Cara Naik Bas Ke Sapporo Dari New Chitose Airport. Lebih Senang

By Aiman San

Published On:

Follow Us
cara naik bas ke sapporo dari new chitose airport

Salah satu cara paling convenient atau paling mudah untuk ke pusat bandar Sapporo dari New Chitose Airport adalah dengan menaiki bas. Juga dikenali sebagai ‘Airport Shuttel and Intercity Bus’.

Jika pelancong Malaysia ingin datang ke Jepun terutamanya di Hokkaido, kebiasaanya akan turun di Lapangan Terbang Antarabangsa iaitu di New Chitose Airport. Ianya terletak di daerah Chitose, lebih kurang 50km dari bandar Sapporo.

Sekarang khusus untuk musim sejuk atau winter season sahaja, Air Asia ada buat penerbangan direct dari KLIA T2. Ini bermakna, anda tidak perlu transit atau turun dimana-mana lapangan terbang. Terus sampai ke Hokkaido.

sapporo tv tower

Selain Tokyo dan Osaka, Hokkaido juga menjadi antara destinasi menarik orang ramai untuk datang bila ke Jepun. Tumpuan utama pastinya adalah di bandar Sapporo. Disini paling best masa musim sejuk dimana anda boleh dapat merasai salji dalam bandar.

Jika anda datang Sapporo, anda tidak perlu pergi ke kawasan pergunungan untuk rasai pengalaman salji. Ini kerana di pusat bandar juga, salji akan turun dengan lebat. Jadi boleh main salji disini sahaja.

Sekiranya anda tiba di New Chitose Airport, anda boleh terus bergerak ke Sapporo. Tapi persoalannya, cara manakah yang paling mudah untuk digunakan sekiranya ingin menaiki pengangkutan awam.

Cara Naik Bas Ke Sapporo Dari New Chitose Aiport

Sebenarnya terdapat 3 cara untuk anda bergerak ke Sapporo dari New Chitose Aiport dengan menaiki pengangkutan awam iaitu menggunakan JR Train, Bas dan Teksi. Antara ketiga-tiga ini, cara paling mudah adalah dengan menaiki bas.

Di lapangan terbang, terdapat bas terus ke bandar Sapporo. Ini bermakna, anda tidak perlu heret bagasi jauh-jauh. Sekiranya perhentian bas tersebut berada di depan hotel atau penginapan anda, pastinya sangat memudahkan.

Jenis Bas

Untuk ke Sapporo, terdapat 2 jenis syarikat bas yang anda boleh gunakan iaitu Hokuto Kotsu dan Hokkaido Chuo Bus. Secara asasnya, kedua-dua bas ini akan bawa anda dari airport sehingga perhentian terakhir di Nakajima Park iaitu di pusat bandar Sapporo.

bas ke sapporo hokkaido

Ianya merupakan ‘Airport Shuttel and Intercity Bus’ atau ‘Aiport Limousine Bus’ dimana berfungsi bergerak dari airport dan akan berhenti di banyak bus stop sekiranya tiba dalam pusat bandar.

Ianya bukan bas macam dalam bandar, boleh berdiri ramai-ramai, ada tempat pemegang, tetapi menggunakan seat 2×2 seperti bas ekspres. Tapi sekiranya bas dah penuh, anda kena berdiri di tengah-tengah laluan. Selagi boleh penuhkan bas, dia akan benarkan.

bas airport new chitose

Boleh je pilih mana-mana bas yang tersedia bila nak beli tiket nanti.

Beli Tiket Bas (Kaunter, IC Card, Kad Kredit)

FYI di New Chitose Airport, terdapat 2 jenis airport iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa dan Domestik. Sekiranya anda tiba dari Kuala Lumpur, anda akan turun di lapangan terbang antarabangsa. Tapi jika anda dari Tokyo, anda turun di lapangan terbang domestik. Jangan risau, kedua-dua airport ini bersambung, cuma kena jalan sikit la.

Di lapangan terbang antarabangsa dan domestik, terminal bas terletak di tingka 1. Untuk airport antarabangsa dan nak ke Sapporo ada 1 platform untuk naik bas iaitu 84. Manakala di lapangan terbang domestik ada 2 iaitu di nombor 14 dan 22. Anda boleh naik dari mana-mana platform tersebut.

