Itinerari Ke Sapporo, Hokkaido Untuk 5 Hari 4 Malam Secara DIY

Selepas Tokyo dan Osaka, sekali lagi dapat datang ke Jepun dan kali ini aku datang rasa sendiri SALJI. Jadi aku nak share itinerari ke Sapporo, Hokkaido untuk 5 hari 4 malam secara DIY sahaja. Trip kali ini aku pergi secara SOLO sahaja. Simple sahaja.

BACA JUGA : Itinerari Ke Osaka-Tokyo-Mt Fuji Untuk 9 Hari Dengan Kos Tak Sampai RM5K Pun

Aku dah merasai beberapa kali di beberapa negara untuk musim sejuk atau winter season. Tapi tempat-tempat tersebut tiada salji turun. Jadi sebab dah biasa dengan Jepun sebelum ini, aku decide terus untuk ke Sapporo yang pastinya ada salji ketika musim sejuk.

Sapporo terletak di Hokkaido iaitu di bahagian utara Jepun. Salah satu bandar yang padanya setiap kali musim sejuk, pasti akan turun salji atau ada snowfall dengan lebatnya. Anda duduk di bandar pun, boleh nikmati salji secara semula jadi.

Aku berkesempatan untuk pergi ke Sapporo, Hokkaido untuk 5 hari 4 malam iaitu pada 12-17 Januari 2025. Dikatakan juga Januari adalah peak winter dan selalunya akan berlaku snowfall. Untuk pengalaman, selama 5 hari disana, alhamdulillah 3 hari ada salji turun dengan lebat.

Kos Perbelanjaan

Kalau dah DIY, selain itinerari ke Sapporo sendiri, kos perbelanjaan juga dititikberatkan. Jadi disini, sebelum ke itinerari, aku nak share dulu segala kos perbelanjaan yang dikeluarkan sepanjang berada di Sapporo, Hokkaido.

Sebab ini trip solo. Jadi kesemua kos yang dipaparkan dibawah adalah untuk seorang sahaja dan ditangguh sepenuhnya sendiri. Kalau pergi couple atau group, mungkin dapat lagi murah terutamanya untuk kos penginapan.

1) Kos Penerbangan

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sapporo kali ini sekali lagi aku menaiki Air Asia X iaitu dari KLIA Terminal 2 ke New Chitose Airport yang mana mengambil masa lebih kurang 7 jam perjalanan. Tiket flight berharga RM1,900 return sekali dengan bagasi 20-kg.

Untuk info, Air Asia hanya buat penerbangan terus atau direct ke Sapporo dari Kuala Lumpur pada musim sejuk atau winter season sahaja. Dikatakan bermula Oktober hingga Mac setiap tahun. Selain waktu tersebut, tiada direct untuk flight Air Asia Malaysia.

2) Kos Penginapan

Selama 5 hari 4 malam di Hokkaido, aku hanya berada di 2 bandar utama sahaja iaitu di Sapporo dan Otaru. Jadi aku decide untuk bermalam di bandar Sapporo sahaja. Dalam tempoh tersebut, aku duduk di 2 tempat penginapan iaitu di Toyoko Inn Hotel Hokkaido dan Gardens Cabin Hotel.

Menginapan di Toyoko Inn Hotel Hokkaido selama 3 malam dengan harga ¥21,126 (RM614) untuk bilik Double Room. Tempahan dibuat menerusi aplikasi Agoda DISINI beberapa hari sebelum berangkat. Jadi kalau tempah lebih awal, mungkin dapat lebih murah.

BACA JUGA : Review Toyoko Inn Hotel Hokkaido

Untuk hotel kedua, aku pilih Gardens Cabins Hotel untuk 1 malam sahaja iaitu dengan harga RM128 untuk bilik Deluxe Capsule. Tempahan juga dibuat menerusi aplikasi Agoda DISINI. Jadi jumlah keseluruhan untuk kos penginapan adalah RM742.

