaja. Pastikan lesen memandu kita ada dwi-bahasa sahaja. Tak perlu bawa apa-apa dokumen tambahan ketika memandu disana.
BACA JUGA : Itinerari Ke Perth Dengan Memandu Di Western Australia
Setibanya di Australia, pihak penyewa kereta sebagai contoh hanya meminta lesen memandu fizikal kita sahaja bersama pasport. MyKad pun mereka tak tengok. Ya la, itu hanya valid di Malaysia sahaja kan.
Sekiranya anda ditahan polis ketika memandu di Australia, tunjuk sahaja lesen memandu fizikal kita seperti biasa. Jangan tunjuk yang lesen digital pula. Ianya tidak diterima disana. Risau kena marah plak nanti.
Ada yang kongsikan dan bagi tahu beberapa cawangan JPJ tidak mengeluarkan lesen fizikal, kena pergi ke cawangan utama. Sebagai contoh, cawangan Temerloh tak boleh, kena pergi ke Kuantan.
Pengalaman sendiri, aku buat di cawangan Temerloh. Pada awalnya mereka tak tahu, tapi aku bagi tahu keperluan semua, akhirnya mereka faham dan keluarkan kad fizikal. Jadi aku rasa mana-mana cawangan JPJ boleh je buat sebenarnya. Kena bagi tahu dulu.
Semoga bermanfaat kepada anda yang mungkin bercadang untuk memandu di luar negara terutamanya di Australia yang tidak memerlukan IDP. Kalau negara perlu IDP, mohon sahaja seperti biasa.
Tapi nak masuk Australia, perkara paling wajib sudah tentunya visa atau ETA 601. Kalau ada lesen memandu, tapi tiada visa, langsung tak boleh masuk negara tersebut. Boleh lihat sini cara mohona ETA Australia sehingga lulus.











1 thought on “Cara Mohon Lesen Memandu Fizikal Untuk Drive Di Luar Negara (Travel Australia)”