Terminal Bas New Chitose Airport Hokkaido

Tips : Nak dapat seat, anda naik dari platform di lapangan terbang domestik. Sebab ianya merupakan destinasi pertama

Terdapat banyak cara untuk anda buat pembayaran untuk naik bas. Anda boleh beli tiket satu-hala di kaunter, bayar guna kad kredit dalam bas, bayar tunai dalam bas atau boleh juga guna IC Card (SUICA, SAPICA).

Harga Tiket

Untuk harga tiket, ianya bergantung dimana bus stop anda berhenti. Secara asasnya, jika anda turun di bandar Sapporo, harga tiket adalah 1,300 Yen (~RM36) untuk dewasa dan 600 Yen (~RM16) untuk kanak-kanak.

tiket bas ke sapporo

Anda boleh tengok DISINI atau Goole Maps untuk nama-nama bus stop. Cari lokasi hotel anda, dan nanti boleh turun di bus stop berhampiran. Disini juga disediakan jadual waktu bagi setiap pergerakan bas. Tiket bas paling awal dari airport adalah jam 8.40 am dan paling akhir adalah 10.55 malam.

google map naik bas ke sapporo

Rileks Nikmati Pemandangan

Dah beli tiket bas, pergi ke platform dan tunggu bas. Beratur untuk tunggu giliran. Bagasi anda akan diangkat masuk ke dalam bonet bas. Jangan risau. Tiket tersebut adalah free-seat, jadi boleh je duduk mana-mana.

pemandangan sapporo

Perjalanan dari airport hingga ke bandar Sapporo mengambil masa 1 jam. Kalau datang musim salji, anda boleh enjoy pemandangan putih salji sepanjang perjalanan. Cantik sangat. Jangan terlelap, rugi.

Turun Di Bus Stop

Untuk berhenti atau turun bas, anda hanya perlu tekan sahaja butang ‘Stop’ yang ada dalam bas. Jadi driver akan berhenti di bus stop seterusnya paling dekat. Anda turun, dan bagasi anda juga akan dikeluarkan oleh driver sendiri.

Sapporo

Selesai

Pengalaman Naik Bas Sapporo Dan Turun Di Toyoko-Inn Hotel

Pada Januari 2025, aku berkesempatan buat pertama kali merasai pengalaman salji dan destinasi tersebut adalah di Sapporo, Hokkaido, Jepun. Masa tulah, aku pertama kali tengok salji real depan mata dan merasai snowfall.

BACA JUGA : Itinerari Untuk Solo Trip Ke Sapporo Untuk 5H4M

Masa tu, aku fly direct dari KLIA T2 ke New Chitose Airport, naik Air Asia dalam 7 jam penerbangan. Gerak malam dan sampai di Hokkaido waktu pagi. Sedar-sedar je, nampak airport penuh dengan salji putih. Cantik sangat.

Masa di New Chitose Airport, aku decide naik bas untuk ke Sapporo, sebab malas nak topup SUICA lagi. Terus pergi ke bahagian airport domestik dan jadi kaunter tiket. Aku bagi tahu nak turun berdekat dengan Toyoko-Inn Hotel, dan staff bagi tahu nanti turun di bus stop Minami 3-jo Susukino. Harga 1,300 Yen.

BACA JUGA : Review Toyoko-Inn Hotel Di Sapporo, Hokkaido Jepun

Tapi sebenarnya, korang boleh je guna Google Map, nanti akan diberitahu, turun di bus stop mana.

toyoko inn hotel hokkaido

Kalau anda menginap di hotel yang sama, bus stop memang betul-betul sebelah je. Jalan 1 minit dah sampai.

Berbeza jika naik JR Train dimana ianya akan berhenti di Sapporo Station. Kemudian kena naik bas atau tram pula untuk ke hotel. Jadi perjalanan makin rumit dan ditambah dengan cuaca sejuk. Naik bas lagi mudah.

Untuk perbandingan, kalau naik JR Train ke Sapporo Station, harga tiket adalah 2,070 Yen (~RM57). Lepas tu kena ambil Tram pula. Tambah lagi kos. Jadi kurang convenient kalau naik train.

Jadi sekiranya anda bercadang untuk travel ke Hokkaido dan ingin ke Sapporo. Adalah lebih mudah untuk naik bas dari New Chitose Airport ke pusat bandar. Ditambah pula dengan harga lebih murah.

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Cara Naik Bas Ke Sapporo Dari New Chitose Airport. Lebih Senang”

Leave a Comment