BACA JUGA : Review Gardens Cabin Hotel Di Sapporo

3) Kos Pengangkutan

Selama berada di Hokkaido, aku tak sewa kereta, just guna pengangkutan awam. Aku sempat naik train JR Line, Bas Airport dan Streetcar yang hanya berada di Sapporo sahaja. Berikut merupakan perbelanjaan dikeluarkan setiap jenis pengangkutan

  • Train JR Line – ¥210 + ¥750 + ¥750 + ¥210 + ¥210 = ¥2,130 (RM62)
  • Bas @Otaru = ¥480 return (RM14)
  • Bas Airport – ¥1,300 return (RM75)
  • Streetcar – ¥460 return (RM13)

Jumlah kos pengangkutan keseluruhan = RM164

4) Makan

Untuk trip di Jepun kali ini, aku buat keputusan untuk tidak singgah dimana-mana kedai atau restoren halal di Sapporo. Jadi selama 5 hari disana, hanya berbekalkan makanan 7eleven, Lawson, Family Mart dan Seicomart dengan anggaran RM50 sahaja.

Selebihnya adalah makanan yang dibawa dari Malaysia sahaja. Kali ini aku bawa mi segera iaitu Megi dan juga Ready-to-eat Food; Nasi Goreng Kampung x2 (BELI SINI) dan Nasi Lemak 2x (BELI SINI). Murah je, yang penting perut kenyang. Kesemua makanan aku bawa ni tak perlu declare, sebab tiada unsur daging pun.

5) Aktiviti & Tiket Masuk

Trip kali ini aku ada pergi dua tempat yang perlukan tiket masuk. Untuk pertama adalah Mt. Moiwa yang terletak di Sapporo. Aku beli tiket secara walk-in dengan harga ¥2,100 (RM60) seorang bagi tiket dewasa untuk ropeway return. Itu sahaja tiket anda perlu beli. Kalau nak beli online, boleh beli di Klook DISINI.

Kemudian yang kedua adalah tiket masuk untuk ke Otaru Aquarium ¥1,300 (RM38) seorang untuk tiket dewasa. Juga beli secara walk-in. Boleh tengok semua hidupan laut dan juga persembahan Penguin Parade dan Dolphin. Boleh juga beli secara online di KKDay DISINI.

6) Lain-Lain

Untuk kos lain-lain, hanya ada beberapa perkara sahaja iaitu :

  • Roaming U-Mobile = RM50 untuk 7 hari (2Gb/Hari)
    • Alternatif untuk esim, boleh beli di Shopee DISINI
  • eTiqa 360 = RM18.75 seorang (Pakej Silver)

7) Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan

Jadi untuk segala perbelanjaan sepanjang termasuk tiket penerbangan ke Sapporo, Hokkaido untuk 5 hari 4 malam adalah berjumlah = RM3,023 seorang.

8) Kos Pakaian Musim Sejuk (Winter Season)

Untuk musim sejuk ini, sedikit berbeza dengan musim-musim lain kerana anda perlu buat persediaan yang lebih dari segi pakaian. Jadi ikut pengalaman, aku beli winter coat, snow cap, neck heater, sarung tangan kalis air, Heatpad, winter boot dan heattech untuk top dan bottom.

  • Winter coat beli di Bandoru = RM70
  • Snow Cap/Neck Heater/Gloves = RM30 (Shopee)
  • Heatpad = RM20 (Shopee)
  • Heattech (Baju) = RM29 (Decathlon)
  • Heattech (Seluar) = RM29 (Decathlon)
  • Waterproof Winterboot = RM76 (Shopee)

Itinerari Ke Sapporo, Hokkaido Untuk Merasai Kelembutan Salji☃️

Flight direct Air Asia ke Sapporo adalah pada pukul 11.55 malam. Jadi penerbangan adalah pada hari Ahad dan sampai pada hari berikutnya iaitu Isnin. Untuk info juga, waktu penerbangan adalah selang sehari, bukan ada setiap hari.

