Untuk travel di Sapporo, Hokkaido kali ini, aku ada menginap di dua tempat penginapan yang berbeza. Untuk ini aku nak review Toyoko Inn Hotel Hokkaido yang mana akan bermalam untuk 4 hari 3 malam sebelum berpindah ke Gardens Cabin untuk 1 malam.
Toyoko Inn Hotel merupakan hotel rangkaian yang berada di seluruh Jepun. Selain di Hokkaido, Toyoko Inn juga ada di Tokyo, Osaka, Kyoto, Kawaguchiko dan beberapa lokasi lain di seluruh Jepun. Jadi mungkin ada yang sudah familiar dengan hotel ini.

Jadi nak tahu apa yang best, apa yang tak best yang ada pada hotel ini. Anda boleh terus baca perkongsian pengalaman sendiri dan review Toyoko Inn Hotel Hokkaido disini dan dijadikan rujukan sekiranya berminat untuk bermalam disini.
Review Toyoko Inn Hotel Hokkaido
Pada Januari 2025, aku berkesempatan untuk travel ke Sapporo, Hokkaido untuk merasai pengalaman salji buat pertama kali. Kali ini berbeza sikit ketika trip Osaka-Tokyo kerana di Sapporo bergerak secara solo. Tapi masih dengan DIY.
BACA JUGA : Full Itinerari Ke Sapporo, Hokkaido Untuk 5 Hari
Secara keseluruhan, trip ke Sapporo kali ini adalah selama 5 hari 4 malam, tetapi untuk penginapan di Toyoko Inn Hotel Hokkaido hanya untuk 4 hari 3 malam sahaja. Selebihnya 1 malam menginapan di Gardens Cabin sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Apa yang menarik pada hotel ni? Jom tengok review Toyoko Inn Hotel Hokkaido
1) Sebab Pilih Toyoko Inn Hotel Hokkaido
Kalau bergerak solo ni, segala perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya diri sendiri. Jadi nak juga pilih hotel yang berpatutan bersama dengan lokasi yang strategik. Jadi tak perlu la jalan jauh sangat nanti. Selain itu, nak juga cari bilik single instead of bilik kapsul.
Jadi selepas buat beberapa tapisan, jumpa lah Toyoko Inn Hotel Hokkaido. Dapat bilik single, harga sedikit je mahal tapi masih affordable dan paling best adalah lokasi strategik yang mana berada tidak jauh daripada segala benda.

2) Lokasi Hotel
Hotel Toyoko Inn Hokkaido terletak di Susukino Street, 1 blok daripada Nikka Billboard. Selain itu, kalau jalan kaki hanya ambil 5 minit sahaja untuk sampai di Tanukikoji Shopping Street. Lokasi strategik untuk mana-mana kawasan tarikan pelancong yang lain juga.

Kalau tak silap hotel ni ada 13 tingkat. Keseluruhan bangunan ini adalah milik Toyoko Inn, tidak bercampur dengan mana-mana hotel atau mana-mana premis pun. Terletak dibahagian penjuru jalan. Jadi secara asasnya, hotel ini dapat 2 view berbeza jika dari dalam hotel.
3) Kelengkapan & Kemudahan Hotel
Untuk jenis bilik hotel, tempahan dibuat untuk Double Room yang mana sebenarnya memuatkan maksimum 2 orang. Tapi dari segi keluasan bilik, mungkin akan sempit sikit kalau ada 2 orang. Seorang just nice.
Katil saiz queen bed yang mana menyediakan 2 bantal dan 1 selimut. Dalam bilik ada ruang katil, meja make up dan 1 tandas bersama bilik air. Semua kelengkapan disediakan; ada aircond bersama heater, tv flat-screen, peti ais, cerek elektrik, air purifier, peti besi, cermin muka, tuala dan pyjamas.

Bilik air disediakan tandas dengan bidet, shower, bath tub dan pastinya disediakan sabun mandi dan shampoo. Manakala untuk toileteries juga disediakan percuma seperti sikat, pengorek telinga, berus gigi, ubat gigi dan banyak lagi. Cuma kena ambil di bahagian lobi.


Untuk kemudahan lain, penginapan ini adalah termasuk breakfast untuk selama 3 hari. Jadi terdapat juga ruang makan dibahagian lobi. Disini ada juga microwave beserta air minuman yang mana anda boleh guna secara percuma.

Selain itu ada juga vending machine, tempat simpan luggage untuk seharian, laundry dan juga ruang parking kereta. Disekeliling hotel ini terdapat 7eleven, Family Mart dan Lawson yang mana hanya walkin distance sahaja. Daiso juga ada diseberang jalan.
Breakfast disediakan menu hampir sama setiap hari. Tidak certified halal dan pandai-pandai lah. Yang boleh makan, nasi putih, telur goreng dan ikan salmon. Selebihnya ada roti, bubur dan macam-macam lagi la. Susah nak bagi rating kesedapan sebab tak rasa semua pun.
4) Harga Toyoko Inn Hotel Hokkaido
Harga untuk 4 hari 3 malam di Toyoko Inn Hotel Hokkaido ketika itu adalah ¥21,126 atau sekitar RM614. Jadi ianya lebih kurang RM203 untuk harga 1 malam. Ini adalah harga untuk hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Tempahan dibuat secara online di Agoda DISINI.

Pada awal, sebenarnya bercadang untuk terus tinggal di hotel ini sepanjang berada di Sapporo, tetapi hari Jumaat, harga hotel ini naik dan jadi lebih mahal daripada RM203 untuk semalaman. Jadi sebab itu juga, buat keputusan 1 malam untuk menginapan di Gardens Cabin Hotel.
5) Rating Toyoko Inn Hotel Hokkaido
Sebelum bagi rating, kalau nak cerita pasal kekurangan, mungkin untuk saiz bilik air je la kot, terlalu kecil. Tapi semua sedia maklum dan itulah sebenarnya saiz yang biasa lihat dimana-mana tempat penginapan pun. Akan bersaiz kecil. Yang penting bersih
Rating : 8/10 untuk Toyoko Inn Hotel Hokkaido
2 thoughts on “Review Toyoko Inn Hotel Hokkaido Di Sapporo”