Dokumen wajib sama sahaja seperti di Tokyo, Osaka dan seluruh Jepun. Anda perlu ada pasport yang masih valid untuk tempoh 6 bulan sekurang-kurangnya dan perlu isi Visit Japan sebelum touch down nanti di airport bagi memudahkan urusan. Jom kita tengok itinerari ke Sapporo, Hokkaido.

Day 1 – Isnin

WaktuDestinasi/Aktiviti
8.30 pagiSampai di New Chitose Airport
10.00 pagiSmile Road di Airport
– Hello Kitty
– Doraemon
– Royce’s Chocolate World
1.00 t/hariNaik bas ke Sapporo dari airport
2.00 petangDrop luggage di Toyoko Inn
2.30 petangEarly Shopping di Uniqlo & GU
4.00 petangCheck-in di Toyoko Inn Hokkaido
8.00 malamShopping di Tanukikoji Shopping Street
9.00 malamBergambar board Nikka di Susukino
10.00 malamBerehat di hotel

Itinerari ke Sapporo bermula di airport terus. New Chitose Airport mempunyai 2 bahagian iaitu domestik dan antarabangsa. Secara amnya, jika anda inginkan pengalaman menyeluruh di airport, anda pergi ke bahagian domestik. Ianya bersambung, jangan risau, jalan bahagian dalam sahaja.

Airport Chitose berbeza dengan airport-airport Jepun lain, kerana disini disediakan pelbagai aktiviti menarik terutamanya di bahagian Smile Road. Disinilah anda boleh jumpa 3 bahagian utama dengan tema tersendiri iaitu Hello Kitty, Doraemon, dan juga kilat coklat Royce. Lapangan terbang ini menjadi lokasi utama pelancongan untuk aku sendiri. Muzium pun ada kat sini.

Selain itu, kat sini juga anda boleh cari polar bear yang menjadi tempat wajib singgah bila sampai di Hokkaido. Kat sini, boleh tulis nama anda dan bergambar. Lokasi adalah di tingkat 3, berhadapan dengan restoren KITA Curry.

Untuk ke bandar Sapporo ada 2 cara iaitu sama ada menggunakan train JR Line atau menggunakan bas airport. Jadi ketika itu, aku buat keputusan untuk naik bas sahaja, kerana ianya akan berhenti betul-betul berhampiran dengan Toyoko Inn Hotel. Tiket boleh beli secara walk-in sahaja. Aku naik di bahagian domestik.

Hari pertama, masih belum berjumpa dengan snowfall. Kebanyakannya adalah ais yang mengeras sahaja di tepi jalan terutamanya di bandar Sapporo.

Day 2 – Selasa

WaktuDestinasi/Aktiviti
9.00 pagiGerak dari Sapporo ke Otaru
10.00 pagiSampai di Otaru Station
10.40 pagiSampai Otaru Aquarium
– Hidupan laut unik
– Penguin Parade
– Dolphin Show
3.00 petangOtaru Masjid
4.00 petangOtaru Canal
6.00 petangBergerak dari Otaru Station ke Sapporo Station
8.00 malamOdori Park/Sapporo TV Tower at Night
11.00 malamBerehat di hotel

Hadi kedua, decide untuk pergi jauh sikit dan tujuan utama adalah untuk tengok Penguin Parade iaitu di Otaru Aquarium yang terletak di bandar Otaru. Perjalanan dari bandar Sapporo ambil masa sejam dengan menaiki train JR Line. Boleh guna kad suica sahaja. Dari Otaru Station, naik pula bas ke Otaru Aquarium lebih kurang 30 minit. Juga boleh guna kad suica.

Sampai di Otaru Aquarium, aku terus beli tiket masuk secara walk-in dengan harga 1,300 Yen. Sepanjang hari, waktu Penguin Parade ada 3 iaitu 11.30 am, 12.40 pm dan 2.40 pm. 20 minit selepasnya ada untuk Dolphin Show pula. Boleh tengok SINI.

Dimasa persembahan Penguin tengah berjalan itulah, buat pertama kali merasa snowfall dengan lebatnya. Tidak terkata bila rasa salji sebenar turun. Kalau tak silap, lebih 30 minit juga snowfall dikawasan ini. Jadi tempat tersebut, menjadi lebih putih selepas salji turun. Kemudian tengok pula Dolphin Show yang mana terletak sebelah sahaja dengan kawasan Penguin tersebut.

Selesai disini, terus ke Otaru Masjid yang terletak di bandar Otaru, berhampiran dengan Otaru Canal. Dalam perjalanan juga, salji turun kembali dengan lebat sehingga malam juga. Selesai disini, terus ke Otaru Canal untuk merasai pengalaman seperti berada di Amsterdam. Cantik.

Selesai disini, terus pulang ke Sapporo. Sebab dah gelap, singgah di Odori Park untuk nikmati suasana malam terutamanya di bahagian Sapporo TV Tower.

Day 3 – Rabu

WaktuDestinasi/Aktiviti
10.00 pagiGerak dari hotel
12.00 t/hariSampai di Mt. Moiwa
4.00 petangTurun dari Mt. Moiwa
6.00 petangShopping di Tanukikoji Shopping Street
8.00 malamBerehat di hotel

Train dah cuba dan bas pun dah cuba. Kalau di Hong Kong ada Tramway, tapi di Sapporo ada Streetcar ala-ala train bergerak atas jalan raya. Sekali naik berharga 230 Yen, tak kira destinasi. Boleh guna kad suica sahaja. Jadi aku guna gerak dari hotel ke Mt Moiwa dan stop di Ropeway Iriguchi Station. Sebenarnya dari stesen ini ada shuttle bas percuma, tapi ianya hanya mula beroperasi selepas pukul 4.00 petang sahaja. Kalau tidak, jalan kaki 10 minit.

Nak naik atas, kena guna cable car atau dipanggil ropeway. Jadi anda boleh beli secara walk-in sahaja di kaunter dengan harga 2,100 Yen untuk tiket pergi balik tanpa had waktu. Ada 2 stesen; pertengahan dan puncak. Of coz di summit paling best.

Untuk pengalaman, kat atas anda boleh main salji sebab ada kawasan yang luas yang penuh dengan salji. Kalau sejuk, boleh masuk semula ke bahagian dalam. Boleh la lepak sini menikmati pemandangan seluruh bandar Sapporo dari bahagian atas Mt. Moiwa. Pada awalnya snowfall, jadi berkabus. Dah nak dekat petang, baru clear. Dapat tengok bandar Sapporo.

Day 4 – Khamis

WaktuDestinasi/Aktiviti
10.00 pagiCheck-out Toyoko Inn
10.30 pagiSapporo TV Tower
11.00 pagiOdori Park
11.30 pagiSapporo Clock Tower
12.30 pagiHokkaido Government Office
1.30 t/hariSapporo Masjid
2.30 petangHokkaido University
4.00 petangCheck-in Gardens Cabin
6.00 petangFree & easy
9.00 malamBerehat di hotel

Itinerari ke Sapporo untuk hari terakhir ini bermula selepas check-out dari hotel, simpan luggage dan terus merayap di bandar Sapporo. Jalan kaki dalam 10 minit, sampai di Sapporo TV Tower. Tak naik pun, just bergambar dari Odori Park sahaja. Sebab pagi tadi ada snowfall sikit, tempat ni jadi putih. Cantik gila untuk bergambar.

Untuk info juga, di Sapporo ni ada bandar bawah tanah tau. Jika di Odori Park ni, ada Aurora Town. Banyak lot kedai juga, boleh shopping. Kalau sejuk diatas, boleh juga turun bawah. Banyak pintu masuk, jangan risau. Kemudian singgah di Sapporo Clock Tower. Tak masuk juga, bergambar dari luar sahaja.

Jalan sikit lagi, terus ke Red Building atau Hokkaido Government Office yang tidak lagi digunakan. Disini menarik, sebab menjadi satu-satunya bangungan berwarna merah kat sini. Dikelilingi salji, ada bangunan ini, memang cantik.

Kemudian ambil train JR Line, terus ke Sapporo Masjid untuk solat. Disini dekat dengan Hokkaido University. Dah selesai semua, boleh masuk ke kawasan universiti pula. Sini cantik untuk bergambar, sebab banyak pokok-pokok. Kat sini juga biasanya boleh nampak orang tergelincir jalan atas ais. Jadi, jangan lupa untuk pakai winterboot seperti INI untuk keselamatan.

Selesai, terus pulang untuk check-in di hotel kedua iaitu Gardens Cabin. Hotel ini dekat dengan Odori Park dan Tanukikoji Shopping Street. Jadi sempat la shopping souvenir pada malam sebelum berangkat pulang pada esoknya. Ada benda menarik dihotel ni. Boleh baca review disini.

Day 5 – Jumaat

WaktuDestinasi/Aktiviti
5.30 pagiCheck-out Gardens Cabin
6.00 pagiNaik bas ke airport
9.50 pagiBerlepas dari New Chitose Airport
6.00 petangSampai di KLIA T2

Flight Air Asia akan berlepas pada pukul 9.50 pagi. Jadi atleast kena sampai di New Chitose Airport pada pukul 7.50 pagi. Airport ini juga dibuka pada jam 5.00 pagi dan ditutup pada jam 11.00 malam. Jadi tak boleh bermalam disini. Kena ambil hotel didalam airport ini.

Aku ambil keputusan untuk bergerak dari Sapporo naik bas terus ke airport pada pukul 6.00 pagi. Alhamdulillah, airport bas beroperasi dengan waktu yang tepat pada pagi dan sampai di airport sebelum pukul 8.00 pagi.

Sebelum pulang, sekali lagi salji turun dengan lebat. Bas stop tiada tempat berlindung. Nasib baik tak tunggu lama bas masa tu. Kali ini takpakai tiket, pakai kad Visa Wise pula. Harga masih sama 1,300 Yen. Pastikan anda scan masa masuk bas dan scan masa turun bas nanti.

Proses check-in berjalan seperti biasa dan selamat sehingga naik flight dan terbang pulang ke Kuala Lumpur. Tamat sudah itinerari ke Sapporo yang aku buat selama 5 hari 4 malam secara DIY. Sesuai untuk solo ni. Semoga bermanfaat.

Pengalaman Pertama Kali Bertemu Salji Di Sapporo

Antara wishlist travel adalah untuk pergi ke negara salji dan merasainya sendiri. Kat Malaysia pernah masuk i-city, konon-konon rasa salji. Of coz dengan salji betul ni sangat-sangat lain perasaanya. Tengok salji rasa lain, bila salji turun pun akan rasa lain.

Alhamdulillah dengan peluang ini untuk berjaya datang sendiri ke Sapporo, Hokkaido di Jepun dan rasa sendiri salji. Tak perlu naik ke bukit tinggi atau gunung pun. Dalam bandar pun ada salji turun dengan lebatnya.

Pada awalnya risau takut tempat tersebut terlalu sejuk. Disebabkan itulah, macam-macam persediaan dibuat. Yang penting baju sampai 3 lapis. Alhamdulillah, tiada perkara buruk terjadi. Kulit muka tak rekah, bibir tak pecah dan masih boleh makan seperti biasa. Surprisingly, sebenarnya taklah terlalu sejuk even ada salji turun.

@aimanz6991

Antara beberapa destinasi dilawati di Sapporo, Hokkaido ketika winter trip. #SapporoTrip #Hokkaido #Sapporo #Otaru

♬ original sound – Eyemanz – Eyemanz

Mungkin juga betul ada yang kata, tempat ada salji ni tak sesejuk tempat yang suhu negatif tapi tiada salji. Suhu pun paling rendah -10°C sehingga 3°C sahaja. Yang penting, view di Sapporo sangat lawa, pengalaman dengan salji yang sangat lembut terutamanya masa dia turun.

Serius nak repeat lagi. Lepas ni datang nak main ski plak.

1 thought on “Itinerari Ke Sapporo, Hokkaido Untuk 5 Hari 4 Malam Secara DIY”

Leave a Comment